IKLAN

Saturday, July 18, 2009

Mama Sakit Papa Sakit

Hai kawan2. Sekarang Ain berada di rumah TokMi di Kuantan Pahang. Sebenarnya dah hampir seminggu Ain kat sini. Kenapa ya? Mama dan Papa tak kerja ke? Kalau kawan2 nak tahu mama Ain dah lebih sebulan tak bekerja. Ini kerana Mama baru lepas buat operation kat perut. Ain ingatkan mama dapat baby baru..rupa-rupanya mama buang satu benda yang tak patut ada dlm perut mama yang dipanggil fibroid. Oooo baru Ain faham. Kesian pula ain tgok mama terlantar ja tak boleh buat apa2 semasa baru lepas operate tu sebulan yang lepas. Dan disebabkan tu juga lah Ain pun dah lebih sebulan tak pergi tadika ain. Entahlah apa yang berlaku kat tadika tu kalau Ain tak ada. Harap2 semua ok lah.
Ok..mama dah…pastu papa lak..kenapa pula. Ini yang Ain nak cerita. Malam Isnin lepas dalam pukul 3 pg, mama kejutkan Ain. Rupa-rupanya mama nak hantar papa pi hospital. Sian Ain tgok papa, muntah2 kat toilet. Mama kata papa sakit perut. Mungkin keracunan. Oooo. Ain tgok papa berkerut2 muka tahan sakit. Lps tu kitorg pi lah hospital pakar damansara. On the way tu ada lah 3 kali mama stop tepi highway sbb papa nak muntah. Ain plak..Ain tidur ja kat belakang..hehehehe,,, Menurut doktor kat situ urine papa ada darah..dan ini mungkin disebabkan batu karang. So dlm pukul 1 tghari tu papa pun kena masuk OT buat operate buang batu karang tu….So duduklah papa kat ward 1 hari. Esoknya kitorg pon balik lah Kuantan berehat kat sini. Habis cerita Papa dan Mama.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments