IKLAN

Sunday, March 30, 2014

Pertandingan bercerita tahap 1

Ain telah memasuki pertandingan bercerita tahap 1. Tajuk cerita Ain ialah Arnab berekor pendek. Kawan kawan harap harap Ain menng ya.
 

Friday, March 28, 2014

Hari Keluarga di Cherating.

Selamat sejahtera kawan kawan .ha harini ain nak cerita tentang   Family day masa cuti sekolah Mac 2014. bess pegi pantai cherating .oop kasitau pulak dah . takpa  ain pecah rasialah .kawan kawan kalaunak tahu ada makanan jugak emm ha baru ain ingat  ada makanan  ayam bakar ,sosej bakar kalau kawan kawan tak tahu sosej tu apa takpa ain kasi tahu hotdog. lepastu ada tembikai  ,air oren banyak la yang lain tak ingat dah. semasa ain main pantai tu ain mandi tapi ain tak ingat berendam lama pulak tu sampai kulit ain gelupas .kita orang ada buat games letak pasir dalam botol sampai peuh ain jadi juara  dia kena ada   pasangan ain pasangan dengan  faris lepastu ada  papa tiup belon ain dan semua kanak kanak pecah kan belon sampai pecah ain gunabuah halus lepastu tajam . cari gula gula dalam pasir tu  aja la permainan le pastu makn aiskri lepastu makan aiskrim dalam air itu saja  cerita tentang ain .sekian terimakasih selamat sejahtera.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday, March 09, 2014

Doakan MH 370

Selamat  sejahtere kawan kawan . Pada hari Sabtu ni ada berite sedih. Mama dan papa  kita pagi hingga malam mengadap tv je sebab ade berita tentang kapal terbang hilang sekelip mata . Bila  dengar berita  , Ain rasa sedih  sangat  . marilah kita doa kan kepada MH  370ye kawan kawan . bia kita mudahkan untuk maencari mereka yang menaik  kapal terbang ye kawan kawan  harap doa ini akan dimabulkan amin  yarobalalamin.

 

Monday, March 03, 2014

Jadi pengawas pusat sumber sekolah

Assalamualaikum kawan  . Pada tahun ini Ain telah dilantik menjadi pengawas pusat sumber .
 .Ain gembira bila menjadi pengawas PSS kerana salah satu hobi Ain ialah membaca  buku.
Di bawah ni ada gambar gambar  dan video semasa pelantikan Ain menjadi pengawas PSS.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, March 01, 2014

Ain jadi transformer


Pada pelancaran minggu bahasa melayu, ain telah dipilih oleh cikgu untuk menjadi model transformer.. Ain agak malu tapi ain pun cuba cuba juga. Papa kata kalau buat benda baik tak perlu malu. 
 




 



Sunday, February 02, 2014

Pertandingan Busana Muslim

Sempena Maulidul rasul yang lalu, ain telah menyertai pertandingan busan muslimah...Ain pakai jubah arab,,Ain dapat johan untuk tahun 3...yeayy...












Saturday, February 01, 2014

Tahun 2014 darjah 3

Tahun 2014

Sekarang ain dah darjah 3.kalau kawan kawan nak tahu saya dah jadi pengawas  sekolah ce mana ada

kita jadi pengawas pusat sumber sekolah / besss kita masuk kelas 3 dahlia sedap kan nama dahlia

kankankan. saya masuk kelaske2.nama kawan baik kita ialah SITI AYU RAIF EILIYAH           

MIZA DANIA ATIRAH ALWANI TASHA YANG LAIN TAK INGAT DAH .NAMA

guru kelas kiTA IALAH CIKGU HANANI ..bye.

Wednesday, October 09, 2013

Welcome our Merdeka Baby

31 OGOS 2013

Hari yg bahagia buat Ain, MamaPapa dan Muhammad.

Ini kerana pd petang merdeka ni, lahirlah adik terbaru ain, Sofea. Ikut kata papa nama penuhnya Ain Sarah Sofea. Wah best nama. Adik ain yg comel ni lahir kat Hospital Ampang Puteri. Ini kisahnya

30 Ogos - mama dah masuk ward
 Kami semua doa biar baby kluar tepat jam 12 am. Hari kebangsaan. 

31 ogos- 
pagi- Masih xde tanda nk kluar.
Wartawan pun dah tunggu lobi hospital nk cover kisah baby merdeka kitorang ni

Tghari - baby sofea masih nak stay dlm perut mama. Rsnya mama amik ubat epidural. Tu x leh nak teran. Ye ke gitu?
Doc marsita kata dia balik dulu. Nnti dtg balik

Ptg - dlm jam 3. Tiba2 mama rs ada kepala kluar. Yg ada nursr ngn papa. Alamakk...camana ni. 
Ye...baby sofea kluar sendiri. Mmg indipendence budak ni. Sesuai ngn hari merdeka ni.

Alhamdulillah. Baby sofea kluar selamat. Cukup sifat dan sihat. Happyna ain masa ni. Tp tu lah wartawan dah balik...kalau tak masuk dlm paper muka baby sofea




Ok sambung kisah hari ni



Birthday mama pada  4  October . 2013. ain telah pergi membeli hadiah perfume for mama


Monday, August 26, 2013

pergi jamuan rumah terbuka di rumah Tun Mahathir

Selamat sejahtera kawan kawan . kalini saya nak  cerita  yang saya pergi   rumah terbuka   di rumah Tun Mahathir. saya panggil dia TokDek. saya  dapat salam dengan    Tun Mahathir  dan    Tun Siti Hasmah   saya dapat tengok dengan betul. bukan dalam TV lagi 2 kali dah saya jumpa Tun Mahathir  . 1 saya  jumpa Tun Mahathir kat mana  tah dahlama sangat masa saya 5 tahun atau 6 tahun masa tu ramai sangat orang nasib baik ayah saya dan saya dekat dengan  Tun Mahathir bessss .yang 2 saya  jumpa dia masa rumah terbuka di  rumah Tun Mahathir  bessssss .tapi jauh rumah dia hujung............... sekali . tangan dia lembut je. kat situ ada macam macam makanan besss macam la makanan . tapi ramai sangat orang saya dapa makan sikt je. itu sajalah cerite saya . saya dah penat tangan saya ni .ha yang penting belajar . babai.





Saturday, August 24, 2013

Birthday Ain ke8

Gambar  gambar ain masa happy birthday.ain di restoren manster chef.


ain dan guru kelas Ain







muhammad

cantik tak kek Ain
 

Recent Posts

Recent Comments