IKLAN

Friday, January 07, 2011

Tadika -tadika Ain

Kat bawah ni Ain letak gambar gambar Ain berpakaian Tadika dari dahulu sampai sekarang.

1. Ni Ain eksyen eksyen ja konon konon nak pi Tadika. Masa ni Ain baru setahun lebih.


2. Tadika Matahari, Country Homes Rawang
2007 (2 tahun)

3. Tadika Taska Hayati, Country Homes Rawang
2007-2009 (2-4 tahun)


4. Tadika Genius, Ampang
2010 (5 tahun)


5. Tadika Hasanah, TTDI KL.
2010 (5 tahun)



6. Tadika Sri Comel, Sri Damansara
2011 (6 tahun)

Tadika Ain 6 Tahun

Assalamualaikum kawan kawan. Mulai tahun 2011, Ain memulakan tadika Ain yang baru iaiatu Tadika Sri Comel Manja(amboi namanya bukan main lagi) di Sri Damansara. Kenapa mama pilih tadika ni untuk Ain ya..sebabnya mama tengok tadika ni seimbang dari segi pengajarannya untuk Ain. Ain pun suka tadika yang baru ni kerana tempat Ain nak bermain petang petangnya luas so Ain boleh main kejar kejar dengan kawan kawan dan main berbagai permainan yang ada kat halaman tadika tu. Amboi AIn ni asyik ingat main aja ya..Tak juga kawan kawan...ain suka kat situ juga sebab Ain suka belajar ramai ramai...dan cikgu cikgunya taklah asyik nak suruh Ain belajaaar aja...berbagai aktiviti Ain buat kat tadika ni antaranya kelas komputer, kelas gimnastik, mengaji ikraq, belajar solat, eksperimen sains, main dengan binatang kesayangan dan banyak lagi. Pagi pagi jam 7 Ain dan papa akan hantar Muhammad ke rumah "mak" di Kg Kayu Ara, pastu Ain akan merempit ngn papa ikut jalan LDP ke Sri Damansara. Biasanya jam 7.15 Ain akan sampai ke tadika Ain. Kalau kawan2 nak tahu, tahun ini lah Ain baru rasa betul betul keseronokan menjadi budak tadika. Bukannya tadika Ain yang dahulu tu tak bagus tapi papa Ain tu yang suka hantar Ain lewat lewat kadang kadang jam 11 baru dia hantar...kadang kadang kalau dia cuti dengan Ain sekali cuti. So apa yang jadi? Kawan kawan Ain kat tadika Hasanah dulu yang sebaya dengan Ain dah boleh baca dan mengira dengan baik...tinggallah ain sorang2 yg ketinggalan sedikit. Untuk pengetahuan kawan kawan, tadika ni ialah tadika Ain yang ke tujuh sejak Ain umur setahun. Mula mula Ain masuk tadika/taska ialah di Subang pada 2006 nama apa tah lupa dah. Tadika tu tadika haram rasanya sebab takda register ngn Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mama hantar situ sebab dekat kat bawah apartment kitorang ja masa tu. Kemudian 2007 Ain dan family pindah ke Rawang Ain masuk "Tadika Matahari" untuk sehari ja atas sebab sebab tertentu, esoknya papa hantar ke Tadika Islamic apa nama lupa dah. Kat tadika ni ramai anak anak orang bekas pengikut Al-Arqam yang masuk tadika ni. KAt sini Ain asyik nangis aja tak mau pergi, Ain pon tak tahu kenapa sebab masa tu Ain kecik lagi. Mungkin sebab budak budak lelaki situ ramai sangat kot. Kemudian selepas sebulan Ain tukar lagi ke Tadika Taska Hayati. Haa yang ni lama sikit sampailah akhir tahun 2009. Maknanya 2 tahun juga lah Ain kat tadika ni. 2007-2009. Kedian papa ngan mama pon tak pasal pasal pulak jual rumah kami yang cantik tu kat Rawang Emerald tu. Terus lkitorang pindah lagi ke Ampang. KAt ampang ni Ain masuk Tadika Genius. Kat sini pon best sebab di sini ibarat tadika antarabangsa sebab kawan kawan Ain kat sini ada yang dari Iran, Morocco, Mongolia, Oman dan macam macam lagi. 4 bulan ja Ain duk situ papa pon terasa macam nak pindah lagi lah. Hobi papa kot berpindah randah ni. So papa pon pindah ke damansara. Kat sini tahun 2010 Ain dah 5 tahun, Ain masuk tadika Hasanah kat Taman Tun. Kat sini bagus lah juga tadikanya cuma Ain ja yang selalu ponteng tadika ni..tu pun sebab papa yang malas nak drive pi hantar AIn. hehehe. Sampai takat ni ja lah cerita pasal tadika Ain. KAt bawah ni ada beberapa gambar dan video hari pertama Ain di Tadika Ain yang baru ni. HArap harap Ain berjaya kat sini ya.
















Align Center

Monday, January 03, 2011

Melawat PakLong

Gambar gambar di bawah ialah semasa Ain dan mama dan Ateh melawat Paklong di hospital.Tujuan Paklong masuk ke hospital ialah kerana beliau telah di"operate"kan lututnya yang dah lama injured. Menurut beliau lututnya tu dah jam lama sebab main futsak punya pasal. Masa Ain melawat Paklong, dia baru sahaja selepas dioperate pada petang sebelumnya. Ain tengok Paklong punyalah sakit sampai kena telan pain killer yang paling power sekali. Kesian Paklong Ain ya, tu lah kalau main futsal sampai tak ingat dunia. Lepas ni Paklong bertongkat lah ya macam gambar2 kat bawah sekali tuuu...

Tengok Paklong saya ada tak iras iras player MU ni...

Saturday, January 01, 2011

Happy New Year 2011



Ain ingin mengucapkan kepada kawan kawan dan pengun jung blog Ain ucapan selamat tahun baru 2011. So ini masuk tahun ke 4 lah blog Ain wujud ya. Tahun 2011 ni Ain akan masuk ke tadika yang baru lagi. Ain sebenarnya dah masuk tadika sejak umur 3 tahun lagi tapi yang 2011 ni Ain kena lebih serius lah. Tahun 2010 Ain masuk tadika 5 tahun tapi selalu AIn ponteng jadi prestasi Ain dalam membaca dan mengira agak lemah. So Ain berazam tahun 2011 ni Ain akan buat betul2 sebagaimana kanak kanak lain buat. Untuk tahun 2011 ni Ain juga berazam untuk mengupdate blog Ain dengan lebih matang lagi. Sebagai contoh gaya penceritaan Ain di dalam penulisan Ain akan lebih terarah kepada jati diri seorang budak tadika berusia 6 tahun. Itu harapan Ain lah. Ain pun tak tahu aras 6 tahun dengan 5 tahun ni sama tak sama. Ain rasa sama sahaja kot. hehehe. Kat bawah ni kawan2 bolehlah lihat Ain telah menghadiri majlis melihat bunga api bunga api yang dipasang di perkarangan KLCC menandakan tahun baru telah tiba.


Recent Posts

Recent Comments