IKLAN

Thursday, February 05, 2009

Selamat Hari Jadi Papa

Hari ini hari lahir papa yg ke 31. So ain dan mama telah buat sesuatu untuk papa iaitu membuat sendiri kek hari jadi papa..tak perlu beli beli lagi....ok tak papa kek yang ain dan mama buat tu?

Anyway papa, moga papa tak sedih2 lagi dan semoga papa panjang umur dan murah rezeki. Kalau dah murah rezeki tu jgn lupa kan Ain ya papa...horray....

Tuesday, February 03, 2009

Ain SketchBook

Nak tau...Ini Ain punya sketchbook....
Skechbook ni gambar Mickey Mouse dan ada tulis Disney....Mesti kawan2 mengata kat Ain kan,,,,sebelum ni bukan main cakap boikot barang US...tapi Ain sendiri guna barangan Disney lak.....FYI, buku ni dah lama CikDa Ain hadiahkan kat Ain .
So kawan2 kena faham makna boikot. Boikot tu maknanya kita tak beli barangan yang diboikot..tapi kalau benda tu dah ada...janganla dibuang pulak,,,,kan baxxxng namanya tu. Contohnya kat rumah papa dah beli ubat gigi Colgate tp masa tu belum boikot. Bila dah boikot jgnla pulak dibuang, gunalah sampai habis dulu.Alang alang dah beli. Masa nak beli baru tu lah beli produk lain...Ada Fahammm...
Sebelum ni, Ain hanya pandai conteng2 kat kertas dan boleh tulis A B C yang ain ja boleh faham. Tapi bila saja dah masuk 2009 ni, Ain dah rajin tulis dan lukis benda yang boleh difahami oleh mama dan papa. So hasilnya kawan2 bolehla tgok kat bawah ni atau kat album

PALESTINE-KAMI DI SISI MU



Tahun 2009 dimulakan dengan berita laknatullah Israel yang membunuh membabi buta wanita dan kanak kanak Palestin. Sejak serangan dimulakan akhir Disember iaitu pada 1 Muharram hingga genjatan senjata--lebih 1000 muslim Palestin dibunuh Zionis. Laknat lah engkau Zionis..Seluruh umat Islam menadah tangan agar kamu semua dilaknat oleh seluruh alam ini...Dan untuk menambah keangkuhan, serangan dimulai tepat2 ketika umat muslim menyambut tahun baru hijrah 1430. Satu persendaan.
Tidak perlu diulas panjang, semua sudah maklum kebinatangan zionis dan apa yang dibuat...cuma marilah kita menadah doa pohon Allah beri kita petunjuk untuk menangani bangsa laknat ini. Apa yang patut kita buat? Boycott? Boycot apa? Memang kesan boikot ini mengambil masa lama,,,,tapi jika tak dimulakan...manakan kita nak tahu kesudahannya...So kawan2, dah bersediakah untuk say good bye pada burger McD, barangan Nestle, Disney, KokaKola, lampin Huggies, mandian Johnson, ubat gigi Colgate dan pelbagai lg yg mmg sudah sebati di keliling kita...Haa utk perokok2 tahukah anda rokok Marlboro dan lain2 keluaran Philip Morris menyumbangkan 9 juta sehari utk Israel? Haaa..terkejut kan? Itu tepuk dada tanyalah iman. Tidaklah merana kalau tak makan McD, minum Coke atau minum kopi Starbuck atau tak pakai Levis. Makan ja la berger Ramly, minumla pulak Radix Cola atau Zam Zam Kola, ubat gigi Mukmin kan ada. Macam Ain, mama dah tukar mandian Ain. Mama ckp tanak lg guna barang Johnson2 tu. Mc D tu mmg dah lama mama tak bawak...kata mama tak bagus utk kesihatan makanan segera ni...Lampin? Haaa nasib baik Ain dah tak pakai lampin lg....haa selamat....
Nak tahu nak boikot apa? Haa kwn kwn boleh tgok kat sini

Ain suggest kawan2 layarii web ni kalau nak dgr pandangan bernas dari tokoh kita che det tentang boikot...
Semalam papa tunjuk kat Ain gambar kawan2 sebaya Ain kat Palestin yg mati dan yg tengah sedih...kesian betul ain tengok...so apa yg Ain mampu buat? Mungkin lakaran Ain kat bawah ni boleh menyumbang tentang isi hati Ain yg turut bersedih dgn mereka...Al Fatihah utk arwah kawan2 Ain di Palestine yg sudah pasti penghuni syurga Allah
GAZA TONIGHT
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Salam 2009

Agak lama Ain menyepi..tup tup dah 2009...Maknanya Ain secara tak rasminya dah 4 tahun..Kenapa lama Ain tak update blog ni? Ain bukannya apa..masih lagi sedih atas pemergian Wan Ain yang amat amat Ain kasihi..Sepanajang tempoh ni, Ain sering balik ke kampung....menziarahi Ki yang kadang kadang terganggu kesihatannya semenjak ketiadaan Wan..juga menziarahi Tokmi yang juga kadang2 tak sihat. Ain tengok, Papa semacam terlalu sesal sebab sebelum Wan meninggal, Papa hampir 2 bulan tak balik menjenguk keluarga di kampung...Nasihat Ain pada yang membaca blog ini, "Berbaktilah dan jenguk2 lah selalu pada kedua org tua sementara mereka masih sihat dan jika terfikir nak buat sesuatu yang baik pada mereka, janganlah bertangguh-tangguh". Ain kata macam ni bukan lah maksudnya papa tak sempat balas budi pada arwah Wan...tapi semacam ada sesuatu perkara yang papa nak buat atau nak gembirakan wan yang papa tak sempat...tu mungkin ada kaitannya dengan sikap papa yang suka bertangguh...Nasihat Ain: Jangan bertangguh untuk sesuatu yang baik...Tapi ada satu perkara bagus jika ditangguhkan...iaitu merokok.....Ain pernah tengok papa bertangguh tangguh nak nyalakan rokok walau rokok sudah di bibir semasa menonton bola....Nak tau apa yang jadi? Akhirnya papa 'terkulai' kat depan tv dgn rokok masih lekat kat bibir...Haaa kan selamat at least asap utk sebatang rokok dah berjaya disekat masuk ke paruparu papa akibat perangainya yang suka bertangguh tangguh... Yang tak bestnya akibat perangai suka bertangguh papa ni kan.....
1. Kalau nak berjalan ke nak balik kampung ke mesti lewat sampai.
2. Kalau nak buat apa2 kat rumah contohnya nak buat wiring ke, repair paip ke, cat rumah ke, mesti alatan yg dah dibeli tu tersadai kat dlm stor utk satu jangka masa tertentu sehingga mood papa datang ..haaa masa tu jgn sapa2 tegur abis satu rumah di'godek godek'nya.
3. Kalau nak antar ain kat tadika mesti papa rushing2 sebab dia pon dah lewat, akibat suka bertangguh nak mandi dan bersiap, lps tu mesti papa pecut keta laju laju...ain takut la papa..

haaaa tu contoh ja.....yg lain ada lagi takleh la nak cerita semua...kita pun sayang papa kita...
ok bye,,,

Recent Posts

Recent Comments