IKLAN

Thursday, December 09, 2010

Cuti 4: MAHA 2010

Last week Ain paksa papa supaya membawa Ain ke tempat yang ada buat pameran binatang binatang dan ada kuda dan ada arnab dan ada buah buahan dan ada sayuran sayuran tu....Papa tanya Ain, mana ain tahu semua ni..Ain cakap,,Ain tengok dalam paper Kosmo ada budak main main ngn arnab...so Ain nak pergi juga sana. Rupa2nya pameran MAHA ya. OK..papa kata set..esok kita gi. Memandangkan hari tu hari Khamis, maka papa taknak tersesak dalam traffic jam org balik kerja nanti so setelah berbincang dengan Ain, kitorang setuju naik tren dgn bus. Sebelum tu papa google dulu macamana naik tren ke sana. Diorg cakap naik tren turun ke Serdang naik bus Rapid KL ke parking UPM sana ada shutlle bus free ke tapak MAHA. So bermulalah "pengalaman kitornag" hehehehe..Tensen woooo...kalau tahu Ain naik kereta aja...buang karan aja naik tren ni...Tak caya tengoklah gambar2 Ain kat bawah ni. PAstu ada lagi gambar Ain kat tapak pameran. Papa punya syok semua dia nak ambik gambar Ain. LAst2 sampai tempat Ain naik kuda ngn main arnab yg Ain tunggu2 tu,,hp papa dah kong baterinya,,,,apa ni papa,,,takda lah bukti Ain yg best best....Asyik gambar lembu lembu, kambing kambing aja yg sempat papa snap. Utk kawan kawan tahun depan ajaklah papa kawan2 semua pi tempat ni..berkenalan lah dgn tanam tanaman dan binatang2 ternakan. Ni tak,,tahu makan aja kan. Tapi nasihat Ain,,kalau ada kereta tu,,naik kereta lah,,rasanya lagi cepat sampai...pastu dtg lah seawal jam 10 pagi. Baru lah boleh round semua tempat yg ada kat situ...




Kitorang start journey ni kat Sg Buloh jam 1.10 sampai sini kena tunggu tren jam 1.30.

Bestnya naik tren. Antara hobi faveret Ain,,,naik tren dan bas. Tapi punyalah lama nak sampai serdang. Naik jam 1.30 ptg,,sampai serdang jam 3.00 petang. Wah lamanya, kalau naik kereta ni dah sampai Melaka dah ni.


Ni lah jadinya. Tunggu lah ya tepi longkang tu. Tunggu dari jam 3.00 sampai lah jam 3.30 baru lah muncul bas Rapid KL yang dimaksudkan. Ain dah panas dah ni..

Jam 3,30 bas Rapid KL baru ada, Tu pun nak jalan tu kena tunggu 20 minit baru jalan.

Jam 4.40 barulah sampai betul2 kat tapak pameran....Tensennya naik pengangkutan awam ni.Dekat jam 5 petang,,nak buat apa ya dah petang dah ni...Semua skali perjalanan Ain ialah 3 jam 30minit sedangkan kalau naik kereta pon habis lama 1 jam aja.









Ain cuba menjadi model orang Sarawak


Kat belakang tu lah rumah tradisional Terengganu, Best tak?



Baik tak lembu ni ngn Ain. Dia tak marah pon Ain pegang dan gosok2 badan nya.






Besar tak lembu ni. Selain besar, lembu ni bersih aja kulitnya. Pastu berbulu lagi kat muka. Agak2nya ni lembu Mat saleh kot.
Wekkkk,,busuknya bau anak kerbau ni....



Ain bagi makan kambing ni, Sian dia tak makan 10 hari dah kot hehehe

Ni lah pic terakhir papa boleh snap, rugi betul llah hp papa bateri kong. Kat belakang Ain tu tempat orang main rodeo.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments