IKLAN

Monday, August 31, 2009

SALAM RAMADHAN dan Happy Birthday to me

Buat kawan2 Ain tidak terlambat untuk Ain ucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Di bulan ni Ain nak ingatkan kawan2 kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga segala segi perwatakan kita yang negatif kita buangkan. Ini kerana kawan2 bukan sahaja amal ibadat kita dilipatgandakan pahalanya malah jika kita melakukan dosa pun dilipatgandakan juga balasnya. Betapa indah kedatangan ramadan, jika kita selami hikmat ramadan memang banyak yang kita abaikan. Ya lah..bulan ramadan ditunggu tunggu semua orang. Ada yang menunggu untuk amal ibadat..tidak kurang juga yang menunggu untuk peluang bisnes..nauzubillah...bulan yang dikurniakan Allah khas untuk kita, kita nantikan sebagai peluang bisnes setahun sekali..bukan tidak boleh tapi pada pandangan Ain, utamakanlah yang perlu diutamakan. Cuba renung sejenak...sepatut kita melipatganda amal ibadat. tapi ramai yang lipatgandakan usaha mencari duit lebih di bulan ini...habis terawih kemana tadarus ke mana...yang tidak berniaga..10 malam terakhirlah yang paling sibuk...bukannya untuk beribadat mencari lailatul qadar..tetapi sibuk dengan persiapan raya..dengan kuihnya..dengan baju raya...langsir raya...wah...memang tak sempatlah nak ke masjid.....kalau dulu nabi kita Nabi Muhammad SAW menangis apabila Syawal tiba..menangis kerana meninggalkan Ramadan..umatnya sekarang pun menangis juga...ya menangis sedih mendengar sayu bait lagu raya Ahmad Jais...menangis sebab kena kerja di pagi raya..menangis tiket bas habis..fikirkan lah kawan2...lihatlah sekarang kita mengutamakan hari raya lebih daripada memikirkan fadilat ramadan..sebelum bulan puasa lagi sudah kedengaran iklan raya..betul tak kawan2..kalau ada hujah yang salah..kawan2 betulkan ya...

Ain pun baru ja masuk 4 tahun 24 Ogos lepas...sambutannya boleh tahan lah...mama dan papa buat di Sg Isap dan menjemput keluarga terdekat ja...kiranya majlis doa selamat lah....tapi bab potong kek dan tiup lilin Ain nak juga..kan Ain ni kecik lagi mestilah Ain nak benda2 yg seronok macam tu....kek,lilin,belon,hadiah, mainan dsb.......kan itu dunia kanak2 macam Ain...hahaha best kan...malam tu majlis Ain start jam 10 malam....Yg datang keluarga PakJu (Adik Umi ) dan keluarga 35. Hidangan utama..sate dan ayam bbq...kira happening la juga kan...Hadiah? ada lah dapat belas belas hadiah...seronot kan.dapat hadiah,,,ok nanti Ain letak gambar2 berkaitan majlis harijadi Ain tu ya.

Kawan2 boleh la klik kat link kat bawah ni utk pic berdayy Ain

Pic berthday Ain































Recent Posts

Recent Comments