IKLAN

Tuesday, November 20, 2007

Mana Hospital Shah Alam??

Nak tau tak kenapa dua tiga hari ni Ain selsema ja....
Kalau kawan2 nak tau....2 hari lepas masa Ain dan Papa dan Mama balik daripada Dinner...ada satu kemalangan dekat traffic light dekat Makro....Ia melibatkan sebuah teksi dengan sebuah kereta...Ain sempat tengok masa lalu tu... pakcik drebar teksi tu pengsan dekat tempatnya...mungkin sebab terhantuk kepala dan dada dia kot...Lepas tu papa terus stop kereta dan pi tolong pakcik tu...Papa tinggalkan Ain dan Mama kt dlm keta....pastu Ain tgok papa sibuk telefon ambulan....Kemudian Ain tgook org ramai berenti dan polis pun datang....tapi Ain hairan...kenapa tak keluarkan ja Pakcik tu dan bawa ke hospital...Kalau kawan2 nak tau...ambulan datang 1 jam 15 minit kemudian tau....maknanya selama tu lah pakcik tu pengsan dlm teksi tu....menurut papa, polis tak bagi keluarkan sendiri pakcik tu...takut ada tulang dada yang patah dan takut makin teruk nanti....
Menurut papa, papa dah tepon 999 dan hospital terdekat ialah di Klang....patutlah lambat...pastu dengan sesat lagi...kelakarlah diorang ni....Yang Ain lagi hairan macam mana sebuah "bandaraya" macam Shah Alam ni...yang mana ianya pusat pentadbiran negeri Selangor, tak ada sebuah hospital kerajaan....hahaha kelakarlah....bukan semua org mampu pi hospital swasta kan...Dahla Shah Alam ni banyak kilang.....Macamana kalau ada kemalangan dalam kilang....macam tersepit jari ke....Ain harap kalo ada "org org kuat" negeri Selangor ni...usulkanlah cepat cepat buat hospital... buat malu kat negeri kelantan ja...kata negeri maju...maju apa macam ni

So...macamana Ain selsema? Ini kerana Ain duduk dalam aircond keta selama 2 jam tak begerak gerak malam tu....dari jam 11.00 sampai 12.30....tunggu ambulan...

2 comments:

Anonymous said...

Kesiannya Ain selsema yer...nanti suh Mama and Papa carikan ubat yer....

Anonymous said...

ain duk lam keta sampai 2 jam??
mane tau 2 jam? ain kan kaki tdo.. kalo ada aircond mesti tdo.

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments