Hari Raya Haji @ Korban 2010 kami sambut di kampung papa di Kemaman. Hari tu Ain dapat kesempatan melihat sendiri lembu dikorbankan. Kebetulan pula Ayah Da pun buat akikah untuk adik Adam Haikal. So, papa pun apa lagi terus la jadi tukang "buat buat sibuk". Kat bawah ni kawan kawan tengoklah macamana lembu itu disembelih, dilapah dan disiang. Kemudian dibahagi kepada tujuh bahagian. Dibawa balik rumah Ki. Kat sana pula org2 perempuan jiran2 Ki pun dah standby tolong Ki dan Umi sediakan juadah jamuan akikah. Kemudian selepas asar tetamu pun datang untuk makan daging akikah tu. Itulah sedikit sebanyak bagaimana kaedah buat akikah kat kampung Ki ni. Semuanya gotong royong. Kat bawah ni pon ada gambar moyang Ain. Ain panggil dia " Nyang" aja. Beliau ialah emak kepada arwah Wan. Kalau Ain rasa rindu dekat Wan, Ain suka tengok Nyang bercakap. Tak ubah macam Wan. Terubat rasa rindu Ain kat arwah Wan. Moga2 arwah Wan dicucuri rahmat Allah.










No comments:
Post a Comment