IKLAN

Tuesday, February 03, 2009

Salam 2009

Agak lama Ain menyepi..tup tup dah 2009...Maknanya Ain secara tak rasminya dah 4 tahun..Kenapa lama Ain tak update blog ni? Ain bukannya apa..masih lagi sedih atas pemergian Wan Ain yang amat amat Ain kasihi..Sepanajang tempoh ni, Ain sering balik ke kampung....menziarahi Ki yang kadang kadang terganggu kesihatannya semenjak ketiadaan Wan..juga menziarahi Tokmi yang juga kadang2 tak sihat. Ain tengok, Papa semacam terlalu sesal sebab sebelum Wan meninggal, Papa hampir 2 bulan tak balik menjenguk keluarga di kampung...Nasihat Ain pada yang membaca blog ini, "Berbaktilah dan jenguk2 lah selalu pada kedua org tua sementara mereka masih sihat dan jika terfikir nak buat sesuatu yang baik pada mereka, janganlah bertangguh-tangguh". Ain kata macam ni bukan lah maksudnya papa tak sempat balas budi pada arwah Wan...tapi semacam ada sesuatu perkara yang papa nak buat atau nak gembirakan wan yang papa tak sempat...tu mungkin ada kaitannya dengan sikap papa yang suka bertangguh...Nasihat Ain: Jangan bertangguh untuk sesuatu yang baik...Tapi ada satu perkara bagus jika ditangguhkan...iaitu merokok.....Ain pernah tengok papa bertangguh tangguh nak nyalakan rokok walau rokok sudah di bibir semasa menonton bola....Nak tau apa yang jadi? Akhirnya papa 'terkulai' kat depan tv dgn rokok masih lekat kat bibir...Haaa kan selamat at least asap utk sebatang rokok dah berjaya disekat masuk ke paruparu papa akibat perangainya yang suka bertangguh tangguh... Yang tak bestnya akibat perangai suka bertangguh papa ni kan.....
1. Kalau nak berjalan ke nak balik kampung ke mesti lewat sampai.
2. Kalau nak buat apa2 kat rumah contohnya nak buat wiring ke, repair paip ke, cat rumah ke, mesti alatan yg dah dibeli tu tersadai kat dlm stor utk satu jangka masa tertentu sehingga mood papa datang ..haaa masa tu jgn sapa2 tegur abis satu rumah di'godek godek'nya.
3. Kalau nak antar ain kat tadika mesti papa rushing2 sebab dia pon dah lewat, akibat suka bertangguh nak mandi dan bersiap, lps tu mesti papa pecut keta laju laju...ain takut la papa..

haaaa tu contoh ja.....yg lain ada lagi takleh la nak cerita semua...kita pun sayang papa kita...
ok bye,,,

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments