IKLAN

Saturday, July 18, 2009

Mmocok

Hari ni hari Sabtu maknanya pasar malam kat Jalan Gambut. So dlm banyak2 tmpt Tokmi dan SuSara meniaga..lokasi ni lah yang paling ramai pengunjungnya sebab ianya terletak kat tengah2 bandar Megapolitan Kuantan. Maknanya pada hari Sabtu jualan steamboat TokUmi pon banyak dan tak menang tangan meniaga di sini. Maknanya hari Sabtu kitorang kena lah tolong Tok Umi mmocok.
Mmocok? Apa tu ya? Mmocok ni singkatan dari mencucuk. Tapi Ain ja yg panggil mmocok sebab Ain ni agak pelat lagi. Ok..mencucuk..cucuk apa ya? OK bagi sesiapa yg suka makan steambot mesti tahu kan steambot ni bentuk nya macam sate kan. So kira macam cucuk sate lah..cuma kami ni cucuk steambot yg macam2. Ada kangkung, telur puyuh, fish ball, meat ball, ketam ball, udang ball, kerang dan macam2 lagi lah. So waktu pagi kitorang akan mmocok dengan Tok Mi. SuSara pula akan sediakan sos..ada sos manis dan sos pedas. Sedap tau sos yang SuSara buat. Tapi takleh la lawan sos yang arwah Tok Bak buat dulu. Jangan marah ya Su hehehehe. Sebenarnya Ain ni bukan mmocok sangat.cuma lebih kepada nak menyibuk ja...hehehe...ya lah menceriakan suasana. Biasanya Tok mi akan mmocok ngn SuSara ja. Kdg2 kalau Ain balik, mama akan tolong. Kalau uncle2 dan Auntie Ain balik diorg akan tolong lah. OK kawan2 kalau nak rasa ke'best'an steamboat TokMi dan SuSara sila lah berkunjung ke "Simple Steamboat" di tapak pasar malam Jalan Gambut Kuantan. Selain di sini, Steambot TokMi juga boleh didapati di Taman Impian, di Pekan dan di Peramu . Harga? Muraah2 ja RM1=3 batang. Kat KL RM1= 1 batang kot..OK habis pasal steamboat.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments