IKLAN

Tuesday, August 03, 2010

Cerita mama--Kelahiran Adik Ain

Ini cerita mama yang diceritakan pada ahli keluarga dan kawan kawan. Ain curi dengar lalu masukkan ke blog Ain. Aintulis ikut kronologi ya.

Hari Jumaat
Jumpa Dr Marsita. Dr cek bukaan. Dr kata insya Allah Isnin boleh beranak sebab mama dan papa memang hajatkan Isnin. Dr kata pagi Isnin datang maka petang tu Insya Allah lahir anak. Papa risau papa kata takut masuk lepas magrib sudah masuk selasa. Dr kata kalau macama tu Ahad malam Isnin jam 10 datang. InsyaAllah subuh Isnin doakan moga lahir.

Ahad malam Isnin.

9.30 malam
Bertolak ke Pantai Hospital dengan perasaan yang bercampur campur. gembira plus berdebar. Dengan iringan doa Ain dan keluarga, mama bertolak dengan papa. Ain duduk rumah dengan Tok Umi. Sebenarnya masa ni perut mama dah rasa sakit dah.

10.00 malam

Sampai ke Pantai Hospital. Dalam kereta pun mama rasa contraction sudah ada. 20 minit 20 minit. SMS Dr Marsita. Terus naik tingkat 2 labour room. Nurse situ baik baik. Terus bagi 1 bilik khas untuk mama bersalin. Papa turun dan uruskan pendaftaran. Masa ni Dr Marsita datang dan cek bukaan 3 cm. Dr bagi ubat untuk buang air besar.

12 malam

Start waktu ini lah cabaran sebenar yang mama rasa sebagai seorang ibu yang ingin lahirkan anak. Contraction datang sekejap sekejap. Mama tak dapat nak cerita macama mana sakitnya apa yang ditanggung. Nasib baik Papa ada dan bagi kata kata semangat kat mama.

2 pagi

Sakit tak tertanggung berterusan. Nurse dah cucuk painkiller biasa. Tapi mama dah ingatkan papa jangan ambil epidural. Epidural bagus boleh hilangkan sakit mama ni tapi mama risau kesannya berterusan semasa melahirkan anak. Tak boleh meneran dan anak disedut keluar. So mama nak tahan aja sakit ni. Chek bukaan masih lagi 3 cm. Sian pulak papa tengok mama. Apa papa boleh buat? Just urut2 kaki usap usap kepala. Baca doa doa berkaitan. Bagi semangat kat mama. Baca Yaasin, baca surah maryam untuk mama. Bila dengar papa bg motivasi, mama lebih berazam untuk hadapi kesakitan yang amat ini. YAng mama ingat, papa kata segala dosa dosa mama sebelum ini gugur dengan izin Allah. Lagi papa kata, sakit yang mama tanggung ni bukan sakit sia sia, malah berita gembira akan hadir di hujung kesakitan ini. Apa berita gembira tu? Baby lah. Baby tu kan anugerah untuk mama dari Allah.

3 pagi

Sakit terus menerus. Lagi dasyat. Setiap ketika rasa sakit wujud. Tiada ruang untuk rehat. Datang seorang nurse Muslim. Tengku Normala namanya. Nurse sebelum ni semuanya non muslim. Tg Normala ni bagus. Dia bukan sekadar nurse,. TAk macam nurse yg sebelum ni, siap boleh gelakkan papa bila papa tanya darah apa yang keluar. Yang best tu papa siap sound dia balik...Kenapa gelak? Terang kan ajalah. Dah kita ni bukan nya bidan tahu semua tu. Lepas tu setiap kali masuk bilik muka dia masam aja. Menyampah pun ada. Mama sakit bagai..dia boleh tengook aja muka mama tahan sakit. Kurang kurang bg la semangat ke apa ke. Tg Nora ni pulak. Dia faham mama sakit macam mana. So dia dduuk dan urut urut belakang mama sambil bercerita dengn papa sambil2 bg sokongan kat mama.

3.30 pagi

Kesakitan makin kuat. Mama dah tak tahan. Mama nak juga epidural tu. Nurse melayu ni tak gaduh2 nak bg bius tu. Tp dia kata chek sekali lg bukaan. Tgok dah 6 cm. Dia advise tak perlu ambil epidural. Tahan aja lagi 1 jam dah boleh lahir. Dia pun bg gas kat mama suruh sedut. Kurang2 boleh bantu kurangkan sakit. Sambil2 tu dia urut2 belakang mama. Secara psikologinya mama dah rasa bersemangat. Masa ni dia suruh minum air selusuh kalau ada.


4.00 pagi

Nurse tadi dan sorang lg siap2 kan tool untuk proses deliver nanti. So bila mama nampak semua ni, maka waktu nya hampir lah. Walau sakit yang amat sangat, tp bila memikirkan dah hampir..mama tahan aja lah.

4.45
Dr Marsita sampai. Dia cakap baru handle caesar kat hospital pusrawi. Wah so dr ni takda masa tidur lah ya. Pagi esok jam 9 kat klinik lak. Salute habis lah kat dr ni. Walau busy dan penat, mukanya masih bersemangat. Datang aaj dia terus ajar ajar doa kat mama. Bila nampak aja muka dr tu terus kurang 20% rasa sakit ni.

5.02

Proses nak melahirkan bermula. Dengan kata2 semangat papa dan Dr, Muhammad pun lahir hanya dengan 2 3 kali meneran aja. Dr cakap proses keluar tu mudah sangat. Alhamdulillah. Bila keluar aja baby boy ni, terus segala kesakitan sebelum ni lenyap. Ini yg papa kata tadi "hadiah" di hujung kesakitan yg mama tanggung tadi. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Terima kasih Dr Marsita. Terima kAsih nurse yg baik.
Dr Marsita


Inilah Nurse Tg Normala yang banyak membantu mama.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments