Bulan Februari juga diadakan sambutan hari lahir Marissa yang pertama. Parti ini di adakan di Taman Rimba Kiara di Taman Tun. Best buat parti petang petang macam ni. Papa, tahun depan buatla parti berday Ain macam ni juga ya.
Kat bawah ni ialah gambar2 sempena Harijadi papa ke 33. Papa cakap takyah la sambut2 lagi papa dah tua tapi Ain ngn mama beria2 nak belanja papa sepotong kek berday. Lagi satu kan hobi Ain ialah tiup lilin berday. Kebetulan pula masa tu Maksu dan Ki ada jalan umah Ain so mereka berdua merupakan tetamu jemputan untuk majlis in.
Kat bawah ni ada pic adegan Muhammad dalam percubaannya nak hisap kaki..siap dengan stoking sebagai penambah perisa. Ain ambil gambar ni masa bulan dua belas tahun lepas. Masa tu Muhammad memang tengah kemaruk nak hisap kaki. Cuba perhatikan turutan gambar tu...bukan main lagi usha kaki sendiri. pastu pelan pelan....ngap....berselera sungguh.
Bulan 1 itu hari Ain dan family sebelah mama telah melancong ke Cameron Highland. Kat sana biasa biasa aja.Bukan sejuk sangat pon. So Ain pon malas lah nak cerita panjang2 pasal trip ni. Ingatkan sejuknya sampailah ke tulang sum sum Ain. Sejuk lagi dalam peti ais umah Ain rasanya. Buang karan ja. Tengok jalah pic2 kat bawah niSarapan kat Sg penchala
Muhammad pon nak makan daun strawberry
Paklong
Samuel ngn Ateh
Strawberry farm. Boleh pick sendiri. Bayar RM20 utk 1/2 kilo.
Ain, Muhammad dan Marissa
Rose garden. Bezanya bunga sini ngn KL ialah ianya besar besar.
Taman rama rama. Tak tau apa specialnya rama2 kat sini. Rasanya kat KL pun ada taman rama-rama, tak pula kita pi visit ya.
KAt bawah ni pic Ain pi melawat kilang dan ladang teh Boh. Haa yang ni takda kat KL ke Kuantan ke. Barulah best melancong ke CAmeron Highland dapat melawat ladang teh. Jauhnya ya melawat ladang teh, sedangkan ladang kelapa sawit Ki kat kampung pon papa tak pernah bawak.
Ain berkawad ngn Tok Umi nak panjat ladang teh
Rombongan Kak Limah balik rumah
Cekalnya Paklong ni...bertongkat tongkat pun panjat lagi,,,Cayalah
Time turun, bukan main laju lagi Ain...
Pasar Malam Berinchang. All about strawberry here.