IKLAN

Thursday, December 31, 2009

Lepak bersama Tok Umi tersayang



Penat jalan-jalan, shopping2 ngan Tok Umi...Tok Umi belanja ain minum kat Starbucks..mmm bestnyaa

Wednesday, December 09, 2009

Kena marah

Part ni yg Ain dok runsing sekarang ni....Dalam minggu ni aja start Ahad sampailah hari ni...setiaphari..meesssttttti aja Ain kena marah ngn papa.....Kadang2 Ain pon confuse kenapa ya papa ni hot temper sgt....Kalau ikut kata mama..papa marah Ain sebab Ain suka lawan cakap papa. Ya ka mama...sorry papa kadang2 Ain ni tak tahu yg percakapan Ain ni buatkan papa marah. Papa pon kena lah ambilkira yg Ain ni baru 4 tahun..kadang2 AIn pon tak tahu intonasi Ain tu salah...Tapi yg paling menggerunkan Ain sekarang petang semalam lah... Papa dan Mama nak tinggalkan Ain sorang2 kat tepi jalan sebab lawan cakap...Pastu pulak papa kata nak bagi Ain kat Pak Guard shopping complex suruh jaga Ain....meraung2 Ain tau....BAlik kat rumah pulak Papa kata kalau Ain lawan lagi cakap, dia nak bagi kat Uncle Samy Pak Guard kat rumah Ain...lagi lah Ain taknak...Plssss papa jangan buat macam tu...Last sekali papa kata sebagai denda sebab suka lawan cakap....dalam bulan ni no outing lagi...no pizza...no movies....no jalanalan....no taman...Ain kena duduk rumah aja..kena masak sendiri...basuh baju sendiri....macamana ni..AIn bukan tahu buat semua tu...kawan2 tolonglah Ain...

Potong Rambut

Semalam, mama bawa Ain masuk saloon. Inilah 1st time yg pertama sekali Ain potong rambut kat saloon. Dan ini kali ke 2 kot Ain potong rambut. Dulu masa kecik2 masa umur tak sampai setahun Ain dah potong sekali. Fikir2 sayang juga Ain nak potong. Tapi memandangkan Ain pon dah rasa berattt aja kepala...Ain redha ajalah...

Alhamdulillah tak lama lagi Ain akan dapat adik

Semalam Ain ngan papa ikut mama pi hospital. Masa jumpa doktor Ain nampak doktor tu scan perut mama. Tah apa yang dibuatnya Ain pon tak faham. Lepas tu, doktor tu panggil papa dan Ain tengok kat monitor. Dr tu cakap kat dalam perut mama dah confirm ada baby....keciiiikkk aja lagi...maknanya tak lama lagi Ain ni dah jadi kakak lah ya...horray....gembiranya Ain....Dr kata lagi adik Ain ni baru usianya 6 minggu dalam perut mama. Beshnya nanti kawan2 leh la panggil Ain ni Kak Long..hehehe...Ain tgok papa lak,,asyik senyooom aja....seronot lah tu....mama lak asyik bersms aja..tu nak bgtau satu dunia lah tu....takpalah yg penting semua happy....syukur pada Allah.

Tuesday, December 08, 2009

Melancong ke Kelantan

Sempena cuti sekolah 2010, Ain dan keluarga mengambil kesempatan untuk melancong ke Kelantan Darul Naim. Untuk pengetahuan kawan kawan, Kelantan ni merupakan asal usul keturunan Ain sebelah mama. Sebelah papa pula tentulah Terengganu negeri cantik budaya menarik. Ahli rombongan ke Kelantan ni ialah Ain, Mama, Papa, Tok Umi, Ateh Shamri, Ateh Nija, Samuel, Abeng, CikDa dan Maksu. Kami menaiki dua buah kereta iaitu kereta papa yang laju dan pikap tu dan kereta Ateh yang cantik tu. Dalam perjalanan ke Kelantan kami telah singgah di Besut makan nasik tengahari di rumah kawan Tok Umi. Sampai di Kelantan kami terus ke Tanah Merah tempat Tok Umi dibesarkan. Sampai di pekan Tanah Merah, Tok Umi terus bercerita kepada Ain tentang bagaimana dia bersekolah dan zaman remajanya di sana. Wah best juga cerita Tok Umi ni ya. Kemudian kami pun pergi ke rumah adik Tok Umi untuk menginap di sana. Rumah adik TokUmi ini yang dipanggil MokTi oleh mama, sangat best sebab suasana kampungnya sungguh terasa sekali. Anak anak MokTi ni pula mesra mesra dengan Ain. Tapi yang tak bestnya, samp[ai sahaja Ain ke Kelantan, Ain pon tiba tiba nak demam dah...
Esoknya rombongan kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang untuk berjumpa dengan adik beradik Tok Mi yang lain. Kalau tak silap 4 buah rumah yang kami sempat kunjungi. Inilah pertama kali Ain memijakkan kaki ke pekan Gua Musang. wah banyaknya gua kat sini tapi musangnya tak pula Ain jumpa. hehehe. Dah dekat maghrib, kami ditahan oleh tuan rumah yang terakhir yaitu abang kepada arwah Tok Bak. Nak tau kenapa? Biasalah kami ditahan supaya makan malam dulu baru boleh pulang hehehe. Papa apa lagi kalau bab makan...papa on aja..Lepas maghrib kami bercadang pulang ke Kuantan melalui lebuhraya Gua Musang Kuala Berang tetapi orang2 Gua Musang menasihatkan kami supaya tidak melalui jalan tersebut malam malam yg sunyi ni. So selepas discussion among the driver, kami pon meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Sampai Kuala Lipis dah tengah malam so kami pon sewa hotel kat sana. Esoknya dari Kuala Lipis kami pulang ke Kuantan. Yang tak syoknya papa sebagai jurupandu arah dah salah laluan konon2 nak shortcut alih alih masuk ikut hutan lalu jalan zaman jepun dulu. melambung lambung kitorang hehehehe. Okay itu shaja catatan journey Ain ke Kelantan. bye.
Nak tengok lebih banyak pic klik http://picasaweb.google.com/abjad78/MelancongKeKelantan#






Ain sampai aja, Ain dah demam. Nampak tak Samuel tu . Yang lain tu ialah anak TokTi..diorang ni kecik kecik dah pandai kkecek kelate

Jalan menuju ke Gua Musang


Tok Mi dan adik adiknya bergambar bersama
On the way balik, kat Jengka kot. Amboi Cikda tergelak gelak diusik papa

Wednesday, November 11, 2009

Mengurut di Ijok

Ni 2nd time Ain pi mengurut ngan Tok Ki ni. Best tau dapat mengurut ngan dia. Tok Ki ni kata dalam perut Ain ada somethin...Ain pun tak tahu...Kawan kawan kalau nak mengurut pergilah tapi kena datang pagi2 betul sebab satu hari dia cuma ambik 6 orang ja. Siap ada yang tidur kat situ lagi nak chop tempat.


Jalan Jalan





Monday, October 26, 2009

Tengok Bola di Shah Alam

Ain pi tgok bola kat Shah Alam ngan papa ngan mama,,,Terengganu 1= Selangor 1



Saturday, October 17, 2009

Ain di rumah Tok Mi

i
Ain g menega ngn Tok Mi. Ain dan aksi whelly

Maksu Sara Ain, Maksu dan Tokmi



Tttaraaaaa..

Sunday, October 11, 2009

Pi mengurut di Ijok


Ain pi mengurut hari tu sebab perut Ain sakit. Ain mengurut ngan seorang atok umurnya 86 tahun dan masih kuat lagi. Masa dia urut Ain, Ain tertido sampai kuar air liur tau...sebab rasa best...

Pergi beraya



Ni antara pic2 Ain pergi beraya di kawasan sekitar KL rumah kawan2 mama. yang syoknya....Ain tidur ja,,,,,sbb penat..

Saturday, October 10, 2009

Mandi kolam rumah PakLong



Ni pic Ain mandi kolam umah Paklong.....Kat sini pun ada Samuel cuba2 nak berenang..

Monday, October 05, 2009

Burday mama

4.10 besday mama. Ain dan papa sambut secara kecil kecilan ja...maklumlah mama pun dah 30 tahun, tak pelulah buat majlis besar besar kan..hehehe.
Mama, Ain dan kek yang dah tak cantik dah kena godek2 ngan Ain.
Eh, kenapa lak Ain yang potong kek mama.....
Wah...hadiah besday dari Ain...Ain pecah tabung tau nak beli ni...

Jiran datang beraya

Ni jiran 2 3 belah rumah Ain. Tiba2 call ada depan rumah. Apa lagi la kelam kabut la papa kemas rumah...Nasib baik kuih raya ada banyak lagi....

Thursday, October 01, 2009

Corn Field ( Ladang Jagung)

Kawan2, pernah tengok tak cerita Dora the Explorer...Dalam tu Ain selalu tgok Dora cakap corn field..ladang jagung....rupa2nya dekat kampung nenek papa pun ada ladang jagung yang besar. Tak sangka pula kampung papa ni merupakan antara tempat pengeluar jagung manis terbaik di Malaysia.

Di belakang Ain tu lah ladang jagung nenek Ain.

Raya di Kuala Berang

Hari RAya hari tu Ain balik ke kampung nenek Papa di Kuala Berang Terengganu. Seronok Ain di sana kerana kampung di sana sangatlaaahhh best. Dalam gambar2 ni ada gambar dan video moyang Ain tengah gobek sirih..pernah tengok tak kawan2?


Tok Nyang (moyang) Ain tengah gobek sirih. Sebab tu bibir dia asyik merah ja. Moyang Ain ni umurnya 84 tahun dan masih kuat lagi tau. Setiap hari mesti makan sirih.


Ni mak mak sedara papa...nampak tak Ain kat belakang tu

Aaaa..ni yang best,,papa bawa Ain pergi jalan2 kat tepi Sungai Terengganu.Kat belakang tu ialah bukit bukau di Tasik Kenyir....papa kata masa kecil2 dulu papa suka mandi kat sini.

Ain bergambar dengan lembu2 pak sedra papa..

Recent Posts

Recent Comments