IKLAN

Tuesday, June 01, 2010

Selamat Tinggal RXZ

Last week Ain dan Papa mengucapkan selamat tinggal pada motor kesayangan papa RXZ JDH 3180. Setelah berkhidmat selama 12 tahun 1998-2010, banyak jasa motor ini pada Papa. Menurut papa lagi motor ini dihadiahkan oleh Arwah Wan pada 1998 atas kejayaan papa masuk Unibersiti. Apabila ditanya kenapa papa tergamak menjual motor ini, papa menjawab ianya adalah terpaksa memandangkan seiring dengan peredaran usia papa yang sudah lewat 30 an dan motor ini juga banyak meragam, papa fikir lebih baik jual sahaja pada mereka yang memerlukan. Papa menambah motor RXZ tidak sesuai untuk dibawa ke pasar malam sebab susah nak letak barang2 belian sebab tiada raga, so papa fikir dengan hasil jualan motor ini, papa akan membeli sebuah kapchai jenama EX5 warna merah. Ini juga akan memudahkan papa membawa Ain dan mama ronda ronda petang petang selain untuk kegunaan papa ke masjid. Tambah papa lagi semasa hayatnya Wan dahulu, papa pernah minta izin dengan arwah Wan untuk jual motor ini dan beli motor baru dan wan sudahpun bersetuju. Motor RXZ ini memang teman sejati papa. Sebelum kenal dengan mama lagi, papa sudah bersama dengan motor ini. Dari Penang ke Sg Petani ke Perlis ke Penang semula, ke Subang, Ampang dan akhirnya jasa motor ini pada Papa berakhir di Damansara. Ain pun sayang juga motor ini sebab Ain suka naik dekat tanki dia sambil pegang handle masa papa bawak...diharap motor ini dapat dijaga sebaiknya oleh tuan barunya nanti.

Waktu indah Ain dan JDH bersama

Saat saat JDH papa berpindah tangan..huhuhu
(mamat yang berbalut tu lah owner baru JDH)

Selamat Tinggal Sahabat

1 comment:

Amy Equalizer II said...

body tiptop lg syg nyer jual huhay

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments