IKLAN

Saturday, July 24, 2010

Ain dan Datuk Nazir Tun Razak

Tadi masa Ain pi tengok skuash, Ain jumpa dengan adik PM kita. Namanya Dato Nazir Tun Razak. Dia ni CEO CIMB bank. Dia kata kat Ain kalau papa awak nak beli kereta Alphard, buatlah loan ngan CIMB, interest rendah sekarang ni. Datuk Nazir ni rupa-rupany sporting ngan Ain siap tunduk lagi masa nak bergambar ngan Ain. Takut muka tak masuk gambar la tu. Orang2 sekeliling semua gelak tengok gelagat Datuk Nazir tadi.

Hensem tak Datuk Nazir ni..Hensem kan.

Tengok Skuash Malaysian Open..Jumpa akak Nicol

Tadi petang, papa bawa papa dan mama pergi menonton perlawanan akhir skuasy Terbuka Malaysia. Ini 1st time Ain tengok orang main skuasy. Ain pon tak faham kenapa lah diorang ni asyik pukul bola ke dinding. Tak sangka pula masa Ain pergi tu Nicol David pemain no 1 dunia yang sedang bermain. Wah bestnya tak sangka Ain boleh tengok secara live Nicol David main. Tapi kalau kawan kawan nak tahu yang paling best ialah Nicol David ajak Ain ambil gambar dengan dia wah bestnya.Pastu dia cakap Adik Ain boleh panggil dia Akak Nicol aja. Pastu Ain tengok muka dia macam muka Maklang lah. Best best best best.
Teka kawan kawan, siapa ni? Inilah kawan baru Ain..Datuk Nicol David...jangan jeles Cikderr...
Ini juara lelaki ..Azlan Iskandar juga pemain Malaysia
Ini ialah pemain England yang ditewaskan oleh akak Nicol David, namanya Jenny Duncalf.


Friday, July 23, 2010

Final World Cup

World Cup dah habis dah. Aman sikit dunia Ain. Dalam sebulan tu kesian Ain tgok papa. Dah tak macam org lagi. Macam zombie pon ada. ( hehehe sori papa). Kalau tak TV umah Ain terpasang dari lepas maghrib sampai lah pagi esoknya jam 7 pagi. Pastu Ain tgok papa berdengkur depan TV. Papa akan tidur dan bangun jam 12 barulah dia hantar ain pi tadika. Ain malu kat cikgu selalu datang lewat ke tadika tp papa ajar cakap yg benar kalau cikgu tanya cakap aja papa bangun lambat sebab tengok bola. Cikgu tadika Ain yg comel comel tu pun mesti fahamkan. Kadang kadang Ain terkejut tengah2 mlm dengar papa menjerit dan membebel sorang sorang. Di sumpah seranahnya player dalam tv tu. Bukannya org tu dengar pon papa bg arahan kat diorg tu. Mama cakap, papa kalau tgok bola dia kena ada partner. Tempat dia nak meluahkan isi hatinya. Kadang kadang Ain ngn mama ada juga layan angin papa tgok bola. Tp setakat yg jam 10 malam je lah. Kdg2 jam 2 pagi papa pi jalan kaki pi kedai mamak dekat rumah tgok bola ramai ramai dgn penduduk kawasan ni. Sekarang dunia papa dah kembali normal. Malam dah tdur awal. Ain pun pergi tadika awal awal pagi. Kat bawah ni Ain letak gambar2 papa bersama sama ngan Paklong, Abeng dan Ateh tengok bola live final kat Afrika selatan. Opss...kat tepi One Utama aja...yang final tak best la tengok kat rumah...tak seronok menyorak...So tgok ramai ramai lah baru best. Horray..


Nampak Paklong tu mata dah nak KO dah ...
Ateh dan Abeng. Abeng bangga dengan jersi Spain nya tu.

Tuesday, July 20, 2010

Ain Insaf

Pagi semalam ain ada buat salah kat mama dan papa, lepas kena marah ngan papa dan mama, ain insaf. Ain pun mintak ampun ngan Allah. Ya Allah ampunkan Ain ya.








Monday, July 19, 2010

Ain dan Tok Mi

Ni gambar gambar Ain lepak kat tepi kolam rumah Ain dengan tok Mi tersayang tau. Ain ajak Tok Mi mandi kolam tapi tok Mi kata Tok Mi tak ada swimming suit. Lepas tu Ain ngecek tok Mi beli aiskrim kat Ain. best best.


Makang Nasik Ssaing

Pernah tak kawan kawan buat benda macam ni? Suasana ini dinamakan "makan nasik ssaing". SSaing tu maknanya berkawan dalam bahasa Terengganu. Biasanya suasana ni hanya dapat dilihat di kampung kampung. Apa tu makan nasik ssaing? Ia ialah kejadian di mana masing masing akan bawa makanan dari rumah masing masing dan berkumpul di satu rumah peserta. So macam macam lah lauk yg kita boleh tukar tukar dan share. Mama cakap kalau kat ofis tu kita namakan "potluck" lah. rujuk sini

potluck is a gathering of people where each person or group of people contributes a dish of food to be shared among the group. Synonyms include: potluck dinner, spread, Jacob's join[1][2], Jacob's supper, faith supper, covered dish supper, pitch-in, carry-in, bring-a-plate, smorgasbord. The term potluck is not often used in the southern U.S. to mean a meal of this sort since spelled as two words it has the older meaning of what an unexpected guest will have (whatever is already in the pot).

sebelah Ain tu sepupu ain Mat Faiz.


OK dah faham kawan kawan? Menurut papa "makan nasik ssaing" dah lama wujud sejak papa kecil lagi dan ianya berterusan dari generasi ke generasi. Tapi ianya melibatkan budak budak aja tau. Kat gambar di bawah ni, Ain makan nasik ssaing dengan sepupu sepupu ain dan kawan kawan diorang. Best tau makan kat bawah pokok macam ni. Kalau diperatikan Maksu yg dah veteran pun ikut join sekali.

Tengok Maksu tu nak makan sekali ke?

Sunday, July 18, 2010

Ain di Pesta Buku

Itu hari, papa bawak Ain pi Pesta Buku kat Shah Alam. Ain berasa seronok sebab kat situ Ain join Kelab Upin dan Ipin so Ain dapat baju dan topi Upin dan Ipin. Seronotnya. Kemudian, Ain pun ada naik ke pentas buat aktiviti kat atas pentas utama. Seronok bila pakcik mc tanya nama Ain, Ain cakap Ainsarahkhadijah satu mall tu dengar suara ain. heheheh. Ain bukan enterprem tapi papa cakap Ain kadangkala boleh menunjukkan keberanian untuk ke depan jika kena pada tempatnya. Betul tak kawan kawan. Jangan berani tak bertempat. Lepas tu Ain pusing pusing beli buku buku yg berguna. OK tengok gambar,,,hurray...

Isi borang dulu....nanti dapat topi
Lawa tak topi Upin Ipin ain pakai tu?



Ain buat aktiviti melukis kartun kat main stage.

Dah namanya pesta buku, kenalah baca ya.

Penatnya Ain....tertidur dalam kereta.

Makan angin di Cerating

Ini sikit story dan pic Ain dan family Tok Mi g makan angin kat pantai Cerating. Pantai ni dalam 30 minit perjalanan dari rumah Tok Mi. Best woo main air laut kat sini. Cantik dan menawan jiwa kalbu Ain dan Samuel serta Marissa.




Aktiviti makan kopok lekor sebelum ke pantai

Ain layan Samuel main main pasir.


Wednesday, July 14, 2010

Ain pernah jadi MAID ???

Ain pernah jadi maid??? misti kengkawan terkejut kan...sebenarnya bukan Ain jadi maid...Ain suka tolong Mama buat kerja rumah..tapi Mama bukan bagi..ni first time ain tolong Mama mop lantai umah dan berkebun ..tu pun sebab Papa yang bagi tapi Papa ambik peluang jadi Boss pulak..arah Ain buat itu dan ini...hehehe..kalau tak, sure xder peluang sambil2 main air mop tu sekali...

Bila Ain dan Papa beraksi !!!

Papa dan Ain berposing...hehehe...Papa perasan hensem...Ain perasan cantik..

Birtday Cikda saya....

Ari tu masa kat umah Tok Mi, Ain sambut Berday CikDa. Horray. Happy Berday Cik Da.
Umur Cik Da misti dah tua kan..misti dah nak dekat 30 kan hehehhe....bila CikDa nak ada boyfren ni..nanti dah ada boyfren jangan lupa perkenalkan kat Ain yer..Ain janji tak bagi tau orang lain ok....

Cikda kenapa pelahap sangat...taulah kek tu sodapppp!!!


Ain pun nak potong kek jugak...tak acilah Cikda potong sorang...

Bird Park @ Ikano And Toy Story

Cantik-cantik bird kat sini..warna warni...

Ain nak jadi bird jugak buleh tak Mama?




Ain pergi tengok movie Toy Story 3 ngan Papa ...Kami berdua tinggalkan Mama...sebabnya Mama kena kerja...Papa cuti hari tu ..Ain tak ingat dah kenapa Papa cuti...best sangat outing berdua ngan Papa. Kalau Mama ikut misti kitaorang kena jalan slow2 sebab Mama dah takleh jalan laju2..perut Mama dah besar...enjoy sangat ari tu...tapi Papa..Ain nak tengok citer Shrek jugak...huhuhu boleh lah Papa



Tuesday, July 13, 2010

Marissa

Kawan-kawan. Kalau nak tahu ini lah Marissa sepupu Ain yang paling muda sekarang. Nama dia ialah Shara Hannah Marissa. Best kan nama dia. Marissa ni anak Paklong dan Mak Lang. Ain gerem lah juga kat Marissa macam Ain gerem kat Samuel tu. Pipi dia temban sampai Ain pon geram nak cubit cubit ajeeeee. Bilalah agaknya Marissa boleh jalan ya, boleh Kakak Ain ajak Marissa dan Samuel main kejar kejar kat taman.




Mak Lang...Ain suap Marissa cheezels ni buleh tak ?

Tengok tu Marissa nak jugak Cheezels ni...

Recent Posts

Recent Comments