IKLAN

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Ain nak ucapkan selamat hari guru kepada para guru seluruh dunia terutamanya seprang guru yang paling rapat dengan Ain...hari hari nasihat Ain..siapa ya?

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu

Ain nak ucapkan pada mama Selamat Hari Ibu. Harap harap mama bangga jadi ibu kepada seorang anak yang cute ni...

Monday, May 10, 2010

Tadika Baru Ain

Suasana Tadika Ain
Ain dah ready nak ke tadika ni...

Kat sini Ain dah ada Tadika baru. Namanya Tadika Hasanah. Ain suka Tadika ni sebab macam macam Ain boleh buat dari pagi sampai petang. Kat sini selain Ain diajar pelajaran2 yang biasa kat tadika lain, Ain juga belajar solat, mengaji, berwuduk , doa, adab adab dan macam macam lagi. Ain seronok betullah kat sini sampaikan Ain pun marah kalau mama ambil Ain awal sebab petang yang paling best boleh main ngn kawan kawan kat halaman tadika ni. Kepada kawan kawan yang berminat nak join tadika ni jomlah daftar. Tadika ni letaknya kat Pinggiran TTDI. Area area Sg Pencala.

Pindah Lagi

Mulai 8 Mei yang lepas secara rasminya Ain sudah berpindah ke Damansara. Kenapa Ain berpindah? Sebabnya mama dan papa yang suka berpindah randah so Ain ikut aja lah. Ain kan anak yang solehah. Kena lah ikut aja. Sebenarny sebelum ni papa nak beli rumah di Ampang tetapi kan rumah tu dah dipecah masuk sekali..so papa rasa tak best dah duduk area situ so papa pun cergas beli rumah kat sini pulak.. Ok bercerita tentang kediaman baru ni Ain rasa tersangat happy kerana Ain dekat dengan rumah Paklong so bila bila masa Ain boleh melawat Marissa yang Ain sangat sayang tu. Begitu juga rumah Ateh di Kota Damansara pon dekat so nak jumpa Samuel yang Ain "gerem sanget" tu pon anytime aja. Mama pon terasa tersangat gembira tinggal disini sebab katanya tempat shoping dekat dekat aja...so dia boleh drive ngn Ain aja pi shopin takyah tunggu papa lagi. Kalau di Ampang mama takut pi sorg2 sebab katanya macam ramai aja "orang-orang asing" kat situ. Ok habis cerita pindah. Nanti Ain cerita pasal tadika baru Ain lak ya.

Ini lah rumah baru Ain..sori ya bersepah lagi baru aja masuk barang
Gudbye rumah lama...

Papa tengah simbah simbah air yasin + air doa sekeliling rumah.



Thursday, May 06, 2010

Pi Shopping

Bestnya pi shopping barang dapur ngan mama. Lepas shopping mama bagi Ain main kat belon besar. Bestnya..



Ain Update blog

Ramai org kata yang mama dan papa yang update blog Ain. Yang sebenarnya semua ni Ain taip sendiri lah...Mama dan papa cuma bagi guide aja. Tak caya tengok pic kat bawah Ain tengah edit gambar masa pi Langkawi itu hari

Selamat Tinggal Tadika Budak Genius

Esok Jumaat ialah hari terakhir Ain jumpa kawan kawan Tadika. Begitu juga cikgu2 tadika Ain yang baik baik dan cantik cantik. Huhuhuhu sedihnya Ain. Ain dah seronok belajar kat sini kenapa mama dan papa nak pindah lagi. Sepatutnya last week kita pindah tapi disebabkan masalah teknikal kita postpone seminggu. So Ain pon tumpang lagi satu minggu kat tadika ni. Buat Uncle Azrul, teacher Zakiah, teacher Rosha dan lain lain cikgu, Ain ucapkan berbanyak terima kasih sebab mendidik Ain dengan baik dan juga sabar melayan perangaia Ain yang suka datang lambat ke tadika. Buat kawan kawan seperti Vania, Asal, Nana, Firdaus dan lain lain, Ain ucapkan selamat maju jaya dan moga jumpa lagi di lain masa ya. Untuk kawan2 Ain letak gambar Ain kat tadika.



Sunday, May 02, 2010

Double Trouble

Semalam papa meneruskan "aktiviti tanpa kitorang" nya dengan pergi menonton konsert Double Trouble ngan kawan kawan nya. Amboi papa, makin lama makin lupakan Ain ya kalau nak gi tempat happening. Alasan papa, perut mama dah makin berat kena duduk rumah. Wah Ain tengok pic papa bukan main lagi jadi rock kapak ya.




Papa dan geng papa

Maksu, Ayah Da, Mak Da dan Adam Haikal melawat Ain

Semalam Maksu datang dari Melaka melawat Ain. Bestnya...pastu pagi pagi tadi lagi AyahDa, MakDa dan Adam Haikal pon datang juga rumah Ain. Seronoknya Ain dapat main dengan Adam Haikal. Lepastu dalam jam 10 pagi kitorang main swimming pool kat bawah rumah Ain. Dah lama papa tak bawa Ain main pool ni. Bestnya takda org pon nak kacau kitorang main sini..Dalam jam 12 tengahari Adam Haikal pon balik ke Perak rumah opahnya. Best betullah hari ini.


ni lah MakDa dan Ayah Da


Tu Adam Haikal tengah baring


Maksu dan Ain. Sama tak papa ngn abang nya.


Nak balik dah...

Recent Posts

Recent Comments