IKLAN

Saturday, March 27, 2010

Burday Tok Umi dan Samuel



Minggu lepas , selepas balik dari Langkawi, kami sekeluarga telah membuat surprise menyambut hari lahir Tok Umi dan Samuel. Acara tu kita buat di rumah Paklong. Yang bestnya ada 3 kek pada hari tu. 1 untuk Tokmi, 1 untuk samuel..dan teka satu lagi untuk siapa...haaa tentulah untuk Ain. Ain kan peminat birthday. So walaupun birday Ain lambat lagi..tapi Ain pon ada lilin untuk ditiup. Selamat Hari Lahir Tok Umi, Selamat Hari Lahir Samuel. Untuk Tok Umi mama dah bagi hadiah, dan untuk Samuel Ain ada beli satu hadiah mainan spesel punya.

Friday, March 26, 2010

Langkawi Trip

Kawan kawan, pada cuti sekolah yang lepas, Ain dan family telah melancong ke Pulau Langkawi.
Yang turut serta ialah Ain, Papa, Mama, Tok Umi, CikDa, MakSu, Ateh 1, Ateh 2 dan Samuel.
Ain seronooookkkk sangat bercuti ke sini. Nak cerita panjang Ain tak pandai,,,tengok ajalah gambar gambar kat bawah ni...nak banyak lagi gambar click sini http://picasaweb.google.com/abjad78/LangkawiTrip#


Welcome to Langkawi
Jom jadi helang

Cable car to puncak gunung


The Loaf
Posing sikit


Tagteam cabaran terbang bak helang


Wah bestnya dok kat atas nu

Acara tarik upih moden

Ateh, Samuel dan Mahsuri
Berposing kat rumah Mahsuri


Galeria Tok Det kesayangan Ain.


Tengok ikan (underwater world)

Kejar2 ngn Samuel

Beshnya main air masin ni


Paling best...naik boat round pulau
Apala CikDa ni..asyik coklat aja


wajah wajah pelancong yang tensen

2 perkara yang spoilkan percutian Ain
- van rosak (buang masa aja tunggu van baru)
- makanan kat sini yang tak best langsung..dah la lembab
(sila rujuk gambar di atas)

Jommm balik KL

Singgah Penang sat

Jumpa lagi!!!

Wednesday, March 03, 2010

Pindah lagi ke Mama?

Pada post yang lepas Ain ada cerita yang rumah Ain kena pecah masuk kan? Akibat kejadian tu, Mama,Papa dan Ki buat satu meeting antara mereka berdua. Hasil mesyuarat tu mereka ambik keputusan pantas iaitu kami tak jadi beli rumah yang kami sedang duduki ni. Apa ni mama, papa, Ain dah seronok duduk sini dan kawan kawan dah ramai. Takkan nak pindah lagi kot. Letih la nanti Ain nak angkat angkat katil almari tilam lagi. So mama dan papa telah ambil keputusan nak beli kondo di Damansara Utama pula. Satu pagar dengan rumah Paklong. Dengar kata Ateh pon nak beli rumah situ. Wah best juga macam ni. Boring boring Ain boleh jalan rumah Paklong main ngan Marissa atau rumah Ateh main ngan Samuel. So Mama dan Papa apa lagi carilah tadika baru kat Ain yang best best.


Tuesday, March 02, 2010

Pecah Rumah

Pada 1 Mac itu hari, satu peristiwa malang berlaku pada keluarga kami. Setibanya kami dari kampung kami dapati rumah kami di Ampang ni telah dipecah masuk. Siapa yang pecah masuk tu? Tentulah pencuri aka penyamun durjana. Jahat betul lah penyamun ni. Antara barang yang dikebas penyamun ni ialah laptop mama, PS Ain dan yang paling Ain geram duit tabung Ain yang Ain kumpul selam ni pon dia kebas. Nasib baik Allah masih pelihara barang kemas mama dan duit papa dalam RM700 dalam beg dia tak ambil. Sekarang ni Ain takleh dah main game Barbie sebab PS Ain dah tak ada. Sekurrang kurangnya Ain taklah nak main game aja. Sekarang ni hari hari Ain doa supaya pencuri tu insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kat bawah ni ada gambar-gambar rumah Ain digeledah. Dahlah mencuri buat sepah sepah pulak rumah Ain. Kebetulan Ki Ain pon datang melawat Ain kat sini, so Ki pon baca baca dan pagar rumah kami.



Saturday, February 27, 2010

Memancing



Last week, Abeng ada ajak Ain pi memancing kat tasik kat Kepong. Tengah syok memancing...hujan la pulak...maka tak dapat la ikan...


Terer tak AIn memancing


Dah hujan. Duduk bawah pondok aja lah. Nampak tak Abeng kat belakang

Inilah Auntie Ayu. Tapi Ain senang panggil dia Kakek.


Haaa,,,Samuel pun ada....beshnya main ngan Samuel


Saturday, February 06, 2010

HAPPY BIRTHDAY PAPAAAAAAA!!!

Surprise!!!!!!!!!!!kitaorang buat surprise kat papa.Kali ni birthday Papa kitaorang celebrate kat umah Ateh. Ateh senyap2 telah sediakan makanan untuk birthday papa. Ateh ajak celebrate birthday Papa kat umah dia...Terkejut tak Papa...hehehe. Sure papa terharu kan....Thanks to Ateh...Ain sayang Papa..muahhhhhh

Friday, February 05, 2010

Kelahiran Shara Hanna Marissa

Kalau 2 minggu yang lepas Ain dapat seorang sepupu, semalam pada 4 Februari Ain dapat sorang lagi sepupu. Wah bestnya....nanti ramailah adik adik yang Ain kena jaga...
Nama baby ni Shara Hana Marissa...wah glemer nya nama cousin Ain ni....
Marissa ni anak pertama Paklong dan Maklong saya....cuba tengok pipi dia..gerrrraaaam Ain.



Sunday, January 31, 2010

Badminton Malaysian Open





Ain jumpa dengan No 1 Malaysian supporter.

Hari tu Papa bawak Ain ke satu lagi pengalaman baru Ain. Kalau dulu papa selalu bawa Ain ke stadium tengok bola, hari tu papa bawa Ain pergi Stadium Putra Bukit Jalil menonton badminton. Wah seronoknya bila ramai ramai bersorak menyokong Datuk Lee Chong Wei main. Bestnya lain kali Ain nak pergi lagi. Hoooray

Saturday, January 30, 2010

Ain tak tau kenapa Ain sayang Tok Det.



Ain sayang Tok Dat sebab Tok Dat buat KLCC dekat ngan umah Ain..Ain suka KLCC.Yang paling Ain tak sangka Ain dapat berjumpa dan bersalaman dengan Tok Dat. Tok Dat baik..dia bye bye kat Ain masa dia nak balik...Tok Dat suka senyummmmm..

Wednesday, January 27, 2010

Kelahiran Mohd Adam Haikal

Ni Ayah Da Ain. Sama tak cam muka Papa?



Mohd Adam Haikal

Pada minggu lepas 17 January 2010, Ain dapat seorang ahli baru dalam keluarga Ain. Yang Ain maksudkan ialah anak kepada Ayahda dan Makda Ain. Seronoknya Ain sebab Ain dapat sorang lagi kawan baru. Nama Anak Ayahda ni ialah Mohd Adam Haikal bin Mohammad. Best kan nama dia. Nanti bila ain dapat gambar dia Ain masukkan ya.

Recent Posts

Recent Comments