IKLAN

Tuesday, November 20, 2007

Mana Hospital Shah Alam??

Nak tau tak kenapa dua tiga hari ni Ain selsema ja....
Kalau kawan2 nak tau....2 hari lepas masa Ain dan Papa dan Mama balik daripada Dinner...ada satu kemalangan dekat traffic light dekat Makro....Ia melibatkan sebuah teksi dengan sebuah kereta...Ain sempat tengok masa lalu tu... pakcik drebar teksi tu pengsan dekat tempatnya...mungkin sebab terhantuk kepala dan dada dia kot...Lepas tu papa terus stop kereta dan pi tolong pakcik tu...Papa tinggalkan Ain dan Mama kt dlm keta....pastu Ain tgok papa sibuk telefon ambulan....Kemudian Ain tgook org ramai berenti dan polis pun datang....tapi Ain hairan...kenapa tak keluarkan ja Pakcik tu dan bawa ke hospital...Kalau kawan2 nak tau...ambulan datang 1 jam 15 minit kemudian tau....maknanya selama tu lah pakcik tu pengsan dlm teksi tu....menurut papa, polis tak bagi keluarkan sendiri pakcik tu...takut ada tulang dada yang patah dan takut makin teruk nanti....
Menurut papa, papa dah tepon 999 dan hospital terdekat ialah di Klang....patutlah lambat...pastu dengan sesat lagi...kelakarlah diorang ni....Yang Ain lagi hairan macam mana sebuah "bandaraya" macam Shah Alam ni...yang mana ianya pusat pentadbiran negeri Selangor, tak ada sebuah hospital kerajaan....hahaha kelakarlah....bukan semua org mampu pi hospital swasta kan...Dahla Shah Alam ni banyak kilang.....Macamana kalau ada kemalangan dalam kilang....macam tersepit jari ke....Ain harap kalo ada "org org kuat" negeri Selangor ni...usulkanlah cepat cepat buat hospital... buat malu kat negeri kelantan ja...kata negeri maju...maju apa macam ni

So...macamana Ain selsema? Ini kerana Ain duduk dalam aircond keta selama 2 jam tak begerak gerak malam tu....dari jam 11.00 sampai 12.30....tunggu ambulan...

Boringnya hari ni

Sekejap lagi...mama dsan papa nak hantar Ain pi nursery...
Mama keja jam 12 balik malam...
Papa plak sibuk ngan keretanya.,..tah apa nak repair lagi tak tahu lah....

Hari ni Ain batuk dan selesema.....harap harap papa bawak Ain pi klinik hari ni ambil ubat....

Sunday, November 18, 2007

Papa nak yang ini....



Papa.....semalam ain tak puas makan....sekarang ain nak papa bawak ain pi makan kat tempat ni......ada faham...?

Dinner Anniversary


Tadi malam Ain ikut papa dan mama pi makan malam anniversary diorang.....


Ingatkan candle light dinner dekat hotel.........Rupanya Thai Food Dinner ja......Bukan main Papa dan Mama makan ya...sampai lupa dekat Ain...

Saturday, November 17, 2007

Anniversary papa and mama

Hari ni 17 november 2007...genaplah 3 tahun papa and mama hidup sebagai suami isteri. Tak silap Ain, mama and papa dijabkabulkan 17 Nov 2004. Masa tu Ain tak wujud lagi....memang la kan...

Sekarang ni Ain tengok mama dan papa tengah bersiap nak pi dinner....Anniversary dinner kot...
tak nak ajak Ain sekali ke....kat mana tu ya.......

Ok....ain pun nak bersiap..nanti kena tinggal.....nanti Ain post gambar dinner tu ya.....bye

Monday, November 05, 2007

Di rumah Auntie Filzah( Mac 2007)

Masa ni Ain, Mama dan Papa telah melawat kawan lama Mama semasa di Penang dahulu. Rumah auntie ni dekat Subang Jaya. Seronok betul Ain pergi rumah auntie ni sebab banyak makanan yang best best ada di sana. Masa ni Ain jumpa kawan Ain iaitu Adam baby kepada auntie Sha dan Uncle Iznan. Masa ni dia still baby lagi. Masa ni Ain juga jumpa auntie Siti yang juga kawan baik mama masa dekat Penang. Kelihatan dalam gambar kiri ke kanan Mama, Papa, Auntie Siti, Ain, Auntie Filzah, Uncle, Auntie Sha dan baby Adam.

Majlis Tunang Ateh


Majlis tunang Ateh ni dah lama dah...tapi Ain baru nak letak...sori ya Ateh....rasanya bulan mac 2007...Majlis ni belangsung dekat Sg Isap Kuantan iaitu di rumah Tok Umi tercinta. Ain tengok hari tu semua org sibuk....Mama ngan Papa pun sibuk masak n layan tetamu sampai tak sempat layan Ain...

Lamaaa dah tak update

Hai kawan kawan...

Dah lama Ain tak cerita or letak gambar dlm blog ni....

Maybe takda masa kot.....mungkin Ain busy ke..tak tau lah....Dah hampir setahun blog Ain ni diam ja....

Ok...nanti ain letak gambar2 ain ya....

Recent Posts

Recent Comments