IKLAN

Saturday, May 02, 2009

Aquaria KLCC


Orang lain jalanjalan sampai Disneyland..papa bawa Ain cuti cuti Malaysia ja..

Friday, May 01, 2009

Cukur Jambul Samuel

Majlis cukur jambul Samuel , sepupu Ain anak pada Ateh pada bulan April 2009. Papa dan mama mana ya..


Thursday, February 05, 2009

Selamat Hari Jadi Papa

Hari ini hari lahir papa yg ke 31. So ain dan mama telah buat sesuatu untuk papa iaitu membuat sendiri kek hari jadi papa..tak perlu beli beli lagi....ok tak papa kek yang ain dan mama buat tu?

Anyway papa, moga papa tak sedih2 lagi dan semoga papa panjang umur dan murah rezeki. Kalau dah murah rezeki tu jgn lupa kan Ain ya papa...horray....

Tuesday, February 03, 2009

Ain SketchBook

Nak tau...Ini Ain punya sketchbook....
Skechbook ni gambar Mickey Mouse dan ada tulis Disney....Mesti kawan2 mengata kat Ain kan,,,,sebelum ni bukan main cakap boikot barang US...tapi Ain sendiri guna barangan Disney lak.....FYI, buku ni dah lama CikDa Ain hadiahkan kat Ain .
So kawan2 kena faham makna boikot. Boikot tu maknanya kita tak beli barangan yang diboikot..tapi kalau benda tu dah ada...janganla dibuang pulak,,,,kan baxxxng namanya tu. Contohnya kat rumah papa dah beli ubat gigi Colgate tp masa tu belum boikot. Bila dah boikot jgnla pulak dibuang, gunalah sampai habis dulu.Alang alang dah beli. Masa nak beli baru tu lah beli produk lain...Ada Fahammm...
Sebelum ni, Ain hanya pandai conteng2 kat kertas dan boleh tulis A B C yang ain ja boleh faham. Tapi bila saja dah masuk 2009 ni, Ain dah rajin tulis dan lukis benda yang boleh difahami oleh mama dan papa. So hasilnya kawan2 bolehla tgok kat bawah ni atau kat album

PALESTINE-KAMI DI SISI MU



Tahun 2009 dimulakan dengan berita laknatullah Israel yang membunuh membabi buta wanita dan kanak kanak Palestin. Sejak serangan dimulakan akhir Disember iaitu pada 1 Muharram hingga genjatan senjata--lebih 1000 muslim Palestin dibunuh Zionis. Laknat lah engkau Zionis..Seluruh umat Islam menadah tangan agar kamu semua dilaknat oleh seluruh alam ini...Dan untuk menambah keangkuhan, serangan dimulai tepat2 ketika umat muslim menyambut tahun baru hijrah 1430. Satu persendaan.
Tidak perlu diulas panjang, semua sudah maklum kebinatangan zionis dan apa yang dibuat...cuma marilah kita menadah doa pohon Allah beri kita petunjuk untuk menangani bangsa laknat ini. Apa yang patut kita buat? Boycott? Boycot apa? Memang kesan boikot ini mengambil masa lama,,,,tapi jika tak dimulakan...manakan kita nak tahu kesudahannya...So kawan2, dah bersediakah untuk say good bye pada burger McD, barangan Nestle, Disney, KokaKola, lampin Huggies, mandian Johnson, ubat gigi Colgate dan pelbagai lg yg mmg sudah sebati di keliling kita...Haa utk perokok2 tahukah anda rokok Marlboro dan lain2 keluaran Philip Morris menyumbangkan 9 juta sehari utk Israel? Haaa..terkejut kan? Itu tepuk dada tanyalah iman. Tidaklah merana kalau tak makan McD, minum Coke atau minum kopi Starbuck atau tak pakai Levis. Makan ja la berger Ramly, minumla pulak Radix Cola atau Zam Zam Kola, ubat gigi Mukmin kan ada. Macam Ain, mama dah tukar mandian Ain. Mama ckp tanak lg guna barang Johnson2 tu. Mc D tu mmg dah lama mama tak bawak...kata mama tak bagus utk kesihatan makanan segera ni...Lampin? Haaa nasib baik Ain dah tak pakai lampin lg....haa selamat....
Nak tahu nak boikot apa? Haa kwn kwn boleh tgok kat sini

Ain suggest kawan2 layarii web ni kalau nak dgr pandangan bernas dari tokoh kita che det tentang boikot...
Semalam papa tunjuk kat Ain gambar kawan2 sebaya Ain kat Palestin yg mati dan yg tengah sedih...kesian betul ain tengok...so apa yg Ain mampu buat? Mungkin lakaran Ain kat bawah ni boleh menyumbang tentang isi hati Ain yg turut bersedih dgn mereka...Al Fatihah utk arwah kawan2 Ain di Palestine yg sudah pasti penghuni syurga Allah
GAZA TONIGHT
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Salam 2009

Agak lama Ain menyepi..tup tup dah 2009...Maknanya Ain secara tak rasminya dah 4 tahun..Kenapa lama Ain tak update blog ni? Ain bukannya apa..masih lagi sedih atas pemergian Wan Ain yang amat amat Ain kasihi..Sepanajang tempoh ni, Ain sering balik ke kampung....menziarahi Ki yang kadang kadang terganggu kesihatannya semenjak ketiadaan Wan..juga menziarahi Tokmi yang juga kadang2 tak sihat. Ain tengok, Papa semacam terlalu sesal sebab sebelum Wan meninggal, Papa hampir 2 bulan tak balik menjenguk keluarga di kampung...Nasihat Ain pada yang membaca blog ini, "Berbaktilah dan jenguk2 lah selalu pada kedua org tua sementara mereka masih sihat dan jika terfikir nak buat sesuatu yang baik pada mereka, janganlah bertangguh-tangguh". Ain kata macam ni bukan lah maksudnya papa tak sempat balas budi pada arwah Wan...tapi semacam ada sesuatu perkara yang papa nak buat atau nak gembirakan wan yang papa tak sempat...tu mungkin ada kaitannya dengan sikap papa yang suka bertangguh...Nasihat Ain: Jangan bertangguh untuk sesuatu yang baik...Tapi ada satu perkara bagus jika ditangguhkan...iaitu merokok.....Ain pernah tengok papa bertangguh tangguh nak nyalakan rokok walau rokok sudah di bibir semasa menonton bola....Nak tau apa yang jadi? Akhirnya papa 'terkulai' kat depan tv dgn rokok masih lekat kat bibir...Haaa kan selamat at least asap utk sebatang rokok dah berjaya disekat masuk ke paruparu papa akibat perangainya yang suka bertangguh tangguh... Yang tak bestnya akibat perangai suka bertangguh papa ni kan.....
1. Kalau nak berjalan ke nak balik kampung ke mesti lewat sampai.
2. Kalau nak buat apa2 kat rumah contohnya nak buat wiring ke, repair paip ke, cat rumah ke, mesti alatan yg dah dibeli tu tersadai kat dlm stor utk satu jangka masa tertentu sehingga mood papa datang ..haaa masa tu jgn sapa2 tegur abis satu rumah di'godek godek'nya.
3. Kalau nak antar ain kat tadika mesti papa rushing2 sebab dia pon dah lewat, akibat suka bertangguh nak mandi dan bersiap, lps tu mesti papa pecut keta laju laju...ain takut la papa..

haaaa tu contoh ja.....yg lain ada lagi takleh la nak cerita semua...kita pun sayang papa kita...
ok bye,,,

Thursday, December 11, 2008

IBU

dirimu bak sebutir mutiara..
menyinari diri kami sepanjang waktu
kau menjadi lilin menerangi dunia kami
menjadi payung ketika kami kesusahan.
dirimu menjadi tempat penyelesai masalah di hati kami..
kau pendengar setia kami sepanjang masa..
senyumanmu begitu ikhlas..
terima kasih atas segala kasih sayangmu.
kami anak-anak redha atas kehilanganmu ibu..
segala doa kami mengiringimu
kejayaan kami adalah usaha titik jerit payahmu..
kini seputih kemboja.dan alunan al-quran adalah kasih sayang kami yang berterusan buatmu ibuku sayang..
tak jemu kami mengingatimu di dalam ingatan kami berpanjangan..
ibu.
terima kasih atas segala-galanya..AL-FATIHAH

ni puisi yg dikarang oleh Maksu Ain...adik bongsu papa

Wednesday, November 26, 2008

Al-Fatihah Allahyarhamah Hajjah Selamah binti Hasan

Pada jam 11.07 pagi 16 November 2008 merupakan saat yang paling hiba buat keluarga papa kerana pada saat itulah.....papa kehilangan ibunya yang sangat sangat disayanginya....



Wan yang Ain sempat bermanja untuk 3 tahun ini menurut papa pergi menghadap ilahi setelah terlantar hanya 2 hari di hospital.....



Pada hari kejadian tak dapat digambarkan betapa sedihnya, ain melihat papa.....

Menurut mama, papa begitu sedih kerana papa adalah anak wan yang paling kurang meluangkan masa bersama denga wan semasa hayatnya.....



Papa juga pernah bercerita dengan mama yang dia seolah olah anak kecil yang baru ingin bermanja dengan ibunya.......begitu sesalnya ain melihat papa.....yang menurut mama lagi semasa wan sihat dia kurang bertanya khabar....kurang pulang menjenguk wan di kampung....



Wan yang ain kenal merupakan seorang ibu dan nenek yang sempurna....buat kami....

walaupun ramai manusia manusia hipokrit disekeliling wan yang mengata dan memburuk burukkan wan mungkin kerana kejayaannya mendidik anak anak hingga berjaya.....wan begitu tabah semasa hayatnya.....hidupnya selain mengabdikan diri untuk ALLAH hanyalah untuk keluarga...biarlah org umpat keji wan....yang penting wan tak pernah menyakiti org lain untuk kesenangan keluarganya....susah senangnya hanya dengan Ki dan anak anak....wan yang pernah papa cerita tak pernah berhutang walaupun hidupnya sekeluarga tak semewah orang lain....

pernah sekali ada manusia durjana menyerang Ki dan Wan ketika ketiadaan anak anak..mungkin disebabkan hasad dengki cemburu dengan wan ...wan masih tabah....wan biarkan sahaja....wan hanya berdoa pada ALLAH....Kini hingga lah wan sudah tiada manusia durjana masih lagi dengan sikap angkuhnya....maka amatlah rugi kamu wahai manusia....sesungguhnya kejahatan yang kamu lakukan tiada lagi maafnya.....



Wan yang kami kenal...amat lembut orangnya....setiap butir percakapannya..dilapik indah...hanya satu niatnya...semua hati mesti dijaga....pernah wan nasihat...biarlah org mengata kita...yang penting kita adik beradik tidak bergaduh sama sendiri....

Thursday, October 23, 2008

AIDILFITRI 2008

SALAM AIDILFITRI.....

Buat kawan2 semua rasanya taklah terlalu lambat lagi untuk Ain ucapkan salam aidilfitri pada semua kawan kawan. Hari Raya pada tahun ni Ain sambut di rumah Tok mi di sg isap kuantan. Tahun ni, suasan hari raya agak meriah bagi Ain dan mama kerana mama dan ain sibuk buat kuih raya bersama tokmi, maklong, ateh, cikda dan maksu. sementara tu, papa plak bersama ngan Abeng dan Ateh dan Paklong plak konon kononnya nak try buat lemang...haaa menjadi ke tu....tokmi pon banyak juga buat kuih macam ketupat, rendang dan nasi minyak...
Pada pagi raya..ain dan keluarga mula mula pergi ke balok untuk menziarahi kubur tok bak. kemudian papa dan uncle uncle ain pergi sembahyang raya di masjid balok. kemudian kami pon pergi beraya beramai ramai ke rumah mkeluarga di sekitar kuantan..seronok betul hari ni ya....dapat makan kuih yang sedap sedap...dapat duit lagi tu.....kemudian di sebelah petangnya, kami semua pergi pula beraya ke rumah ki dan wan di neram satu. wah seronoknya mama dan papa serta maksu makan tapai yang Wan buat. Kemudian....pada petang raya tu....kitaorang semua serang pokok rambutan Ki yang tengah lebat berbuah.....hiiii seronoknya...kendian papa plak panjat pokok duku Ki...buah rambai dan salak pon ada....seronoknya lepas makan kuih sambung lak makan buah.....
Di album ain letakkan gambar gambar hari raya ain tahun ni.

Friday, September 26, 2008

Selamat HAri Raya

Ain nak ucapkan Selamat Hari Raya 2008 pada sesiaopa yang menegenali Ain.
DAtanglah rumah makan kuih raya yang Ain dan mama buat...
Tak caya tengok kat bawah niii...


Selamat Berbuka



Adik beradik mama datang rumah kami berbuka




Ini kuih yang mama buat for kami berbuka

Wednesday, September 03, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Hari ni masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa.Buat semua selamat berpuasa

Selamat Hari Kebangsaan ke 51


Pada Ahad yang lepas, 31.8.2008, Ain dan papa dan mama telah pergi ke dataran merdeka untuk sama sama memeriahi sambutan hari kebangsaan. Ikut planning papa, keluar rumah jam 6 pagi lagi...park kereta dekat lrt dan naik lrt....tu plan papa la konon....nak tau apa yang jadi?

..BAngun dah 8 pagi....mandi2 siap2....kol 9 tolak dari rumah...park kereta kat komuter...konon konon nak elak jam la....tukar plak naik lrt....sampai dataran jam berapa ya kalau nak tahu..jam 11.30 pagi...waktu kitorang berjalan nak pi dataran..org semua dah pakat nak balik...hehehe...apa la papa ni bangun lambat....melepas ain nak tgok orang berbaris dan persembahan pagi tu. Adalah beberapa pic ain letak dlm myalbum,
Oh ya...hari Sabtu lepas juga Ain dapat tahu Wan masuk wad...dan tengahhari semalam Wan dah keluar dari hospital....untuk Wan, rajin2lah makan ubat...

Saturday, August 30, 2008

Birthday Ain 3 tahun




Hai dah lama ya tak dengar cerita terbaru Ain.....tup tup Ain dah 3 tahun.......yea yea...dah boleh minum susu Anmum 3,,,hehehe....

Ops sebelum tu Ain nak flahback sikitlah aktiviti Ain sepanjang Ain menyepi ni.....antaranya ialah Majlis kawin Ateh...kawan2 bolehlah tgok dalam album ain gambar Ateh kawin.....tp muka Ain takda sgt sebab Ain demam dan masuk wad lagi...
Lagi apa ya....ooo...bulan 8 ni juga keluarga Umi(kakak papa) dan abah datang jalan ke rumah.

Ok berbalik ttg birthday Ain minggu lepas, Ain bertuah sebab Ain sambut bukan sekali tapi 3 kali,,,hehehe....seronotnya......1st dekat rumah Tokmi di Kuantan, pastu kat rumah Ki kat Neram dan yg ketiga kat tadika Ain....nak tahu kenapa 3?...kan Ain dah 3 tahun.....nanti kalau Ain 30 tahun nanti papa sanggup ke anjur birthday ain 30 kali...?

Untuk gambar2 birthday Ain...kawan2 boleh tgok dekat album Ain....ada video juga...
Hadiah?..ada la sikit......tapi hadiah paling grand tentulah dari papa.......nak tahu apa?....
percaya tak kawan2 papa belikan Ain sebuah kereta untuk Ain....walaupun Ain tgok asyik mama ja yg guna pi kerja tapi Papa selalu cakap tu kereta Ain...yea.yea...

Ok kawan kawan nanti kawan2 bolehlah tgok gambar Birthday Ain dalam album Ain...



Monday, May 19, 2008

Cuti...

Hari nin cuti..nak buat apa ya.....oklah...hari ni ain ngan papa print ganbar2 dari web mickey mouse...nanti ain boleh colur .....
kalau kawan kawan nak,,,,boleh click sini....http://lnx.ginevra2000.it/Disney/color_mickey.htm

oh ya..semalam ain ngan papa ngan mama pi mandi air terjun dekat taman templer...sejuuuuuk...

Sunday, May 18, 2008

JAN TO MEI..menyepi ja

Hi kawan kawan....lamaaaaaaaaaaaaaaa dah Ain tak update blog.....last sekali masa januari..tu masa Ain nak pindah rumah baru....dalam 5 bulan ni macam macam experience yang Ain lalui....


Januari----Ain pindah rumah sendiri,..Yea yea akhirnya Ain duduk juga rumah atas tanah..seronok duduk sini...sejuuuuk ja tau..taman pun dekat..then rumah Ain ada security pagar keliling...so rasalah selamat sikit......tukar tukar tadika sampai 3 kali tahu...kalau nak tahu mula mula Ain masuk tadika Puan Sheba....tapi bertahan satu hari ja tau...nak tahu kenapa???? ada la sebab nya....Tadika kedua ialah Tadika Harmony.....kiranya yang ini Islamik la sikit dari yg tadi....pun bertahan 10 hari ja....tiap2 hari Ain akan menagis meraung2 taknak pi sini..naktahu kenapa..? Rahsia...hanya Ain ja yg tahu....Kemudian Papa tumpangkan sekejap dekat rumah Cik Intan di Bkt Subang...dan yg terakhir ialah yg sekarang....Tadika Hayati..milik Pn Hayati atau Ain panggil dia Teacher.....kat sini seronok tau....mcm2 Ain belajar pelajaran budak 6 tahun punya..hehehe jangan jeles..

Februari.....
apa ya yg terjadi bulan ni.....ooo...Besday Papa....yea dpt makan kek dan tiup lilin....


Mac.......
8.3.2008---Pilihannraya Umum ke 12...papa jadi org SPR...tak tahulah apa tu....tapi papa balik cerita dia kena kira undi......ada dia cakap...parti Anwar ibrahim banyak dapat undi.....
9.3.2008...Wah....banyak kejutan....!!!! 5 negeri ditawan pembangkang.....Selangor --PKR, Kelantan, kedah--PAS, PP--DAP, Perak--Pas+PKR+dap...apa sudah jadi ni papa..?

9.3.2008--- HAri ni papa buat kenduri bukak rumah...Keluarga Papa dari neram ada datang. Seronoknya Ain sebab tokki dan wan dtg lawat rumah Ain..malam tu ramai org masjid datang raikan kitorang...ada lah dalam 50 orang....esoknya..kita semua balik neram..sebelum tu kita semua buat rombongan shopping dekat IKEA....seronoknya dapat jalan jalan...

April...
1 April....Ain demam teruk semalam tau..mula2 ain sakit telinga..tah macamana tah doktor india tu jolok telinga ain terus demam....hari ni dah ok dah....so mama n papa bawa Ain pi mandi dkt templer park....seronok juga...tapi malam tu Ain demam teruk lagi...



5 april...hari ni sedihnya ain...mama nak tinggalkan ain 2 minggu...kitorang pi airprt KLIA..ain tak tahulah mama nak pi mana...cuma ain tgok mama byebye kat ain..apstu ain tgok aeroplane(apolane?) naik...papa cakap mama ada dalam tu...ooo..rupanya mama pi Houston 2 minggu...sian kat papa kena jaga ain sorg sorang...kitorg pastu balik kuantan...pi umah tokmi...mlm ni ain demam teruk lagi...papa kata kat tokmi ain dah 39 darjah..so kitorg pi hospital...duduklah ain kat spital dari sabtu sampai selasa baru kuar....






20 april..seronoknya...ain pi KLIA lagi sekali...rupa-upanya Mama dah balik..yea yea...rindunya kat mama.....banyaaak tau mama belikan ain hadiah dan pakaian...eee seronoknyaaaaa...

mei

apa ya aktiviti bulan ni....oo...cuti 1 mei..papa dan mama gotong royong tanam rumput dan bunga kat halaman rumah....

ohya..11 mei..selamat hari ibu untuk mama....
16 mei....selamat hari guru untuk papa....papa saya guru ke..?? ya kot...

ok..itulah saja liputan secara kasar apa yg berlaku antara mei hingga januari this year...nanti i will update perday pulak...sebab streamyx baru jadi kat rumah baru ni..ok till then bye..../














Recent Posts

Recent Comments