IKLAN

Tuesday, August 10, 2010

Akikah dan Cukur Rambut Muhammad

Pada 8/8/2010 iaitu hari ketujuh kelahiran adik Muhammad telah diadakan majlis akikah dan cukur rambut. Di bawah gambar gambar berkaitan.


kambing yang disembelih





























































Wednesday, August 04, 2010

Memperkenal kan




Untuk tidak menghampakan ramai pihak yang tertunggu tunggu apa nama baru adik Ain ni. Hari ni hari ketiga kelahiran, Ain ingin memperkenalkan secara rasmi nama adik Ain ialah...
semua dah tahu kan....takyah tulis lah sini

Gambar2 hari pertama Muhammad di dunia




















Mystery Gift from hospital.

Barang2 Mystery gift. Mystery sangat la tuuu


Selamat Datang, insan baru

5.02 minit pagi. Sewaktu Ain sedang lena diulit mimpi. Sewaktu bintang kejora sekali lalu menunujukkan diri di ufuk timur, sewaktu sang cengkerik semakin hujung waktu zikirnya, sewaktu para muallim sedang asyik dengan tahajjudnya, Pada menjelang subuh itu lah pada 02.08.2010, 21 Syaaban 1431 lebih kurang 9 hari lagi menjelang Ramadhan seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup Ain telah hadir. Waktu tahajjud yang hening, maka lahirlah "Muhammad". Muhammad merupakan ahli terbaru dalam keluarga Ain.

Syukur Ya Allah. Allah yang sangat pengasih dan penyayang telah makbulkan doa Ain sebelum ini. Mula mula Ain berdoa supaya Allah hadiahkan Ain seorang adik. Allah makbulkan. Ain doa supaya dapat adik lelaki. Allah makbulkan juga. Kemudian Ain doa supaya mama dan kandungannya sentiasa sihat. Allah makbulkan. Ain doa supaya Muhammad lahir pada bulan Ogos sama bulan dengan Ain. Allah juga perkenankan. Lagi Ain doa supaya Muhammad lahir pada Isnin 2 Ogos supaya tarikh akikahnya jatuh tepat hari Ahad 8 Ogos. Juga Allah makbulkan. Ain pun doa lagi, supaya adik Muhammad dilahirkan pada waktu subuh. Juga Allah perkenankan. Ain pun doa lagi semalam supaya semua proses kelahiran adik Muhammad dipermudahkan. Juga Allah makbulkan. (nanti lihat catatan mama). Ain doa lagi supaya adik Muhammad itu baik zahir dan batinnya. Juga Allah perkenankan setakat ini zahirmya elok. Sifat rohaninya InsyaAllah dengan izin Allah dan didikan yang baik dari mama, papa dan Ain, Muhammad mampu mempunyai rohani yang kuat. Amin.
Buat adik Muhammad sesungguhnya Kakak Ain merupakan insan yang paling gembira sekarang. Sudah lama kakak tunggu kehadiran teman buat kakak Ain. Dan semestinya Samuel, Marissa, Adam Haikal, Faiz dan Faris, Hamdi, Humaira, Kak Hanan, Kak Baby, Kak Kakak, Abang Ngah dan Abang Long pun sama teruja tunggu kehadiran sepupu barunya adik Muhammad. Begitu juga Mama, Papa, Tok Mi, Paklong, Maklang, Ateh Uncle, Ateh Aunty, Abeng, Kakek, Cik Der, Maksu Sara, Ki Neram, Mak Long, Umi, Abah, Ayah Da, Cik Da, Teh Idah, Ayah Teh dan Maksu Yati. Kami semua mengalu alukan kehadiran Adik Muhammad. ke dalam family. Buat Muhammad. Kami semua ucapkan Ahlan Wasahlam.

Tuesday, August 03, 2010

Cerita mama--Kelahiran Adik Ain

Ini cerita mama yang diceritakan pada ahli keluarga dan kawan kawan. Ain curi dengar lalu masukkan ke blog Ain. Aintulis ikut kronologi ya.

Hari Jumaat
Jumpa Dr Marsita. Dr cek bukaan. Dr kata insya Allah Isnin boleh beranak sebab mama dan papa memang hajatkan Isnin. Dr kata pagi Isnin datang maka petang tu Insya Allah lahir anak. Papa risau papa kata takut masuk lepas magrib sudah masuk selasa. Dr kata kalau macama tu Ahad malam Isnin jam 10 datang. InsyaAllah subuh Isnin doakan moga lahir.

Ahad malam Isnin.

9.30 malam
Bertolak ke Pantai Hospital dengan perasaan yang bercampur campur. gembira plus berdebar. Dengan iringan doa Ain dan keluarga, mama bertolak dengan papa. Ain duduk rumah dengan Tok Umi. Sebenarnya masa ni perut mama dah rasa sakit dah.

10.00 malam

Sampai ke Pantai Hospital. Dalam kereta pun mama rasa contraction sudah ada. 20 minit 20 minit. SMS Dr Marsita. Terus naik tingkat 2 labour room. Nurse situ baik baik. Terus bagi 1 bilik khas untuk mama bersalin. Papa turun dan uruskan pendaftaran. Masa ni Dr Marsita datang dan cek bukaan 3 cm. Dr bagi ubat untuk buang air besar.

12 malam

Start waktu ini lah cabaran sebenar yang mama rasa sebagai seorang ibu yang ingin lahirkan anak. Contraction datang sekejap sekejap. Mama tak dapat nak cerita macama mana sakitnya apa yang ditanggung. Nasib baik Papa ada dan bagi kata kata semangat kat mama.

2 pagi

Sakit tak tertanggung berterusan. Nurse dah cucuk painkiller biasa. Tapi mama dah ingatkan papa jangan ambil epidural. Epidural bagus boleh hilangkan sakit mama ni tapi mama risau kesannya berterusan semasa melahirkan anak. Tak boleh meneran dan anak disedut keluar. So mama nak tahan aja sakit ni. Chek bukaan masih lagi 3 cm. Sian pulak papa tengok mama. Apa papa boleh buat? Just urut2 kaki usap usap kepala. Baca doa doa berkaitan. Bagi semangat kat mama. Baca Yaasin, baca surah maryam untuk mama. Bila dengar papa bg motivasi, mama lebih berazam untuk hadapi kesakitan yang amat ini. YAng mama ingat, papa kata segala dosa dosa mama sebelum ini gugur dengan izin Allah. Lagi papa kata, sakit yang mama tanggung ni bukan sakit sia sia, malah berita gembira akan hadir di hujung kesakitan ini. Apa berita gembira tu? Baby lah. Baby tu kan anugerah untuk mama dari Allah.

3 pagi

Sakit terus menerus. Lagi dasyat. Setiap ketika rasa sakit wujud. Tiada ruang untuk rehat. Datang seorang nurse Muslim. Tengku Normala namanya. Nurse sebelum ni semuanya non muslim. Tg Normala ni bagus. Dia bukan sekadar nurse,. TAk macam nurse yg sebelum ni, siap boleh gelakkan papa bila papa tanya darah apa yang keluar. Yang best tu papa siap sound dia balik...Kenapa gelak? Terang kan ajalah. Dah kita ni bukan nya bidan tahu semua tu. Lepas tu setiap kali masuk bilik muka dia masam aja. Menyampah pun ada. Mama sakit bagai..dia boleh tengook aja muka mama tahan sakit. Kurang kurang bg la semangat ke apa ke. Tg Nora ni pulak. Dia faham mama sakit macam mana. So dia dduuk dan urut urut belakang mama sambil bercerita dengn papa sambil2 bg sokongan kat mama.

3.30 pagi

Kesakitan makin kuat. Mama dah tak tahan. Mama nak juga epidural tu. Nurse melayu ni tak gaduh2 nak bg bius tu. Tp dia kata chek sekali lg bukaan. Tgok dah 6 cm. Dia advise tak perlu ambil epidural. Tahan aja lagi 1 jam dah boleh lahir. Dia pun bg gas kat mama suruh sedut. Kurang2 boleh bantu kurangkan sakit. Sambil2 tu dia urut2 belakang mama. Secara psikologinya mama dah rasa bersemangat. Masa ni dia suruh minum air selusuh kalau ada.


4.00 pagi

Nurse tadi dan sorang lg siap2 kan tool untuk proses deliver nanti. So bila mama nampak semua ni, maka waktu nya hampir lah. Walau sakit yang amat sangat, tp bila memikirkan dah hampir..mama tahan aja lah.

4.45
Dr Marsita sampai. Dia cakap baru handle caesar kat hospital pusrawi. Wah so dr ni takda masa tidur lah ya. Pagi esok jam 9 kat klinik lak. Salute habis lah kat dr ni. Walau busy dan penat, mukanya masih bersemangat. Datang aaj dia terus ajar ajar doa kat mama. Bila nampak aja muka dr tu terus kurang 20% rasa sakit ni.

5.02

Proses nak melahirkan bermula. Dengan kata2 semangat papa dan Dr, Muhammad pun lahir hanya dengan 2 3 kali meneran aja. Dr cakap proses keluar tu mudah sangat. Alhamdulillah. Bila keluar aja baby boy ni, terus segala kesakitan sebelum ni lenyap. Ini yg papa kata tadi "hadiah" di hujung kesakitan yg mama tanggung tadi. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Terima kasih Dr Marsita. Terima kAsih nurse yg baik.
Dr Marsita


Inilah Nurse Tg Normala yang banyak membantu mama.

Sunday, August 01, 2010

Ya Allah






Ya Allah, Ain pohon pada mu ya Allah, permudahkan proses kelahiran adik Ain nanti. Berilah kekuatan pada mama. Ya Allah, Ain pohon agar semuanya berjalan lancar. Anugerahkan pada Ain seorang adik yang soleh, dan baik sifatnya zahir dan batin. Amin.

Tok Mi datang rumah Ain

Sekarang ni, semua dah berkumpul kat rumah AIn. Tokmi dah datang dengan Maksu dari Kuantan. Abeng pon ada kat rumah AIn. Tadi Ateh, Ateh dan Samuel pon ada. Tak lama lagi Maklang akan datang ngn Marissa. Semua org ada. Cikder akan sampai tengah malam ni. PAklong pula esok baru ada ..sebab baru balik dari oversea. Semua ni sebab nak menyambut baby baru "Muhammad" yang dijangka akan lahir esok pagi. Wah bestnya Ain dan Samuel main main ngn Tok Mi tadi. Ain sekarang tengah excited, berdebar, gembira dan macam macam lagi perasaan Ain bercampur baur,,,,fuhhhh....

Menunggu tibanya insan baru

Hari Jumaat 2 hari lepas, Ain ikut Mama dan Papa jumpa doktor mama(doktor kesayangan Ain juga), Dr Marsita di Pantai Hospital. Ain pon hairan kenapa ya mama ngn papa ni kerap sangat jumpa doktor ni. Kalau tak silap baru minggu lepas dah jumpa, ni jumpa lagi. Apalah sakit mama ni asyik nak kena chek aja. Ain tengok seperti biasa doktor akan cium mama pastu cium Ain pastu tanya khabar Papa. Pastu mcm yang Ain agak, Dr akan suruh mama baring dan tutup tirai kain. Masa ni papa akan panggil Ain jangan kacau Dr buat kerja. Ain nak sangat tahu apa lah yang Dr buat kat mama. Tapi papa kata duduk diam diam jangan kacau Dr tengah cucuk mama ngn jarum. Kalau Ain kacau takut Dr salah cucuk. Pastu Dr akan cakap Alhamdulillah dah bukak 2cm. Itu hari Dr cakap bukak 1 cm. Apa lah cm cm ni. Macam belajar matematik lak. Pasttu macam biasa Dr gosok perut mama ngn alat apa tah tu. Ain tanya doktor. Dr kata ni alat namanya scan. Nak tengok adik Ain dalam perut mama. OOoo...rupanya nak tengok adik Ain ya. Pastu Dr tanya Ain, dah sedia ke nak sambut adik yang baru. Ain cakap lah oo adik Ain nak keluar ya. Hehehe...Bestnya ..Tapi bila ya...Ain lupa nak tanya Dr bila sebab masa tu Ain dok melukis gambar Dr pada kertas yg Dr bagi kat Ain tadi.Inilah Dr Marsita Mansur

Balik rumah Ain pun lupa naktanya mama sebab Ain sibuk bermain aja kerja Ain. Tiba tiba semalam, mama ngn papa panggil Ain face to face. Papa pon cakap elok elok. "Ain tahu tak apa yang akan berlaku dalam masa 2 hari lagi?" Ain tanya , hari apa? Mama suruh Ain bilang pakai jari. OO Hari Isnin ya. OK Ain tahu. Isnin ni Ain kena pergi Tadika sebab dah lama Ain "cuti". Mama pon cakap pelan pelan. "Dalam masa 2 hari lagi, adik Ain, Muhammad, akan keluar menjengah dunia." Ain tanya lagi, "menjengah tu apa mama?". Papa pon cakap elok elok, "2 hari lagi, Muhammad yang ada dalam perut mama ni kalau diizinkan Allah, akan keluar, akan lahir dan Ain akan dapat adik baru". APA??? Sebelum Ain terkejut, Ain bilang dulu jari Ain, 1...2...Wah Muhammad nak lahir dah???.Ain pon lupa apa yang Ain buat lepas tu. Mama cakap Ain melompat lompat atas katil, berlari lari kat ruang tamu....Ain pon tak tau macamana nak menzahirkan betapa happynya hati Ain ni. Hati Ain jadi best tak terkata. Nak tambah best lagi, Ain suruh mama call Tok Mi suruh datang KL cepat cepat.
Itulah ceritanya 2 hari lepas. Malam ni mama akan pergi ke hospital ngn papa dulu. Mungkin pagi esok subuh subuh adik Ain yang Ain tunggu tunggu"Muhammad" akan menjengah dunia. Papa pula Ain tengok dari semalam lagi tak berenti renti bersihkan rumah. Papa kata masa Ain nak lahir dulu pun papa buat macam ni juga. Papa kata nanti nak bawa baby baru balik rumah. So rumah mesti tak ada habuk. Ain lihat setiap inci rumah papa mop, vacuum, lap dan macam macam lagi papa buat. Yang penting secubit habuk pon papa tak mau lihat. Wah speselnya papa buat persediaan nak sambut Muhammad ni.
Kawan kawan yang baca post Ain ni, mari kita sama sama berdoa semoga semuanya selamat.

Recent Posts

Recent Comments