IKLAN

Thursday, November 25, 2010

Cuti 1: Hari Raya Qurban dan Akikah Adik Adam Haikal

Hari Raya Haji @ Korban 2010 kami sambut di kampung papa di Kemaman. Hari tu Ain dapat kesempatan melihat sendiri lembu dikorbankan. Kebetulan pula Ayah Da pun buat akikah untuk adik Adam Haikal. So, papa pun apa lagi terus la jadi tukang "buat buat sibuk". Kat bawah ni kawan kawan tengoklah macamana lembu itu disembelih, dilapah dan disiang. Kemudian dibahagi kepada tujuh bahagian. Dibawa balik rumah Ki. Kat sana pula org2 perempuan jiran2 Ki pun dah standby tolong Ki dan Umi sediakan juadah jamuan akikah. Kemudian selepas asar tetamu pun datang untuk makan daging akikah tu. Itulah sedikit sebanyak bagaimana kaedah buat akikah kat kampung Ki ni. Semuanya gotong royong. Kat bawah ni pon ada gambar moyang Ain. Ain panggil dia " Nyang" aja. Beliau ialah emak kepada arwah Wan. Kalau Ain rasa rindu dekat Wan, Ain suka tengok Nyang bercakap. Tak ubah macam Wan. Terubat rasa rindu Ain kat arwah Wan. Moga2 arwah Wan dicucuri rahmat Allah.


Masa semelih ni, papa jenguk2 aja



Ni MakDa, mama pada Adam Haikal.
Ain ngn Kak Hanan
Yang papa dukung tu lah cousin Ain, Adam Haikal.

Papa jadi AJK membahagi bahagi daging...


Amboi, Ki. Tengok aja ke..Ops,,Ki sakit kaki ya, lupa lak Ain
Gotong royong kat dapur rumah Ki. Nampak tak Faiz tu. Yang baju merah tu Ayah Teh.
Inilah Supergrandmother Ain...Nenek papa. 88 tahun masih sihat lagi
Tok Da,(adik arwah Wan Ain) yang dukung Muhammad tu



Ni tok sepupu Ain

Saturday, November 20, 2010

Muhammad 3 bulan

Sempena Muhammad dah 3 bulan ni, Ain rasa nak sambut lak berday Muhammad ke 3 bulan ni. So Ain pon main2 tiup benda ni bagi Muhammad gelak gelak.

Monday, November 08, 2010

Deepavali @ Genting

Tahun ni Ain menyambut deepavali kat Genting Highland. Ain tak tahu pon nak g sini tetiba jam 10 pg Ateh call ckp nak g Genting sat. Ain apa lagi terus pujuk papa pi skali. Bukannya jauh pon. Pi kejap aja kata Ain. Lepas asar balik lah umah. Papa pun yg tgh busy baca paper akhirnya mengalah. So ini 1st time Ain pi Genting. Best juga sebab udara sejukk.. Cuma yg Ain risau takut Muhammad tu yg baru baik batuk. Kat Genting Ain masuk snowworld tempat ada salji. Ala2 dekat negara org putih la. Best la juga main2 salji ni sampai merah2 hidung ain. Pastu kat luar ain tgok banyak mainan apa lagi Ain pujuk papa main semua apa yg ada kat situ. Akhirnya yang jd mangsa ialah Ateh, Ateh, samuel dan mama yg terpaksa tunggu Ain main. Akhirnya jam 9 malam baru kitorg balik. TQ ya Ateh sbb sabar tunggu dan layan kerenah Ain. Ain ni kan budak lg so Ain memang excited tgok macam2 permainan yang ada. Tp yg tak bestnya hp mama bateri kong..so tak banyak pic.




















Recent Posts

Recent Comments