IKLAN

Tuesday, December 08, 2009

Melancong ke Kelantan

Sempena cuti sekolah 2010, Ain dan keluarga mengambil kesempatan untuk melancong ke Kelantan Darul Naim. Untuk pengetahuan kawan kawan, Kelantan ni merupakan asal usul keturunan Ain sebelah mama. Sebelah papa pula tentulah Terengganu negeri cantik budaya menarik. Ahli rombongan ke Kelantan ni ialah Ain, Mama, Papa, Tok Umi, Ateh Shamri, Ateh Nija, Samuel, Abeng, CikDa dan Maksu. Kami menaiki dua buah kereta iaitu kereta papa yang laju dan pikap tu dan kereta Ateh yang cantik tu. Dalam perjalanan ke Kelantan kami telah singgah di Besut makan nasik tengahari di rumah kawan Tok Umi. Sampai di Kelantan kami terus ke Tanah Merah tempat Tok Umi dibesarkan. Sampai di pekan Tanah Merah, Tok Umi terus bercerita kepada Ain tentang bagaimana dia bersekolah dan zaman remajanya di sana. Wah best juga cerita Tok Umi ni ya. Kemudian kami pun pergi ke rumah adik Tok Umi untuk menginap di sana. Rumah adik TokUmi ini yang dipanggil MokTi oleh mama, sangat best sebab suasana kampungnya sungguh terasa sekali. Anak anak MokTi ni pula mesra mesra dengan Ain. Tapi yang tak bestnya, samp[ai sahaja Ain ke Kelantan, Ain pon tiba tiba nak demam dah...
Esoknya rombongan kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang untuk berjumpa dengan adik beradik Tok Mi yang lain. Kalau tak silap 4 buah rumah yang kami sempat kunjungi. Inilah pertama kali Ain memijakkan kaki ke pekan Gua Musang. wah banyaknya gua kat sini tapi musangnya tak pula Ain jumpa. hehehe. Dah dekat maghrib, kami ditahan oleh tuan rumah yang terakhir yaitu abang kepada arwah Tok Bak. Nak tau kenapa? Biasalah kami ditahan supaya makan malam dulu baru boleh pulang hehehe. Papa apa lagi kalau bab makan...papa on aja..Lepas maghrib kami bercadang pulang ke Kuantan melalui lebuhraya Gua Musang Kuala Berang tetapi orang2 Gua Musang menasihatkan kami supaya tidak melalui jalan tersebut malam malam yg sunyi ni. So selepas discussion among the driver, kami pon meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Sampai Kuala Lipis dah tengah malam so kami pon sewa hotel kat sana. Esoknya dari Kuala Lipis kami pulang ke Kuantan. Yang tak syoknya papa sebagai jurupandu arah dah salah laluan konon2 nak shortcut alih alih masuk ikut hutan lalu jalan zaman jepun dulu. melambung lambung kitorang hehehehe. Okay itu shaja catatan journey Ain ke Kelantan. bye.
Nak tengok lebih banyak pic klik http://picasaweb.google.com/abjad78/MelancongKeKelantan#






Ain sampai aja, Ain dah demam. Nampak tak Samuel tu . Yang lain tu ialah anak TokTi..diorang ni kecik kecik dah pandai kkecek kelate

Jalan menuju ke Gua Musang


Tok Mi dan adik adiknya bergambar bersama
On the way balik, kat Jengka kot. Amboi Cikda tergelak gelak diusik papa

2 comments:

cik derr said...

ha.. ni la baru sronok. bagus la ain nih ingat segala tarikh kita pi jalan2. cikde pun dah lupe.. huhu

Ain Sarah Khadijah said...

ye le..ain kan terer matematik..

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments