IKLAN

Wednesday, December 22, 2010

Cuti 8 ( Pantai Kijal, Pantai Kemasik. Monica Bay(pantai mok nik)).

Cuti 2. Ain tuntut janji ngn Pama yg janji nak bawa Ain ngn Muhammad jalan2 tidur kat hotel 5 bintang. So papa pun bincang ngn mama. Mula2 papa kata jomlah kita pi holiday kat London sambil sambil tengok bola Chelsea main kat Stamford Bridge boleh gak layan lepak tepi Sungai London minum teh sambil2 nyanyi lagu London bridge fallin down fallin down. Tapi kata papa ;agi menurut kata kawan dia yg bernama Ashley Cole tu, kat London skrg sejuk kaw kaw katanya. Salji pon setebal 3 kaki 2 inci. Mungkin kapalterbang MAS atau AyerAsia tak mampu nak mendaratkan tayarnya kat lapangan terbang antarabangsa England ( ELIA). So maknanya kita kena bercuti di kawasan sekitar rumah kita ajalah ya. Kata papa lagi. Ain pon hangguk ajalah tanda setuju. Betul ke tidak tak tahulah Ain samada papa sedang membohongi Ain atau semua perkara di atas tu benar benar belaka. (Tapi sbenarnya Ain tahu, tu alasan papa aja sebab Ain tahu papa pon tengah pokai sekarang ni, mana mungkin bercuti jauh jauh). Papa pun kata kita bercuti di negeri Terengganu ajalah. Ain ok ajalah. Kalau banyak songeh nanti papa bawak bercuti umah Tokki kat tepi ladang kelapasawit ja. So kitorang pi lah ke Kijal. not bad la. sekarang pon musim tengkujuh. Boleh la tgok ombak besar2 menghempas pantai. Tang hotel tu tak taulah berapa ribu bintang. Pada kawan2 yg duduk jauh2, lehla ajak pama kawan2 datang sini. Suasananya pon nyaman dan tenteram. Sesiapa yg sedang nak mengarang novel ke atau sedang merawat hati yang luka ke... bagus la lepak sini. Kat situ selain pantai Kijal Ain sempat juga pergi pantai Kemasik pi makan kopok lekor panas2. Abis satu malam kat sana, kitorg pon balik la semula ke Kuantan. Ala papa ni. Holiday apa macam ni satu malam ja....Papa pon cakap ya lah semalam dah lah...lagipon ni kan kat kampong papa..buat apa buang duit bayar hotel dok lama lama. Baik balik umah TokMi lagi best. On de way balik tu, kita sempat singgah pantai mak nik di kawasan sekitar Kuala Kemaman. KAt sini org cakap satar dan otak2 nya best. So Ain pon trylah. Bagi Ain lagi sedap Satar Tanjung Lumpur yang Ateh selalu makan tu. Besar dan lagi sedap berbanding kat sini. Tang Otak2 pula, Ain takleh makan sebab pedas. Pulut panggang pula bagi Ain boleh dikatakan mahal lah juga 50 sen sebatang dengan saiznya yg seciput tu. So kesimpulannya, ramai org singgah sini mungkin sebab dah ada nama kot. Sedap tak sedap tu masing2 lah fikir sendiri. Habis cerita ttg cuti pendek Ain. Bagi Ain, percutian ke Awana Kijal ni worth for money lah. Lokasinya pon cantik. Hotel bersih dan best. Pantainya terjaga. Boleh mandi sampai tengah laut sebab pantainya landai dan pasirnya pon lembut2. Ada watersport macam jet ski, kayak, ATV, dll. Cuma kalau nak main laut dicadang datang tengah2 tahun. Makanannya pon ok..not bad lah. So for AIn walau semalam aja, its OK papa. Next kita pi London ya.



Sessi berebut papa antara Ain ngn Muhammad




Pantai Kemasik.














Main main di gigi air kat pantai Kijal belakang hotel






OTW balik ada pulak acara opening Giant. Ramailah umat manusia sampai jem nak masuk Giant. Papa pon join lah sekaki.

Pantai Mak Nik Kemaman.

Makan Otak2
Makan Otak2

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments