IKLAN

Saturday, March 27, 2010

Burday Tok Umi dan Samuel



Minggu lepas , selepas balik dari Langkawi, kami sekeluarga telah membuat surprise menyambut hari lahir Tok Umi dan Samuel. Acara tu kita buat di rumah Paklong. Yang bestnya ada 3 kek pada hari tu. 1 untuk Tokmi, 1 untuk samuel..dan teka satu lagi untuk siapa...haaa tentulah untuk Ain. Ain kan peminat birthday. So walaupun birday Ain lambat lagi..tapi Ain pon ada lilin untuk ditiup. Selamat Hari Lahir Tok Umi, Selamat Hari Lahir Samuel. Untuk Tok Umi mama dah bagi hadiah, dan untuk Samuel Ain ada beli satu hadiah mainan spesel punya.

Friday, March 26, 2010

Langkawi Trip

Kawan kawan, pada cuti sekolah yang lepas, Ain dan family telah melancong ke Pulau Langkawi.
Yang turut serta ialah Ain, Papa, Mama, Tok Umi, CikDa, MakSu, Ateh 1, Ateh 2 dan Samuel.
Ain seronooookkkk sangat bercuti ke sini. Nak cerita panjang Ain tak pandai,,,tengok ajalah gambar gambar kat bawah ni...nak banyak lagi gambar click sini http://picasaweb.google.com/abjad78/LangkawiTrip#


Welcome to Langkawi
Jom jadi helang

Cable car to puncak gunung


The Loaf
Posing sikit


Tagteam cabaran terbang bak helang


Wah bestnya dok kat atas nu

Acara tarik upih moden

Ateh, Samuel dan Mahsuri
Berposing kat rumah Mahsuri


Galeria Tok Det kesayangan Ain.


Tengok ikan (underwater world)

Kejar2 ngn Samuel

Beshnya main air masin ni


Paling best...naik boat round pulau
Apala CikDa ni..asyik coklat aja


wajah wajah pelancong yang tensen

2 perkara yang spoilkan percutian Ain
- van rosak (buang masa aja tunggu van baru)
- makanan kat sini yang tak best langsung..dah la lembab
(sila rujuk gambar di atas)

Jommm balik KL

Singgah Penang sat

Jumpa lagi!!!

Wednesday, March 03, 2010

Pindah lagi ke Mama?

Pada post yang lepas Ain ada cerita yang rumah Ain kena pecah masuk kan? Akibat kejadian tu, Mama,Papa dan Ki buat satu meeting antara mereka berdua. Hasil mesyuarat tu mereka ambik keputusan pantas iaitu kami tak jadi beli rumah yang kami sedang duduki ni. Apa ni mama, papa, Ain dah seronok duduk sini dan kawan kawan dah ramai. Takkan nak pindah lagi kot. Letih la nanti Ain nak angkat angkat katil almari tilam lagi. So mama dan papa telah ambil keputusan nak beli kondo di Damansara Utama pula. Satu pagar dengan rumah Paklong. Dengar kata Ateh pon nak beli rumah situ. Wah best juga macam ni. Boring boring Ain boleh jalan rumah Paklong main ngan Marissa atau rumah Ateh main ngan Samuel. So Mama dan Papa apa lagi carilah tadika baru kat Ain yang best best.


Tuesday, March 02, 2010

Pecah Rumah

Pada 1 Mac itu hari, satu peristiwa malang berlaku pada keluarga kami. Setibanya kami dari kampung kami dapati rumah kami di Ampang ni telah dipecah masuk. Siapa yang pecah masuk tu? Tentulah pencuri aka penyamun durjana. Jahat betul lah penyamun ni. Antara barang yang dikebas penyamun ni ialah laptop mama, PS Ain dan yang paling Ain geram duit tabung Ain yang Ain kumpul selam ni pon dia kebas. Nasib baik Allah masih pelihara barang kemas mama dan duit papa dalam RM700 dalam beg dia tak ambil. Sekarang ni Ain takleh dah main game Barbie sebab PS Ain dah tak ada. Sekurrang kurangnya Ain taklah nak main game aja. Sekarang ni hari hari Ain doa supaya pencuri tu insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kat bawah ni ada gambar-gambar rumah Ain digeledah. Dahlah mencuri buat sepah sepah pulak rumah Ain. Kebetulan Ki Ain pon datang melawat Ain kat sini, so Ki pon baca baca dan pagar rumah kami.



Recent Posts

Recent Comments