Hari Jumaat 2 hari lepas, Ain ikut Mama dan Papa jumpa doktor mama(doktor kesayangan Ain juga), Dr Marsita di Pantai Hospital. Ain pon hairan kenapa ya mama ngn papa ni kerap sangat jumpa doktor ni. Kalau tak silap baru minggu lepas dah jumpa, ni jumpa lagi. Apalah sakit mama ni asyik nak kena chek aja. Ain tengok seperti biasa doktor akan cium mama pastu cium Ain pastu tanya khabar Papa. Pastu mcm yang Ain agak, Dr akan suruh mama baring dan tutup tirai kain. Masa ni papa akan panggil Ain jangan kacau Dr buat kerja. Ain nak sangat tahu apa lah yang Dr buat kat mama. Tapi papa kata duduk diam diam jangan kacau Dr tengah cucuk mama ngn jarum. Kalau Ain kacau takut Dr salah cucuk. Pastu Dr akan cakap Alhamdulillah dah bukak 2cm. Itu hari Dr cakap bukak 1 cm. Apa lah cm cm ni. Macam belajar matematik lak. Pasttu macam biasa Dr gosok perut mama ngn alat apa tah tu. Ain tanya doktor. Dr kata ni alat namanya scan. Nak tengok adik Ain dalam perut mama. OOoo...rupanya nak tengok adik Ain ya. Pastu Dr tanya Ain, dah sedia ke nak sambut adik yang baru. Ain cakap lah oo adik Ain nak keluar ya. Hehehe...Bestnya ..Tapi bila ya...Ain lupa nak tanya Dr bila sebab masa tu Ain dok melukis gambar Dr pada kertas yg Dr bagi kat Ain tadi.
Inilah Dr Marsita Mansur

Itulah ceritanya 2 hari lepas. Malam ni mama akan pergi ke hospital ngn papa dulu. Mungkin pagi esok subuh subuh adik Ain yang Ain tunggu tunggu"Muhammad" akan menjengah dunia. Papa pula Ain tengok dari semalam lagi tak berenti renti bersihkan rumah. Papa kata masa Ain nak lahir dulu pun papa buat macam ni juga. Papa kata nanti nak bawa baby baru balik rumah. So rumah mesti tak ada habuk. Ain lihat setiap inci rumah papa mop, vacuum, lap dan macam macam lagi papa buat. Yang penting secubit habuk pon papa tak mau lihat. Wah speselnya papa buat persediaan nak sambut Muhammad ni.
Kawan kawan yang baca post Ain ni, mari kita sama sama berdoa semoga semuanya selamat.