IKLAN

Friday, June 11, 2010

Barang Barang Adik Ain

Seminggu dua ni agresif betul Ain tengok mama ngn papa pi shopping barangan baby. Ain tengok penuh bilik Ain ngn barangan baby. Wah kalau macam ni Ain pon makin bersemangat nak menyambut kehadiran org baru dalam famili Ain. Kalau ikut kata doktor date due mama awal bulan 8. So lagi 2 bulan. Mama pun Ain tengok makin penat aja jalannya...

Stroller baru untuk Adik Ain
Cot...


h

Thursday, June 10, 2010

Ain dan Samuel

Tadi masa Ain jalan jalan kat One Utama tiba tiba Ain jumpa Ateh dan Samuel. Apa lagi Ain pon seronoklah main main ngan Samuel..Ain geremlah kat Samuel ni

Best tak Samuel kakak tolak.?




Bestnya main main dalam ni



kat Twisties Penalty Shoot Out

Main warna warna

Wah bestnya hari ni papa belikan Ain satu set colouring untuk Ain. Papa beli sebab dia tengok ain berminat sangat nak main cat cat ni. Kat bawah ni hasil kerja ain yang pertama...ok tak?


Tuesday, June 01, 2010

Cat Rumah

Perkara utama kalau masuk rumah baru ialah cat semula rumah. Ini penting sebab kita boleh tentukan tema apa yg kita inginkan. Mama dan papa ni cerewet juga ya, mula mula beli cat kuning,,,bila dah cat satu lapis..mulalah menyesal..kenapa pula? sebab warna tu sama macam rumah la.....tukar lagii...rugi RM100 setin cat 5 liter. takpa nanti cat bilik ain ya. Pastu mama decide nak tema neutral..jadi warna pun yg neutral lah ya..So mama pun pilih warna gray dan warna ala ala coklat. Nantilah kita tgok kesudahannya
Ni Ain tengah cat dapur


Conteng sikit

Ruang tamu yang tak jadi nak dicat. Tunggu cat baru

Selamat Tinggal RXZ

Last week Ain dan Papa mengucapkan selamat tinggal pada motor kesayangan papa RXZ JDH 3180. Setelah berkhidmat selama 12 tahun 1998-2010, banyak jasa motor ini pada Papa. Menurut papa lagi motor ini dihadiahkan oleh Arwah Wan pada 1998 atas kejayaan papa masuk Unibersiti. Apabila ditanya kenapa papa tergamak menjual motor ini, papa menjawab ianya adalah terpaksa memandangkan seiring dengan peredaran usia papa yang sudah lewat 30 an dan motor ini juga banyak meragam, papa fikir lebih baik jual sahaja pada mereka yang memerlukan. Papa menambah motor RXZ tidak sesuai untuk dibawa ke pasar malam sebab susah nak letak barang2 belian sebab tiada raga, so papa fikir dengan hasil jualan motor ini, papa akan membeli sebuah kapchai jenama EX5 warna merah. Ini juga akan memudahkan papa membawa Ain dan mama ronda ronda petang petang selain untuk kegunaan papa ke masjid. Tambah papa lagi semasa hayatnya Wan dahulu, papa pernah minta izin dengan arwah Wan untuk jual motor ini dan beli motor baru dan wan sudahpun bersetuju. Motor RXZ ini memang teman sejati papa. Sebelum kenal dengan mama lagi, papa sudah bersama dengan motor ini. Dari Penang ke Sg Petani ke Perlis ke Penang semula, ke Subang, Ampang dan akhirnya jasa motor ini pada Papa berakhir di Damansara. Ain pun sayang juga motor ini sebab Ain suka naik dekat tanki dia sambil pegang handle masa papa bawak...diharap motor ini dapat dijaga sebaiknya oleh tuan barunya nanti.

Waktu indah Ain dan JDH bersama

Saat saat JDH papa berpindah tangan..huhuhu
(mamat yang berbalut tu lah owner baru JDH)

Selamat Tinggal Sahabat

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Ain nak ucapkan selamat hari guru kepada para guru seluruh dunia terutamanya seprang guru yang paling rapat dengan Ain...hari hari nasihat Ain..siapa ya?

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu

Ain nak ucapkan pada mama Selamat Hari Ibu. Harap harap mama bangga jadi ibu kepada seorang anak yang cute ni...

Monday, May 10, 2010

Tadika Baru Ain

Suasana Tadika Ain
Ain dah ready nak ke tadika ni...

Kat sini Ain dah ada Tadika baru. Namanya Tadika Hasanah. Ain suka Tadika ni sebab macam macam Ain boleh buat dari pagi sampai petang. Kat sini selain Ain diajar pelajaran2 yang biasa kat tadika lain, Ain juga belajar solat, mengaji, berwuduk , doa, adab adab dan macam macam lagi. Ain seronok betullah kat sini sampaikan Ain pun marah kalau mama ambil Ain awal sebab petang yang paling best boleh main ngn kawan kawan kat halaman tadika ni. Kepada kawan kawan yang berminat nak join tadika ni jomlah daftar. Tadika ni letaknya kat Pinggiran TTDI. Area area Sg Pencala.

Pindah Lagi

Mulai 8 Mei yang lepas secara rasminya Ain sudah berpindah ke Damansara. Kenapa Ain berpindah? Sebabnya mama dan papa yang suka berpindah randah so Ain ikut aja lah. Ain kan anak yang solehah. Kena lah ikut aja. Sebenarny sebelum ni papa nak beli rumah di Ampang tetapi kan rumah tu dah dipecah masuk sekali..so papa rasa tak best dah duduk area situ so papa pun cergas beli rumah kat sini pulak.. Ok bercerita tentang kediaman baru ni Ain rasa tersangat happy kerana Ain dekat dengan rumah Paklong so bila bila masa Ain boleh melawat Marissa yang Ain sangat sayang tu. Begitu juga rumah Ateh di Kota Damansara pon dekat so nak jumpa Samuel yang Ain "gerem sanget" tu pon anytime aja. Mama pon terasa tersangat gembira tinggal disini sebab katanya tempat shoping dekat dekat aja...so dia boleh drive ngn Ain aja pi shopin takyah tunggu papa lagi. Kalau di Ampang mama takut pi sorg2 sebab katanya macam ramai aja "orang-orang asing" kat situ. Ok habis cerita pindah. Nanti Ain cerita pasal tadika baru Ain lak ya.

Ini lah rumah baru Ain..sori ya bersepah lagi baru aja masuk barang
Gudbye rumah lama...

Papa tengah simbah simbah air yasin + air doa sekeliling rumah.



Thursday, May 06, 2010

Pi Shopping

Bestnya pi shopping barang dapur ngan mama. Lepas shopping mama bagi Ain main kat belon besar. Bestnya..



Ain Update blog

Ramai org kata yang mama dan papa yang update blog Ain. Yang sebenarnya semua ni Ain taip sendiri lah...Mama dan papa cuma bagi guide aja. Tak caya tengok pic kat bawah Ain tengah edit gambar masa pi Langkawi itu hari

Selamat Tinggal Tadika Budak Genius

Esok Jumaat ialah hari terakhir Ain jumpa kawan kawan Tadika. Begitu juga cikgu2 tadika Ain yang baik baik dan cantik cantik. Huhuhuhu sedihnya Ain. Ain dah seronok belajar kat sini kenapa mama dan papa nak pindah lagi. Sepatutnya last week kita pindah tapi disebabkan masalah teknikal kita postpone seminggu. So Ain pon tumpang lagi satu minggu kat tadika ni. Buat Uncle Azrul, teacher Zakiah, teacher Rosha dan lain lain cikgu, Ain ucapkan berbanyak terima kasih sebab mendidik Ain dengan baik dan juga sabar melayan perangaia Ain yang suka datang lambat ke tadika. Buat kawan kawan seperti Vania, Asal, Nana, Firdaus dan lain lain, Ain ucapkan selamat maju jaya dan moga jumpa lagi di lain masa ya. Untuk kawan2 Ain letak gambar Ain kat tadika.



Sunday, May 02, 2010

Double Trouble

Semalam papa meneruskan "aktiviti tanpa kitorang" nya dengan pergi menonton konsert Double Trouble ngan kawan kawan nya. Amboi papa, makin lama makin lupakan Ain ya kalau nak gi tempat happening. Alasan papa, perut mama dah makin berat kena duduk rumah. Wah Ain tengok pic papa bukan main lagi jadi rock kapak ya.




Papa dan geng papa

Maksu, Ayah Da, Mak Da dan Adam Haikal melawat Ain

Semalam Maksu datang dari Melaka melawat Ain. Bestnya...pastu pagi pagi tadi lagi AyahDa, MakDa dan Adam Haikal pon datang juga rumah Ain. Seronoknya Ain dapat main dengan Adam Haikal. Lepastu dalam jam 10 pagi kitorang main swimming pool kat bawah rumah Ain. Dah lama papa tak bawa Ain main pool ni. Bestnya takda org pon nak kacau kitorang main sini..Dalam jam 12 tengahari Adam Haikal pon balik ke Perak rumah opahnya. Best betullah hari ini.


ni lah MakDa dan Ayah Da


Tu Adam Haikal tengah baring


Maksu dan Ain. Sama tak papa ngn abang nya.


Nak balik dah...

Friday, April 30, 2010

Vaksin H1N1

H1N1 menyerang lagi. Alamatnya habis lah aktiviti luar Ain terbantut lagi lah. Ain pon dah bosan dah kalau ajak pi taman ke, shopping ke...mesti papa jawab "takleh.... H1N1". Bilaaalah agaknya penyakit ni nak habis ya. berdoalah kita sama sama pada Allah agar menarik semula bala yang ditimpakan pada ummat akhir zaman yang lalai ni. Cerita pasal H1N1, pagi tadi mama bawa Ain pi cucuk vaksin H1N1 kat klinik. Meraung la juga Ain kena cocok kat ponggong. Kawan kawan, apa lagi mintaklah papa dan mama awak bawa pi klinik. RM60 aja sekali cucuk.

Mama "kena'kan Ateh

Video mama kenakan Ateh. Cuba tengok reaksi Ateh berposing bagai nak rak konon konon mama nak amik gambar lah. Yang sebenarnya mama tgh amik video aksi aksi posing dia tu. Yang 2 orang lagi tu CikDa dan Maksu dah kena sebelum ni. Masa ni masa sambutan berday Ain tahun lepas. Diorang tengah bakar sate. Kuikuikuikui...

Thursday, April 29, 2010

Ain Kecik Kecik

Saja ja Ain letak video Ain masa Ain kecik kecik dulu.

Birthday Kek Samuel


Ni berthday cake Samuel itu hari. Cool tak?...U Rock man. \m/ \m/. Ain tak dapat hadiri majlis berthday Samuel di Selayang sebab Ain nak hantar Tok Umi balik Kuantan Pahang.

Sunday, April 25, 2010

Adik Ain


Ni gambar adik Ain yang masih dalam kandungan mama. Sekarang dah 6 bulan.
Doktor kata adik Ain ni lelaki. Nampak tak adik Ain ni tengah posing letak tangan kat dagu..
Mama dan papa apa lagi jomlah pi shopping baju baby boy..horray...

Monday, April 05, 2010

F1





Semalam papa tinggal Ain dia pi tgok org lumba kereta ngan kawan kawan dia aja...Ain tepon papa..ain dengar bunyi keta banyakkkkk...bisng betul lah...tak kira tahun depan ain nak pi juga

Thursday, April 01, 2010

Alice in wonderland


The Curve





Samuel dan Ateh

Sabtu lepas Ain pi tgok cerita karut Alice in Wondeerland ni. Ain pi ngn mama, papa, ateh, ateh dan samuel. Ain tak berapa enjoy cerita ni sbb Ain lebih teruja nak main ngn Samuel..hahaha...

Recent Posts

Recent Comments