IKLAN

Friday, January 07, 2011

Tadika Ain 6 Tahun

Assalamualaikum kawan kawan. Mulai tahun 2011, Ain memulakan tadika Ain yang baru iaiatu Tadika Sri Comel Manja(amboi namanya bukan main lagi) di Sri Damansara. Kenapa mama pilih tadika ni untuk Ain ya..sebabnya mama tengok tadika ni seimbang dari segi pengajarannya untuk Ain. Ain pun suka tadika yang baru ni kerana tempat Ain nak bermain petang petangnya luas so Ain boleh main kejar kejar dengan kawan kawan dan main berbagai permainan yang ada kat halaman tadika tu. Amboi AIn ni asyik ingat main aja ya..Tak juga kawan kawan...ain suka kat situ juga sebab Ain suka belajar ramai ramai...dan cikgu cikgunya taklah asyik nak suruh Ain belajaaar aja...berbagai aktiviti Ain buat kat tadika ni antaranya kelas komputer, kelas gimnastik, mengaji ikraq, belajar solat, eksperimen sains, main dengan binatang kesayangan dan banyak lagi. Pagi pagi jam 7 Ain dan papa akan hantar Muhammad ke rumah "mak" di Kg Kayu Ara, pastu Ain akan merempit ngn papa ikut jalan LDP ke Sri Damansara. Biasanya jam 7.15 Ain akan sampai ke tadika Ain. Kalau kawan2 nak tahu, tahun ini lah Ain baru rasa betul betul keseronokan menjadi budak tadika. Bukannya tadika Ain yang dahulu tu tak bagus tapi papa Ain tu yang suka hantar Ain lewat lewat kadang kadang jam 11 baru dia hantar...kadang kadang kalau dia cuti dengan Ain sekali cuti. So apa yang jadi? Kawan kawan Ain kat tadika Hasanah dulu yang sebaya dengan Ain dah boleh baca dan mengira dengan baik...tinggallah ain sorang2 yg ketinggalan sedikit. Untuk pengetahuan kawan kawan, tadika ni ialah tadika Ain yang ke tujuh sejak Ain umur setahun. Mula mula Ain masuk tadika/taska ialah di Subang pada 2006 nama apa tah lupa dah. Tadika tu tadika haram rasanya sebab takda register ngn Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mama hantar situ sebab dekat kat bawah apartment kitorang ja masa tu. Kemudian 2007 Ain dan family pindah ke Rawang Ain masuk "Tadika Matahari" untuk sehari ja atas sebab sebab tertentu, esoknya papa hantar ke Tadika Islamic apa nama lupa dah. Kat tadika ni ramai anak anak orang bekas pengikut Al-Arqam yang masuk tadika ni. KAt sini Ain asyik nangis aja tak mau pergi, Ain pon tak tahu kenapa sebab masa tu Ain kecik lagi. Mungkin sebab budak budak lelaki situ ramai sangat kot. Kemudian selepas sebulan Ain tukar lagi ke Tadika Taska Hayati. Haa yang ni lama sikit sampailah akhir tahun 2009. Maknanya 2 tahun juga lah Ain kat tadika ni. 2007-2009. Kedian papa ngan mama pon tak pasal pasal pulak jual rumah kami yang cantik tu kat Rawang Emerald tu. Terus lkitorang pindah lagi ke Ampang. KAt ampang ni Ain masuk Tadika Genius. Kat sini pon best sebab di sini ibarat tadika antarabangsa sebab kawan kawan Ain kat sini ada yang dari Iran, Morocco, Mongolia, Oman dan macam macam lagi. 4 bulan ja Ain duk situ papa pon terasa macam nak pindah lagi lah. Hobi papa kot berpindah randah ni. So papa pon pindah ke damansara. Kat sini tahun 2010 Ain dah 5 tahun, Ain masuk tadika Hasanah kat Taman Tun. Kat sini bagus lah juga tadikanya cuma Ain ja yang selalu ponteng tadika ni..tu pun sebab papa yang malas nak drive pi hantar AIn. hehehe. Sampai takat ni ja lah cerita pasal tadika Ain. KAt bawah ni ada beberapa gambar dan video hari pertama Ain di Tadika Ain yang baru ni. HArap harap Ain berjaya kat sini ya.
















Align Center

6 comments:

We're Family. said...

HAPPY BIRTHDAY KAKAK AIN!!!...

Ain Sarah Khadijah said...

Samuel,,birthday kakak ain bulan 8 lah..

mamasuri said...

salam..
sy pun dok sri damansara..
tgh dok survey2 tadika utk suri jugak ni..

Ain Sarah Khadijah said...

salam...
ain baru tahun ni masuk tadika ni..apa yg boleh mama Ain kata..tadika ni memang bagus untuk Ain..Ain seronok dekat tadika ni..ianya seimbang dunia dan akhirat...buku yang digunakan untuk pelajaran english ialah buku SmartReader dan BM buku e-Xra..nanti ada masa pergilah jumpa owner tadika ni..

Anonymous said...

salam mama ain..
saya tinggal kat puncak damansara jugak..
tengah cari pengasuh utk baby 3 bulan sekarang..
akak kerja? sekarang baby muhammad hantar kat mana ye? tq ;)

Ain Sarah Khadijah said...

Hai Diha..Salam perkenalan.Tinggal kat Puncak juga ya..Blok mana tu. Baby Muhammad sekarang ni kita hantar dekat baby sitter di kampung kawasan belakang Idaman Corner. Nanti saya tanyakan dulu kalau kalau dia terima lagi baby. Ok..nanti kalau terserempak kitorang kat bawah tepi kolam ke..tegur lah ya..

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments