IKLAN
Sunday, July 11, 2010
World Cup@Little Korea
Sana sini orang bercakap pasal World Cup sekarang ya. Kalau nak tahu, Ain ngan Mama pun tiba tiba jadi ambil tahu pasal bola sepak. Hari tu Ain ajak papa dan mama tengok siaran live World cup ni di Little Korea, Ampang. Boringlah Ain tengok bola kat rumah aja. Tak happening langsung. Nak bersorak pun 3 orang aja. So kat sini kitorang menonton perlawanan antara Korea dan Uruguay. Kat sini ramai orang Korea. Ada lah 2 3 kerat orang melayu yang kuat semangt kekoreaan pon ada juga kat sini. Mungkin negara angkat mereka kot. Macam Ain, ain sokong korea sebab ia mewakili benua asia. Betul tak kawan2? Dah negara kita pon semput nak masuk so kita sokonglah jiran terdekat kita kan?..Keputusan malam tu, korea tewas tapi mereka main dengan semangat juang yang tinggi. Ain kat sini pon semangat menyorak...hehehehe...best lah ikut sam sama diorang menyebut "dae han min guk" yg bermaksud "korea". Kat bawah ni kawan kawan leh la tengok gamnbar dan video ain kat sana
Saturday, July 10, 2010
KENANGAN 2004-HARI KEBANGSAAN
Gambar gambar berthday Ain tahun lepas
untuk lihat pic yg baru diuplod click http://ainsarahkhadijah.blogspot.com/2009_08_01_archive.html
Thursday, July 08, 2010
Cerita lama lama#1
Disebabkan kesibukan Ain mengulangkaji pelajaran tadika ain dan sibuk berpindah randah dalam masa setahun dua ni, banyak story story best ain tertinggal untuuk dipostkan. Maaf ya kawan kawan. So ada kawan kawan ain yang telefon ain tanya kenapa ain tak update cerita yg lama lama tu so ain akan update slow slow ya. Begitu juga gambar gambar yg ain ada kat dalam gambar tu, sebenarnya banyak dalam koleksi ain dan tak sempat ain nak uplod utk kawan2 tengok. So bila kawana kawan selalu aja tanya, jadi ain kenalah ulod sikit2 ya. utk story2 lama ain akan letak ikut tarikh dia yg sebenar so, ain akan update dekat yg latest macam ni dan ain akan link kan ke tarikh tesebut. Bila kawan kawan klik aja, kawan kawan akan jump ke story tersebut. Begitu juga pic ain , kawan kawan kena rajin tengok my album nanti ain letak pic2 ekslusif yg belum disiarkan. Utk kali ini Ain dah kongsi pengalaman Ain melancong ke Kelantan tahun lepas sila klik sini ya http://ainsarahkhadijah.blogspot.com/2009/12/melancong-ke-kelantan.html
Wednesday, June 30, 2010
Hasil Karya Ain
Sunday, June 20, 2010
Friday, June 11, 2010
Twisties Penalty Shoot Out
2 hari lepas, Ain singgah kat booth Twisties ni kat One Utama. Nak tahu apa ceritanya? Macam ni, sesiapa yang beli RM5 dapat chance tendang bola masuk lubang tu akan dapat hadiah. Nampak macam susah juga kan? Hari tu, Papa tendang 3 kali, 2 kali masuk lubang dapat voucher RM100 bestnya Ain shopping sakan ngan papa dan mama. Malam tadi kitorang pergi lagi dan kali ni ateh dan samuel pon ikut sama..Hasilnya papa dapat lagi RM 50. Ateh pon dapat RM50. Wah macam ni hari hari kitorang nak pergi tendang...Kalau ada kawan2 berminat bolehla ajak ayah kawan2 pi sana... 

World Cup
Malam esok World Cup akan bermula. Maka bermula lah kegilaan orang ramai terhadap sukan ini. Sebelum acara ni bermula pon macam macam pesta dan promosi berkaitan bolasepak dah berlangsung merata rata. Ain pon tak ketinggalan terasa bahang Piala dunia ni. Ke mana mana ain pergi semua org bercakap pasal bola. Kawan kawan macamana? Dah ada pasukan pilihan? Macam ain, Ain sokong Malaysia aja tapi dah tak masuk Worldcup, ain sokong Jerman lah...sebab Ain minat Michael Ballack..tapi khabarnya dia dah cedera,,,ishhh susah hati betul lah Ain...Ok lah Ain pun sokong Brazil juga..Kenapa? Selain pasukan ni kuat dan menghiburkan, Ain pon minat sangat pada Kaka.siap ada baju dia lagi ..wah semua player yg ain minat ni hensem hensem ya. Ok kepada semua pasukan yang bertanding, ain harap anda semua main dengan semangat berpasukan yang tinggi ya. Ingat, anda semua membawa imej negara masing masing, maka tunjukkanlah kehebatan anda di padang.


Barang Barang Adik Ain
Seminggu dua ni agresif betul Ain tengok mama ngn papa pi shopping barangan baby. Ain tengok penuh bilik Ain ngn barangan baby. Wah kalau macam ni Ain pon makin bersemangat nak menyambut kehadiran org baru dalam famili Ain. Kalau ikut kata doktor date due mama awal bulan 8. So lagi 2 bulan. Mama pun Ain tengok makin penat aja jalannya...
h
h
Thursday, June 10, 2010
Ain dan Samuel
Main warna warna
Tuesday, June 01, 2010
Cat Rumah
Perkara utama kalau masuk rumah baru ialah cat semula rumah. Ini penting sebab kita boleh tentukan tema apa yg kita inginkan. Mama dan papa ni cerewet juga ya, mula mula beli cat kuning,,,bila dah cat satu lapis..mulalah menyesal..kenapa pula? sebab warna tu sama macam rumah la.....tukar lagii...rugi RM100 setin cat 5 liter. takpa nanti cat bilik ain ya. Pastu mama decide nak tema neutral..jadi warna pun yg neutral lah ya..So mama pun pilih warna gray dan warna ala ala coklat. Nantilah kita tgok kesudahannya
Selamat Tinggal RXZ
Last week Ain dan Papa mengucapkan selamat tinggal pada motor kesayangan papa RXZ JDH 3180. Setelah berkhidmat selama 12 tahun 1998-2010, banyak jasa motor ini pada Papa. Menurut papa lagi motor ini dihadiahkan oleh Arwah Wan pada 1998 atas kejayaan papa masuk Unibersiti. Apabila ditanya kenapa papa tergamak menjual motor ini, papa menjawab ianya adalah terpaksa memandangkan seiring dengan peredaran usia papa yang sudah lewat 30 an dan motor ini juga banyak meragam, papa fikir lebih baik jual sahaja pada mereka yang memerlukan. Papa menambah motor RXZ tidak sesuai untuk dibawa ke pasar malam sebab susah nak letak barang2 belian sebab tiada raga, so papa fikir dengan hasil jualan motor ini, papa akan membeli sebuah kapchai jenama EX5 warna merah. Ini juga akan memudahkan papa membawa Ain dan mama ronda ronda petang petang selain untuk kegunaan papa ke masjid. Tambah papa lagi semasa hayatnya Wan dahulu, papa pernah minta izin dengan arwah Wan untuk jual motor ini dan beli motor baru dan wan sudahpun bersetuju. Motor RXZ ini memang teman sejati papa. Sebelum kenal dengan mama lagi, papa sudah bersama dengan motor ini. Dari Penang ke Sg Petani ke Perlis ke Penang semula, ke Subang, Ampang dan akhirnya jasa motor ini pada Papa berakhir di Damansara. Ain pun sayang juga motor ini sebab Ain suka naik dekat tanki dia sambil pegang handle masa papa bawak...diharap motor ini dapat dijaga sebaiknya oleh tuan barunya nanti.
Monday, May 17, 2010
Selamat Hari Guru
Ain nak ucapkan selamat hari guru kepada para guru seluruh dunia terutamanya seprang guru yang paling rapat dengan Ain...hari hari nasihat Ain..siapa ya?
Tuesday, May 11, 2010
Selamat Hari Ibu
Ain nak ucapkan pada mama Selamat Hari Ibu. Harap harap mama bangga jadi ibu kepada seorang anak yang cute ni...
Monday, May 10, 2010
Tadika Baru Ain
Suasana Tadika Ain
Ain dah ready nak ke tadika ni...Kat sini Ain dah ada Tadika baru. Namanya Tadika Hasanah. Ain suka Tadika ni sebab macam macam Ain boleh buat dari pagi sampai petang. Kat sini selain Ain diajar pelajaran2 yang biasa kat tadika lain, Ain juga belajar solat, mengaji, berwuduk , doa, adab adab dan macam macam lagi. Ain seronok betullah kat sini sampaikan Ain pun marah kalau mama ambil Ain awal sebab petang yang paling best boleh main ngn kawan kawan kat halaman tadika ni. Kepada kawan kawan yang berminat nak join tadika ni jomlah daftar. Tadika ni letaknya kat Pinggiran TTDI. Area area Sg Pencala.
Pindah Lagi
Mulai 8 Mei yang lepas secara rasminya Ain sudah berpindah ke Damansara. Kenapa Ain berpindah? Sebabnya mama dan papa yang suka berpindah randah so Ain ikut aja lah. Ain kan anak yang solehah. Kena lah ikut aja. Sebenarny sebelum ni papa nak beli rumah di Ampang tetapi kan rumah tu dah dipecah masuk sekali..so papa rasa tak best dah duduk area situ so papa pun cergas beli rumah kat sini pulak.. Ok bercerita tentang kediaman baru ni Ain rasa tersangat happy kerana Ain dekat dengan rumah Paklong so bila bila masa Ain boleh melawat Marissa yang Ain sangat sayang tu. Begitu juga rumah Ateh di Kota Damansara pon dekat so nak jumpa Samuel yang Ain "gerem sanget" tu pon anytime aja. Mama pon terasa tersangat gembira tinggal disini sebab katanya tempat shoping dekat dekat aja...so dia boleh drive ngn Ain aja pi shopin takyah tunggu papa lagi. Kalau di Ampang mama takut pi sorg2 sebab katanya macam ramai aja "orang-orang asing" kat situ. Ok habis cerita pindah. Nanti Ain cerita pasal tadika baru Ain lak ya.






































