IKLAN

Friday, December 31, 2010

Cuti 14: Siti Di Alam Fantasi

Hai Assalamualaikum. Beberapa hari sebelum berakhirnya 2010 dan cuti panjang Ain, papa telah menunaikan permintaan Ain yang Ain sangat sangat mahu iaitu menonton teater kanak kanak Siti di Alam Fantasi di Istana Budaya.Untuk cuti panjang tahun 2010, rasanya inilah aktiviti cuti Ain yang terakhir dan ini juga merupakan kali pertama Ain menjejakkan diri ke Istana Budaya. Wah, Ain merasa sangat gembira menonton teater kanak-kanak ini dimana terdapat pelbagai watak watak binatang, tumbuh-tumbuhan dan watak manusia. Menambahkan lagi keseronokan Ain malam tu ialah dimana pelakon watak Siti iaitu Liyana Jasmay dan beberapa pelakon lain telah meminta untuk bergambar dengan Ain.


Inilah "Siti".

Ain jadi tergamam dipeluk "Siti" (aktress Liyana Jasmay)

Ain redha ja bila 'siti' ni nak bergambar lagi dgn Ain.

Kalau tak silap "putera raja" ni ialah aktor Fizo Omar.

Ini watak burung bayan.

Ni pulak watak ahli sihir yang jahat

Ni watak puteri duyung. Tengoklah pipinya tu,,,merahhhnya.


Brader ni namanya Johan Raja Lawak. Dalam cerita ni dia jadi "Pokok".


Teka, siapa ni? Inilah Vanida Imran yang membawa watak ratu labah labah yang jahat.


Ini pulak watak raja katak.Oing oing.

Menurut kawan2 papa, ni ialah isteri pelakon Johan.

Ni kat belakang pentas. Papa boleh cilok sana sebab kawan papa penolong pengarah teater ni.


Thursday, December 30, 2010

AFF Suzuki Cup..Tahniah Malaysia

Tahniah pasukan Harimau Malaya atas kejayaan mengatasi Indonesia di Piala Suzuki baru baru ini. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar dan sedutan video gelagat penyokong Malaysia yang sempat papa ambil sewaktu perlawanan pertama di Kuala Lumpur. Untuk rekod, papa telah meninggalkan kitorang bertiga kat rumah dan pergi dengan Ateh menonton perlawanan tersebut yang berkesudahan Malaysia 3 Indonesia 0. Pada perlawanan timbal balik pula di Gelora (Gelanggang olahraga) Bung Karno, Indon menang 2-1 tapi Malaysia still juara. Bravo Malaysia. Booo to Indonesia fan yang tak habis habis dengki dengan fan Malaysia.








Sunday, December 26, 2010

Cuti 13: Birthday Kawan Ain

Petang semalam, Ain menghadiri majlis harijadi kawan Ain yang bernama Putera Adam yang ke 4 tahun. Beliau merupakan anak kepada kawan mama, auntie Sha dan Uncle Iznan. Majlis ni diadakan di KFC Alam Megah Shah Alam. Ain beraasa sangat seronok sebab dapat jumpa maskot cheeky dan ain juga dapat sertai banyak games dan dapat juga hadiah. Ain juga sama sama nyanyikan lagu Hepi Berday sama sama kawan kawan yang lain khas untuk Putera Adam. Hepi berday Adam, tahun depan jangan lupa ya datang berday ain dan muhammad pula.











Saturday, December 25, 2010

Cuti 12: Cuti Krismas.. Jalan -jalan kat OU

Ain ajak papa jalan jalan kat OU sempena cuti krismas ni. Tak sangka plak kat OU ni ada banyak bangunan2 macam kat negara English. Siap ada salji tiru tiruan lagi. Kesian kan, org Malaysia ni...nak sambut krismas tapi tak ada salji....so buat buatlah salji dan kampung english tiruan.

p/s; Ainsarahkhadijah menggunakan frasa English merujuk kepada negara, orang dan bahasa atau apa sahaja yang berkaitan dengan Mat Saleh tak kira lah mat saleh tu dari jerman ke rusia ke atau perancis.





Cuti 11: Upin Ipin Karnival

Upin & Ipin merupakan antara watak yang paling Ain gemari. Jadi apabila Ain dapat tahu adanya karnival Upin dan Ipin di Shah Alam, Ain terus minta papa bawa Ain datang sini sebab Ain nak tengok Upin dan Ipin ni secara dekat. Yang paling best masa Ain jalan2 ngn papa kat sini tetiba ada wartawan TV9 interview papa. So malam tu muka papa masuklah berita TV9.






Recent Posts

Recent Comments