IKLAN

Saturday, October 10, 2009

Mandi kolam rumah PakLong



Ni pic Ain mandi kolam umah Paklong.....Kat sini pun ada Samuel cuba2 nak berenang..

Monday, October 05, 2009

Burday mama

4.10 besday mama. Ain dan papa sambut secara kecil kecilan ja...maklumlah mama pun dah 30 tahun, tak pelulah buat majlis besar besar kan..hehehe.
Mama, Ain dan kek yang dah tak cantik dah kena godek2 ngan Ain.
Eh, kenapa lak Ain yang potong kek mama.....
Wah...hadiah besday dari Ain...Ain pecah tabung tau nak beli ni...

Jiran datang beraya

Ni jiran 2 3 belah rumah Ain. Tiba2 call ada depan rumah. Apa lagi la kelam kabut la papa kemas rumah...Nasib baik kuih raya ada banyak lagi....

Thursday, October 01, 2009

Corn Field ( Ladang Jagung)

Kawan2, pernah tengok tak cerita Dora the Explorer...Dalam tu Ain selalu tgok Dora cakap corn field..ladang jagung....rupa2nya dekat kampung nenek papa pun ada ladang jagung yang besar. Tak sangka pula kampung papa ni merupakan antara tempat pengeluar jagung manis terbaik di Malaysia.

Di belakang Ain tu lah ladang jagung nenek Ain.

Raya di Kuala Berang

Hari RAya hari tu Ain balik ke kampung nenek Papa di Kuala Berang Terengganu. Seronok Ain di sana kerana kampung di sana sangatlaaahhh best. Dalam gambar2 ni ada gambar dan video moyang Ain tengah gobek sirih..pernah tengok tak kawan2?


Tok Nyang (moyang) Ain tengah gobek sirih. Sebab tu bibir dia asyik merah ja. Moyang Ain ni umurnya 84 tahun dan masih kuat lagi tau. Setiap hari mesti makan sirih.


Ni mak mak sedara papa...nampak tak Ain kat belakang tu

Aaaa..ni yang best,,papa bawa Ain pergi jalan2 kat tepi Sungai Terengganu.Kat belakang tu ialah bukit bukau di Tasik Kenyir....papa kata masa kecil2 dulu papa suka mandi kat sini.

Ain bergambar dengan lembu2 pak sedra papa..

Hari raya lagi





HARI RAYA hari tu






Ni gambar2 ketika Hari Raya...sorry lewat lebih sebulan

Tuesday, September 01, 2009

Potong Q

Tadi Ain balik dari Kuantan ngn papa dan mama, sampai ja lepas terowong menghala ke KL jalan dah mula sesak. Ya lah hari ni kan semua orang kena balik sebab esok kan dah start kerja balik lepas cuti 4 hari..dan untuk budak skolah lepas cuti seminggu esok kena lah sekolah balik. Tapi bukan tu ceritanya. Cerita kat sini tentang para pemandu yang tak reti bahasa dan penting diri sendiri. Ingatkan bulan puasa ni pandailah nak bersabar ikut giliran. Tak juga. Kalau kawan2 faham apa Ain maksudkan baguslah. Bagi yang blur meh Ain terangkan. Potong q ni maksudnya potong barisan dari sebelah lorong kecemasan. Kalau jalan tu dah 3 lorong. Dijadikan 4 lorong. Lajuuu aja masuk tepi terus potong kereta2 yg tgh bersusun2 dengan sabar. Akibatnya jalan jadi tersumbat sebab kat hujung nanti diorang ni akan masuk balik barisan yang betul. Maknanya macam kita ni konon2 murah hati lah kasi diorang ni jalan dulu. Ibarat macam ni lah kiasnya, kalau kawan2 tgh berbaris kat mesin ATM, tiba2 ada sorang mamat datang dari tepi terus pergi depan. Ibarat macam tu lah. Nasib baik pap hari ni Ain tengok cool ja. Dia kata sabar..kan ni bulan puasa..kena banyak sabar..tapi sempat juga papa doa mintak2 lah diorang yg potong q ni kena saman. Tup2 doa papa makbul,,,hahaha..habis la yang mana gelojoh sangat tadi semua kena saman sebab "pak sedara" diorang dah standby kat hujung jalan..Tu lah kawan2 ..kena sabar...lambat sikit pun biasa lah dah banyak kereta..Bukan kita ja nak cepat. Orang lain pun sama juga nak cepat juga, Tapi kena ikut aturan lah. Bukan main redahhh ja. Tengok, sebab nak cepat habis terbang paling koman pun RM300 bayar saman.


ini lah contohnya....

Monday, August 31, 2009

SALAM RAMADHAN dan Happy Birthday to me

Buat kawan2 Ain tidak terlambat untuk Ain ucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Di bulan ni Ain nak ingatkan kawan2 kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga segala segi perwatakan kita yang negatif kita buangkan. Ini kerana kawan2 bukan sahaja amal ibadat kita dilipatgandakan pahalanya malah jika kita melakukan dosa pun dilipatgandakan juga balasnya. Betapa indah kedatangan ramadan, jika kita selami hikmat ramadan memang banyak yang kita abaikan. Ya lah..bulan ramadan ditunggu tunggu semua orang. Ada yang menunggu untuk amal ibadat..tidak kurang juga yang menunggu untuk peluang bisnes..nauzubillah...bulan yang dikurniakan Allah khas untuk kita, kita nantikan sebagai peluang bisnes setahun sekali..bukan tidak boleh tapi pada pandangan Ain, utamakanlah yang perlu diutamakan. Cuba renung sejenak...sepatut kita melipatganda amal ibadat. tapi ramai yang lipatgandakan usaha mencari duit lebih di bulan ini...habis terawih kemana tadarus ke mana...yang tidak berniaga..10 malam terakhirlah yang paling sibuk...bukannya untuk beribadat mencari lailatul qadar..tetapi sibuk dengan persiapan raya..dengan kuihnya..dengan baju raya...langsir raya...wah...memang tak sempatlah nak ke masjid.....kalau dulu nabi kita Nabi Muhammad SAW menangis apabila Syawal tiba..menangis kerana meninggalkan Ramadan..umatnya sekarang pun menangis juga...ya menangis sedih mendengar sayu bait lagu raya Ahmad Jais...menangis sebab kena kerja di pagi raya..menangis tiket bas habis..fikirkan lah kawan2...lihatlah sekarang kita mengutamakan hari raya lebih daripada memikirkan fadilat ramadan..sebelum bulan puasa lagi sudah kedengaran iklan raya..betul tak kawan2..kalau ada hujah yang salah..kawan2 betulkan ya...

Ain pun baru ja masuk 4 tahun 24 Ogos lepas...sambutannya boleh tahan lah...mama dan papa buat di Sg Isap dan menjemput keluarga terdekat ja...kiranya majlis doa selamat lah....tapi bab potong kek dan tiup lilin Ain nak juga..kan Ain ni kecik lagi mestilah Ain nak benda2 yg seronok macam tu....kek,lilin,belon,hadiah, mainan dsb.......kan itu dunia kanak2 macam Ain...hahaha best kan...malam tu majlis Ain start jam 10 malam....Yg datang keluarga PakJu (Adik Umi ) dan keluarga 35. Hidangan utama..sate dan ayam bbq...kira happening la juga kan...Hadiah? ada lah dapat belas belas hadiah...seronot kan.dapat hadiah,,,ok nanti Ain letak gambar2 berkaitan majlis harijadi Ain tu ya.

Kawan2 boleh la klik kat link kat bawah ni utk pic berdayy Ain

Pic berthday Ain































Recent Posts

Recent Comments