IKLAN

Wednesday, June 30, 2010

Hasil Karya Ain

Ni Hasil karya Ain selama beberapa bulan Ain berkursus kat Tadika Ampang. Ain terjumpa kat dalam file. Sebelum ianya lunyai atas sebab sebab tertentu, Ain nak share ngn kawan kawan...heheheh sebenarnya nak menunjuk aje....kuikuikui...





























Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Kepada papa tercinta, Selamat Hari Bapa. Ini ada kad Ain buat untuk Papa. Harap papa gembira

Friday, June 11, 2010

Twisties Penalty Shoot Out

2 hari lepas, Ain singgah kat booth Twisties ni kat One Utama. Nak tahu apa ceritanya? Macam ni, sesiapa yang beli RM5 dapat chance tendang bola masuk lubang tu akan dapat hadiah. Nampak macam susah juga kan? Hari tu, Papa tendang 3 kali, 2 kali masuk lubang dapat voucher RM100 bestnya Ain shopping sakan ngan papa dan mama. Malam tadi kitorang pergi lagi dan kali ni ateh dan samuel pon ikut sama..Hasilnya papa dapat lagi RM 50. Ateh pon dapat RM50. Wah macam ni hari hari kitorang nak pergi tendang...Kalau ada kawan2 berminat bolehla ajak ayah kawan2 pi sana...

dapat RM50

Dapat lagi RM 100
Itu hari kitorang pergi lagi main tendang bola....at last dapat lagi RM150. Bestnya, semua sekali yang papa kumpul dah RM300. Last2 orang tu dah blacklist nama papa tak boleh tendang lagi....
Lagi RM150.. bestnya...

World Cup

Malam esok World Cup akan bermula. Maka bermula lah kegilaan orang ramai terhadap sukan ini. Sebelum acara ni bermula pon macam macam pesta dan promosi berkaitan bolasepak dah berlangsung merata rata. Ain pon tak ketinggalan terasa bahang Piala dunia ni. Ke mana mana ain pergi semua org bercakap pasal bola. Kawan kawan macamana? Dah ada pasukan pilihan? Macam ain, Ain sokong Malaysia aja tapi dah tak masuk Worldcup, ain sokong Jerman lah...sebab Ain minat Michael Ballack..tapi khabarnya dia dah cedera,,,ishhh susah hati betul lah Ain...Ok lah Ain pun sokong Brazil juga..Kenapa? Selain pasukan ni kuat dan menghiburkan, Ain pon minat sangat pada Kaka.siap ada baju dia lagi ..wah semua player yg ain minat ni hensem hensem ya. Ok kepada semua pasukan yang bertanding, ain harap anda semua main dengan semangat berpasukan yang tinggi ya. Ingat, anda semua membawa imej negara masing masing, maka tunjukkanlah kehebatan anda di padang.






Ain kat satu promo pasal bola

Barang Barang Adik Ain

Seminggu dua ni agresif betul Ain tengok mama ngn papa pi shopping barangan baby. Ain tengok penuh bilik Ain ngn barangan baby. Wah kalau macam ni Ain pon makin bersemangat nak menyambut kehadiran org baru dalam famili Ain. Kalau ikut kata doktor date due mama awal bulan 8. So lagi 2 bulan. Mama pun Ain tengok makin penat aja jalannya...

Stroller baru untuk Adik Ain
Cot...


h

Thursday, June 10, 2010

Ain dan Samuel

Tadi masa Ain jalan jalan kat One Utama tiba tiba Ain jumpa Ateh dan Samuel. Apa lagi Ain pon seronoklah main main ngan Samuel..Ain geremlah kat Samuel ni

Best tak Samuel kakak tolak.?




Bestnya main main dalam ni



kat Twisties Penalty Shoot Out

Main warna warna

Wah bestnya hari ni papa belikan Ain satu set colouring untuk Ain. Papa beli sebab dia tengok ain berminat sangat nak main cat cat ni. Kat bawah ni hasil kerja ain yang pertama...ok tak?


Tuesday, June 01, 2010

Cat Rumah

Perkara utama kalau masuk rumah baru ialah cat semula rumah. Ini penting sebab kita boleh tentukan tema apa yg kita inginkan. Mama dan papa ni cerewet juga ya, mula mula beli cat kuning,,,bila dah cat satu lapis..mulalah menyesal..kenapa pula? sebab warna tu sama macam rumah la.....tukar lagii...rugi RM100 setin cat 5 liter. takpa nanti cat bilik ain ya. Pastu mama decide nak tema neutral..jadi warna pun yg neutral lah ya..So mama pun pilih warna gray dan warna ala ala coklat. Nantilah kita tgok kesudahannya
Ni Ain tengah cat dapur


Conteng sikit

Ruang tamu yang tak jadi nak dicat. Tunggu cat baru

Selamat Tinggal RXZ

Last week Ain dan Papa mengucapkan selamat tinggal pada motor kesayangan papa RXZ JDH 3180. Setelah berkhidmat selama 12 tahun 1998-2010, banyak jasa motor ini pada Papa. Menurut papa lagi motor ini dihadiahkan oleh Arwah Wan pada 1998 atas kejayaan papa masuk Unibersiti. Apabila ditanya kenapa papa tergamak menjual motor ini, papa menjawab ianya adalah terpaksa memandangkan seiring dengan peredaran usia papa yang sudah lewat 30 an dan motor ini juga banyak meragam, papa fikir lebih baik jual sahaja pada mereka yang memerlukan. Papa menambah motor RXZ tidak sesuai untuk dibawa ke pasar malam sebab susah nak letak barang2 belian sebab tiada raga, so papa fikir dengan hasil jualan motor ini, papa akan membeli sebuah kapchai jenama EX5 warna merah. Ini juga akan memudahkan papa membawa Ain dan mama ronda ronda petang petang selain untuk kegunaan papa ke masjid. Tambah papa lagi semasa hayatnya Wan dahulu, papa pernah minta izin dengan arwah Wan untuk jual motor ini dan beli motor baru dan wan sudahpun bersetuju. Motor RXZ ini memang teman sejati papa. Sebelum kenal dengan mama lagi, papa sudah bersama dengan motor ini. Dari Penang ke Sg Petani ke Perlis ke Penang semula, ke Subang, Ampang dan akhirnya jasa motor ini pada Papa berakhir di Damansara. Ain pun sayang juga motor ini sebab Ain suka naik dekat tanki dia sambil pegang handle masa papa bawak...diharap motor ini dapat dijaga sebaiknya oleh tuan barunya nanti.

Waktu indah Ain dan JDH bersama

Saat saat JDH papa berpindah tangan..huhuhu
(mamat yang berbalut tu lah owner baru JDH)

Selamat Tinggal Sahabat

Recent Posts

Recent Comments