SALAM AIDILFITRI.....
Buat kawan2 semua rasanya taklah terlalu lambat lagi untuk Ain ucapkan salam aidilfitri pada semua kawan kawan. Hari Raya pada tahun ni Ain sambut di rumah Tok mi di sg isap kuantan. Tahun ni, suasan hari raya agak meriah bagi Ain dan mama kerana mama dan ain sibuk buat kuih raya bersama tokmi, maklong, ateh, cikda dan maksu. sementara tu, papa plak bersama ngan Abeng dan Ateh dan Paklong plak konon kononnya nak try buat lemang...haaa menjadi ke tu....tokmi pon banyak juga buat kuih macam ketupat, rendang dan nasi minyak...
Pada pagi raya..ain dan keluarga mula mula pergi ke balok untuk menziarahi kubur tok bak. kemudian papa dan uncle uncle ain pergi sembahyang raya di masjid balok. kemudian kami pon pergi beraya beramai ramai ke rumah mkeluarga di sekitar kuantan..seronok betul hari ni ya....dapat makan kuih yang sedap sedap...dapat duit lagi tu.....kemudian di sebelah petangnya, kami semua pergi pula beraya ke rumah ki dan wan di neram satu. wah seronoknya mama dan papa serta maksu makan tapai yang Wan buat. Kemudian....pada petang raya tu....kitaorang semua serang pokok rambutan Ki yang tengah lebat berbuah.....hiiii seronoknya...kendian papa plak panjat pokok duku Ki...buah rambai dan salak pon ada....seronoknya lepas makan kuih sambung lak makan buah.....
Di album ain letakkan gambar gambar hari raya ain tahun ni.