





Syukur Ya Allah. Allah yang sangat pengasih dan penyayang telah makbulkan doa Ain sebelum ini. Mula mula Ain berdoa supaya Allah hadiahkan Ain seorang adik. Allah makbulkan. Ain doa supaya dapat adik lelaki. Allah makbulkan juga. Kemudian Ain doa supaya mama dan kandungannya sentiasa sihat. Allah makbulkan. Ain doa supaya Muhammad lahir pada bulan Ogos sama bulan dengan Ain. Allah juga perkenankan. Lagi Ain doa supaya Muhammad lahir pada Isnin 2 Ogos supaya tarikh akikahnya jatuh tepat hari Ahad 8 Ogos. Juga Allah makbulkan. Ain pun doa lagi, supaya adik Muhammad dilahirkan pada waktu subuh. Juga Allah perkenankan. Ain pun doa lagi semalam supaya semua proses kelahiran adik Muhammad dipermudahkan. Juga Allah makbulkan. (nanti lihat catatan mama). Ain doa lagi supaya adik Muhammad itu baik zahir dan batinnya. Juga Allah perkenankan setakat ini zahirmya elok. Sifat rohaninya InsyaAllah dengan izin Allah dan didikan yang baik dari mama, papa dan Ain, Muhammad mampu mempunyai rohani yang kuat. Amin.
Buat adik Muhammad sesungguhnya Kakak Ain merupakan insan yang paling gembira sekarang. Sudah lama kakak tunggu kehadiran teman buat kakak Ain. Dan semestinya Samuel, Marissa, Adam Haikal, Faiz dan Faris, Hamdi, Humaira, Kak Hanan, Kak Baby, Kak Kakak, Abang Ngah dan Abang Long pun sama teruja tunggu kehadiran sepupu barunya adik Muhammad. Begitu juga Mama, Papa, Tok Mi, Paklong, Maklang, Ateh Uncle, Ateh Aunty, Abeng, Kakek, Cik Der, Maksu Sara, Ki Neram, Mak Long, Umi, Abah, Ayah Da, Cik Da, Teh Idah, Ayah Teh dan Maksu Yati. Kami semua mengalu alukan kehadiran Adik Muhammad. ke dalam family. Buat Muhammad. Kami semua ucapkan Ahlan Wasahlam.



No comments:
Post a Comment