IKLAN

Saturday, July 18, 2009

Kena Pi Tadika....

Huhuhuhu....Esok Ain kena balik sebab Mama dan Papa dah habis mc dan kena kerja semula. Dan ini bermakna Ain pon kena lah pergi tadika selepas 1 bulan setengah Ain bercuti...Macamana ni ya...Kalau Ain meraung2 dan berguling2 pon Papa akan hantar juga. Kawan2 ada idea tak?

Mmocok

Hari ni hari Sabtu maknanya pasar malam kat Jalan Gambut. So dlm banyak2 tmpt Tokmi dan SuSara meniaga..lokasi ni lah yang paling ramai pengunjungnya sebab ianya terletak kat tengah2 bandar Megapolitan Kuantan. Maknanya pada hari Sabtu jualan steamboat TokUmi pon banyak dan tak menang tangan meniaga di sini. Maknanya hari Sabtu kitorang kena lah tolong Tok Umi mmocok.
Mmocok? Apa tu ya? Mmocok ni singkatan dari mencucuk. Tapi Ain ja yg panggil mmocok sebab Ain ni agak pelat lagi. Ok..mencucuk..cucuk apa ya? OK bagi sesiapa yg suka makan steambot mesti tahu kan steambot ni bentuk nya macam sate kan. So kira macam cucuk sate lah..cuma kami ni cucuk steambot yg macam2. Ada kangkung, telur puyuh, fish ball, meat ball, ketam ball, udang ball, kerang dan macam2 lagi lah. So waktu pagi kitorang akan mmocok dengan Tok Mi. SuSara pula akan sediakan sos..ada sos manis dan sos pedas. Sedap tau sos yang SuSara buat. Tapi takleh la lawan sos yang arwah Tok Bak buat dulu. Jangan marah ya Su hehehehe. Sebenarnya Ain ni bukan mmocok sangat.cuma lebih kepada nak menyibuk ja...hehehe...ya lah menceriakan suasana. Biasanya Tok mi akan mmocok ngn SuSara ja. Kdg2 kalau Ain balik, mama akan tolong. Kalau uncle2 dan Auntie Ain balik diorg akan tolong lah. OK kawan2 kalau nak rasa ke'best'an steamboat TokMi dan SuSara sila lah berkunjung ke "Simple Steamboat" di tapak pasar malam Jalan Gambut Kuantan. Selain di sini, Steambot TokMi juga boleh didapati di Taman Impian, di Pekan dan di Peramu . Harga? Muraah2 ja RM1=3 batang. Kat KL RM1= 1 batang kot..OK habis pasal steamboat.

Mama Sakit Papa Sakit

Hai kawan2. Sekarang Ain berada di rumah TokMi di Kuantan Pahang. Sebenarnya dah hampir seminggu Ain kat sini. Kenapa ya? Mama dan Papa tak kerja ke? Kalau kawan2 nak tahu mama Ain dah lebih sebulan tak bekerja. Ini kerana Mama baru lepas buat operation kat perut. Ain ingatkan mama dapat baby baru..rupa-rupanya mama buang satu benda yang tak patut ada dlm perut mama yang dipanggil fibroid. Oooo baru Ain faham. Kesian pula ain tgok mama terlantar ja tak boleh buat apa2 semasa baru lepas operate tu sebulan yang lepas. Dan disebabkan tu juga lah Ain pun dah lebih sebulan tak pergi tadika ain. Entahlah apa yang berlaku kat tadika tu kalau Ain tak ada. Harap2 semua ok lah.
Ok..mama dah…pastu papa lak..kenapa pula. Ini yang Ain nak cerita. Malam Isnin lepas dalam pukul 3 pg, mama kejutkan Ain. Rupa-rupanya mama nak hantar papa pi hospital. Sian Ain tgok papa, muntah2 kat toilet. Mama kata papa sakit perut. Mungkin keracunan. Oooo. Ain tgok papa berkerut2 muka tahan sakit. Lps tu kitorg pi lah hospital pakar damansara. On the way tu ada lah 3 kali mama stop tepi highway sbb papa nak muntah. Ain plak..Ain tidur ja kat belakang..hehehehe,,, Menurut doktor kat situ urine papa ada darah..dan ini mungkin disebabkan batu karang. So dlm pukul 1 tghari tu papa pun kena masuk OT buat operate buang batu karang tu….So duduklah papa kat ward 1 hari. Esoknya kitorg pon balik lah Kuantan berehat kat sini. Habis cerita Papa dan Mama.

Thursday, July 16, 2009

Update Update

Hai kawan kawan.......lamanya Ain tak muncul tulis apa apa dalam blog ni ya...Tentu kawan kawan rinduuuuuuuu sangat kat Ain kan...Maafkan Ain ya...Sebenarnya Ain bukan tak ada masa nak tulis blog tapi semenjak kebelakangan ni....Ain agak busy....ya lah..Ain kan dah nak masuk 4 tahun tentulah Ain agak busy dengan macam2 perkara yang Ain kena sediakan....sebagai contoh...kena belajar solat....mengaji Iqra.....membaca..mengira....melukis.....dan macam macam lagilah.....tu tak masuk Ain sibuk nak merajuk lagi....pendek kata ..macam macam lah...

OKlah sekarang Ain akan updatekan secara ringkas apa yng berlaku sepanjang bulan Februari hingga Jun

Saturday, May 02, 2009

Aquaria KLCC


Orang lain jalanjalan sampai Disneyland..papa bawa Ain cuti cuti Malaysia ja..

Friday, May 01, 2009

Cukur Jambul Samuel

Majlis cukur jambul Samuel , sepupu Ain anak pada Ateh pada bulan April 2009. Papa dan mama mana ya..


Thursday, February 05, 2009

Selamat Hari Jadi Papa

Hari ini hari lahir papa yg ke 31. So ain dan mama telah buat sesuatu untuk papa iaitu membuat sendiri kek hari jadi papa..tak perlu beli beli lagi....ok tak papa kek yang ain dan mama buat tu?

Anyway papa, moga papa tak sedih2 lagi dan semoga papa panjang umur dan murah rezeki. Kalau dah murah rezeki tu jgn lupa kan Ain ya papa...horray....

Tuesday, February 03, 2009

Ain SketchBook

Nak tau...Ini Ain punya sketchbook....
Skechbook ni gambar Mickey Mouse dan ada tulis Disney....Mesti kawan2 mengata kat Ain kan,,,,sebelum ni bukan main cakap boikot barang US...tapi Ain sendiri guna barangan Disney lak.....FYI, buku ni dah lama CikDa Ain hadiahkan kat Ain .
So kawan2 kena faham makna boikot. Boikot tu maknanya kita tak beli barangan yang diboikot..tapi kalau benda tu dah ada...janganla dibuang pulak,,,,kan baxxxng namanya tu. Contohnya kat rumah papa dah beli ubat gigi Colgate tp masa tu belum boikot. Bila dah boikot jgnla pulak dibuang, gunalah sampai habis dulu.Alang alang dah beli. Masa nak beli baru tu lah beli produk lain...Ada Fahammm...
Sebelum ni, Ain hanya pandai conteng2 kat kertas dan boleh tulis A B C yang ain ja boleh faham. Tapi bila saja dah masuk 2009 ni, Ain dah rajin tulis dan lukis benda yang boleh difahami oleh mama dan papa. So hasilnya kawan2 bolehla tgok kat bawah ni atau kat album

PALESTINE-KAMI DI SISI MU



Tahun 2009 dimulakan dengan berita laknatullah Israel yang membunuh membabi buta wanita dan kanak kanak Palestin. Sejak serangan dimulakan akhir Disember iaitu pada 1 Muharram hingga genjatan senjata--lebih 1000 muslim Palestin dibunuh Zionis. Laknat lah engkau Zionis..Seluruh umat Islam menadah tangan agar kamu semua dilaknat oleh seluruh alam ini...Dan untuk menambah keangkuhan, serangan dimulai tepat2 ketika umat muslim menyambut tahun baru hijrah 1430. Satu persendaan.
Tidak perlu diulas panjang, semua sudah maklum kebinatangan zionis dan apa yang dibuat...cuma marilah kita menadah doa pohon Allah beri kita petunjuk untuk menangani bangsa laknat ini. Apa yang patut kita buat? Boycott? Boycot apa? Memang kesan boikot ini mengambil masa lama,,,,tapi jika tak dimulakan...manakan kita nak tahu kesudahannya...So kawan2, dah bersediakah untuk say good bye pada burger McD, barangan Nestle, Disney, KokaKola, lampin Huggies, mandian Johnson, ubat gigi Colgate dan pelbagai lg yg mmg sudah sebati di keliling kita...Haa utk perokok2 tahukah anda rokok Marlboro dan lain2 keluaran Philip Morris menyumbangkan 9 juta sehari utk Israel? Haaa..terkejut kan? Itu tepuk dada tanyalah iman. Tidaklah merana kalau tak makan McD, minum Coke atau minum kopi Starbuck atau tak pakai Levis. Makan ja la berger Ramly, minumla pulak Radix Cola atau Zam Zam Kola, ubat gigi Mukmin kan ada. Macam Ain, mama dah tukar mandian Ain. Mama ckp tanak lg guna barang Johnson2 tu. Mc D tu mmg dah lama mama tak bawak...kata mama tak bagus utk kesihatan makanan segera ni...Lampin? Haaa nasib baik Ain dah tak pakai lampin lg....haa selamat....
Nak tahu nak boikot apa? Haa kwn kwn boleh tgok kat sini

Ain suggest kawan2 layarii web ni kalau nak dgr pandangan bernas dari tokoh kita che det tentang boikot...
Semalam papa tunjuk kat Ain gambar kawan2 sebaya Ain kat Palestin yg mati dan yg tengah sedih...kesian betul ain tengok...so apa yg Ain mampu buat? Mungkin lakaran Ain kat bawah ni boleh menyumbang tentang isi hati Ain yg turut bersedih dgn mereka...Al Fatihah utk arwah kawan2 Ain di Palestine yg sudah pasti penghuni syurga Allah
GAZA TONIGHT
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Salam 2009

Agak lama Ain menyepi..tup tup dah 2009...Maknanya Ain secara tak rasminya dah 4 tahun..Kenapa lama Ain tak update blog ni? Ain bukannya apa..masih lagi sedih atas pemergian Wan Ain yang amat amat Ain kasihi..Sepanajang tempoh ni, Ain sering balik ke kampung....menziarahi Ki yang kadang kadang terganggu kesihatannya semenjak ketiadaan Wan..juga menziarahi Tokmi yang juga kadang2 tak sihat. Ain tengok, Papa semacam terlalu sesal sebab sebelum Wan meninggal, Papa hampir 2 bulan tak balik menjenguk keluarga di kampung...Nasihat Ain pada yang membaca blog ini, "Berbaktilah dan jenguk2 lah selalu pada kedua org tua sementara mereka masih sihat dan jika terfikir nak buat sesuatu yang baik pada mereka, janganlah bertangguh-tangguh". Ain kata macam ni bukan lah maksudnya papa tak sempat balas budi pada arwah Wan...tapi semacam ada sesuatu perkara yang papa nak buat atau nak gembirakan wan yang papa tak sempat...tu mungkin ada kaitannya dengan sikap papa yang suka bertangguh...Nasihat Ain: Jangan bertangguh untuk sesuatu yang baik...Tapi ada satu perkara bagus jika ditangguhkan...iaitu merokok.....Ain pernah tengok papa bertangguh tangguh nak nyalakan rokok walau rokok sudah di bibir semasa menonton bola....Nak tau apa yang jadi? Akhirnya papa 'terkulai' kat depan tv dgn rokok masih lekat kat bibir...Haaa kan selamat at least asap utk sebatang rokok dah berjaya disekat masuk ke paruparu papa akibat perangainya yang suka bertangguh tangguh... Yang tak bestnya akibat perangai suka bertangguh papa ni kan.....
1. Kalau nak berjalan ke nak balik kampung ke mesti lewat sampai.
2. Kalau nak buat apa2 kat rumah contohnya nak buat wiring ke, repair paip ke, cat rumah ke, mesti alatan yg dah dibeli tu tersadai kat dlm stor utk satu jangka masa tertentu sehingga mood papa datang ..haaa masa tu jgn sapa2 tegur abis satu rumah di'godek godek'nya.
3. Kalau nak antar ain kat tadika mesti papa rushing2 sebab dia pon dah lewat, akibat suka bertangguh nak mandi dan bersiap, lps tu mesti papa pecut keta laju laju...ain takut la papa..

haaaa tu contoh ja.....yg lain ada lagi takleh la nak cerita semua...kita pun sayang papa kita...
ok bye,,,

Thursday, December 11, 2008

IBU

dirimu bak sebutir mutiara..
menyinari diri kami sepanjang waktu
kau menjadi lilin menerangi dunia kami
menjadi payung ketika kami kesusahan.
dirimu menjadi tempat penyelesai masalah di hati kami..
kau pendengar setia kami sepanjang masa..
senyumanmu begitu ikhlas..
terima kasih atas segala kasih sayangmu.
kami anak-anak redha atas kehilanganmu ibu..
segala doa kami mengiringimu
kejayaan kami adalah usaha titik jerit payahmu..
kini seputih kemboja.dan alunan al-quran adalah kasih sayang kami yang berterusan buatmu ibuku sayang..
tak jemu kami mengingatimu di dalam ingatan kami berpanjangan..
ibu.
terima kasih atas segala-galanya..AL-FATIHAH

ni puisi yg dikarang oleh Maksu Ain...adik bongsu papa

Wednesday, November 26, 2008

Al-Fatihah Allahyarhamah Hajjah Selamah binti Hasan

Pada jam 11.07 pagi 16 November 2008 merupakan saat yang paling hiba buat keluarga papa kerana pada saat itulah.....papa kehilangan ibunya yang sangat sangat disayanginya....



Wan yang Ain sempat bermanja untuk 3 tahun ini menurut papa pergi menghadap ilahi setelah terlantar hanya 2 hari di hospital.....



Pada hari kejadian tak dapat digambarkan betapa sedihnya, ain melihat papa.....

Menurut mama, papa begitu sedih kerana papa adalah anak wan yang paling kurang meluangkan masa bersama denga wan semasa hayatnya.....



Papa juga pernah bercerita dengan mama yang dia seolah olah anak kecil yang baru ingin bermanja dengan ibunya.......begitu sesalnya ain melihat papa.....yang menurut mama lagi semasa wan sihat dia kurang bertanya khabar....kurang pulang menjenguk wan di kampung....



Wan yang ain kenal merupakan seorang ibu dan nenek yang sempurna....buat kami....

walaupun ramai manusia manusia hipokrit disekeliling wan yang mengata dan memburuk burukkan wan mungkin kerana kejayaannya mendidik anak anak hingga berjaya.....wan begitu tabah semasa hayatnya.....hidupnya selain mengabdikan diri untuk ALLAH hanyalah untuk keluarga...biarlah org umpat keji wan....yang penting wan tak pernah menyakiti org lain untuk kesenangan keluarganya....susah senangnya hanya dengan Ki dan anak anak....wan yang pernah papa cerita tak pernah berhutang walaupun hidupnya sekeluarga tak semewah orang lain....

pernah sekali ada manusia durjana menyerang Ki dan Wan ketika ketiadaan anak anak..mungkin disebabkan hasad dengki cemburu dengan wan ...wan masih tabah....wan biarkan sahaja....wan hanya berdoa pada ALLAH....Kini hingga lah wan sudah tiada manusia durjana masih lagi dengan sikap angkuhnya....maka amatlah rugi kamu wahai manusia....sesungguhnya kejahatan yang kamu lakukan tiada lagi maafnya.....



Wan yang kami kenal...amat lembut orangnya....setiap butir percakapannya..dilapik indah...hanya satu niatnya...semua hati mesti dijaga....pernah wan nasihat...biarlah org mengata kita...yang penting kita adik beradik tidak bergaduh sama sendiri....

Thursday, October 23, 2008

AIDILFITRI 2008

SALAM AIDILFITRI.....

Buat kawan2 semua rasanya taklah terlalu lambat lagi untuk Ain ucapkan salam aidilfitri pada semua kawan kawan. Hari Raya pada tahun ni Ain sambut di rumah Tok mi di sg isap kuantan. Tahun ni, suasan hari raya agak meriah bagi Ain dan mama kerana mama dan ain sibuk buat kuih raya bersama tokmi, maklong, ateh, cikda dan maksu. sementara tu, papa plak bersama ngan Abeng dan Ateh dan Paklong plak konon kononnya nak try buat lemang...haaa menjadi ke tu....tokmi pon banyak juga buat kuih macam ketupat, rendang dan nasi minyak...
Pada pagi raya..ain dan keluarga mula mula pergi ke balok untuk menziarahi kubur tok bak. kemudian papa dan uncle uncle ain pergi sembahyang raya di masjid balok. kemudian kami pon pergi beraya beramai ramai ke rumah mkeluarga di sekitar kuantan..seronok betul hari ni ya....dapat makan kuih yang sedap sedap...dapat duit lagi tu.....kemudian di sebelah petangnya, kami semua pergi pula beraya ke rumah ki dan wan di neram satu. wah seronoknya mama dan papa serta maksu makan tapai yang Wan buat. Kemudian....pada petang raya tu....kitaorang semua serang pokok rambutan Ki yang tengah lebat berbuah.....hiiii seronoknya...kendian papa plak panjat pokok duku Ki...buah rambai dan salak pon ada....seronoknya lepas makan kuih sambung lak makan buah.....
Di album ain letakkan gambar gambar hari raya ain tahun ni.

Recent Posts

Recent Comments