IKLAN

Friday, December 31, 2010

Cuti 14: Siti Di Alam Fantasi

Hai Assalamualaikum. Beberapa hari sebelum berakhirnya 2010 dan cuti panjang Ain, papa telah menunaikan permintaan Ain yang Ain sangat sangat mahu iaitu menonton teater kanak kanak Siti di Alam Fantasi di Istana Budaya.Untuk cuti panjang tahun 2010, rasanya inilah aktiviti cuti Ain yang terakhir dan ini juga merupakan kali pertama Ain menjejakkan diri ke Istana Budaya. Wah, Ain merasa sangat gembira menonton teater kanak-kanak ini dimana terdapat pelbagai watak watak binatang, tumbuh-tumbuhan dan watak manusia. Menambahkan lagi keseronokan Ain malam tu ialah dimana pelakon watak Siti iaitu Liyana Jasmay dan beberapa pelakon lain telah meminta untuk bergambar dengan Ain.


Inilah "Siti".

Ain jadi tergamam dipeluk "Siti" (aktress Liyana Jasmay)

Ain redha ja bila 'siti' ni nak bergambar lagi dgn Ain.

Kalau tak silap "putera raja" ni ialah aktor Fizo Omar.

Ini watak burung bayan.

Ni pulak watak ahli sihir yang jahat

Ni watak puteri duyung. Tengoklah pipinya tu,,,merahhhnya.


Brader ni namanya Johan Raja Lawak. Dalam cerita ni dia jadi "Pokok".


Teka, siapa ni? Inilah Vanida Imran yang membawa watak ratu labah labah yang jahat.


Ini pulak watak raja katak.Oing oing.

Menurut kawan2 papa, ni ialah isteri pelakon Johan.

Ni kat belakang pentas. Papa boleh cilok sana sebab kawan papa penolong pengarah teater ni.


No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments